Monday, October 7, 2013

Menanam Kacang Panjang di rumah...

.

Abang pernah bercerita, satu ketika dulu. Dia pernah tolong kawan sekampungnya mengerjakan kebun sayur. Diantaranya ialah sayur Kacang Panjang.

Abang tolong meracun. Abang akan sembur racun 2-3 kali seminggu, terutamanya ketika hasil sedang sedap-sedap untuk diratah serangga dan ulat. Ini juga bermakna ketika hasil hampir-hampir dituai. Diantaranya ialah sayur Kacang Panjang.

Abang kata, pada ketika itu, sayur-sayuran terutamanya sayuran berdaun perlu disembur dengan racun makhluk perosak sehingga benar-benar basah. Dan semburan pula kalau perlu jangan bersela lama sangat kerana jika terlambat sehari pun, keesokkan harinya sayur-sayuran sudah mula digerit dek belalang, ulat, siput babi dan serangga-serangga lain. Ini termasuklah sayur Kacang Panjang.


Oleh kerana sayur Kacang Panjang menjadi salah satu ramuan Mama ketika membuat sarapan nasi goring yang agak kerap dalam seminggu, aku ambil inisiatif untuk mencuba menanam sayur Kacang Panjang. Lagi pun, tugas suami antara lainnya ialah menyediakan makan - minum yang halalan-toyyiban kepada tanggungannya.








Dua jenis kacang panjang yang aku tanam. Satu, kacang panjang yang sebesar jari kelingking dan menggerutu seperti ular daun. Dua, kacang panjang yang berwarna merah. Kedua-dua benih aku minta dari abang.

Semoga kacang panjang ini tidak diserang dek afid atau belalang. Jika kena serang, Nampak gayanya kena diracun juga sedikit.





.

21 comments:

LydSunshine said...

Nasik goring? Auto correct ke? Heheh...

Kacang panjang merah yg cemana?

JunAina said...

Teringat zaman kecik2 kat kampung...sambil lari2 kat kebun tarik kacang ngap2, yang masih kecil tu sedap dan manis ja... Mungkin masa kecik semua sedap kot rasanya...

Nizam.Ariff said...

LyDS,
Haah... auto correct cam 'shilake'. Ada ke aku tulis 'datang' dia pi tukar 'dating'... malu aku dibuatnya.... hahaha


JunAina,
Memang aku suka ulamkan kacang panjang yang masih muda belia tu... buat kerabu manga pun sedap..

HeNRieTTa JoSe said...

Rajinnye menanam...tpi berbudi pada tanah...sangat untung...

Nizam.Ariff said...

HJ,
Rajin sebab ada kesempatan... tengah bersemangat. Kalau asyik diserang musuh, hilanglah semangat...

Irfa said...

bagus tu..x rugi berbudi pd tanah

NANG NOR AZIMAH LONG NADZRI said...

bagus la tu , sebelum harga sayur naik , baik menanam cepat2 :D

ummuaidan said...

bagusnya brtanam kacang tuk rumahtangga...aku tak pernah letak racun tuh kacang panjang..biasanya ade jgk kena serang tp masih cukup makan..:)

tasekM said...

tak ada ulat bulu?

.

Nizam.Ariff said...

irfa,
itulah pepatah org lama katakana..


Nang,
Sayur nak naik harga? Aiyooo...


ummuaidan,
harap2 yg ni gen yag tahan serangan la..



TM,
Janganlah mintak2 ada ulat buluuu....

t.a.t.a said...

aku dulu pernah tanam kacang panjang. memang senang nak tumbuh. tapi bila dah diserang ulat, rasa tak semangat lagi dah nak tanam. ulat serang di pangkal buah kacang. masa nak petik baru perasan yang kacang dah berlubang kecil.

Nizam.Ariff said...

Tata,
Ooooo... camtu ka?
kalau gitu, aku kena beli straw untuk balut/sarung putik kacang la..

t.a.t.a said...

straw minum? mana muat?

Kniedaz said...

kacang panjang yang masih muda digoreng dengan ikan bilis dan tempe sangat sedap..

Nizam.Ariff said...

Tata,
straw cool blog tu...


kniedaz,
buat ulam pun sedap..

t.a.t.a said...

amende tu? tak faham.

sepa said...

Kacang panjang berbuat lebat bro.! Organik bro...

Nizam.Ariff said...

Tata,
straw jenis besau... macam air cendol punya tu..


Sepa,
Ok.. aku buh Baja taik ayam..

t.a.t.a said...

oo ok.

Daddy Ziyyad said...

Sedang asyik saya menggoring tempe, dating pula salesman di luar rumah! ~kah kah kah


Bro, kalau berjaya projek kau ni( yakni bebas serangan ulat dan tak perlu guna pesticides), sila kongsi ya cara cara/tips nya...aku nak tanam kacang panjang jugak.

Nizam.Ariff said...

Daddy Ziyyad,
Aku dah Berjaya dengan bayam merah... aku tanam sikit2 dan pisah2kan supaya senang kawal ....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com