Tuesday, October 29, 2013

Pasca bajet 2014....... betapa sengsaranya dia

.

Hasri bermenung jauh. Menungannya menerobos kabus-kabus kelabu, menerobos melewati puing-puing masa yang ditinggalkan bersama-sama jejak lampau. Disitu ada keringat.  Disana pula ada catatan tentangnya. Hiroglifik terpahat pada puing-puing itu- secangkir kopi, sepiring mee hoon.... dan figura wanita yang dikenalinya bernama Juliet.

Dari kerusi papan panjang berdebu di luar bangunan, dia beralih ke sofa empuk di dalam bilik berhawa dingin. Dia cuba membuang elemen kemanusiaan dari pakaiannya. Tak boleh. Lalu dia capai jaket kepura-puraan dan disarungkannya. Menutupi saki baki debu yang ada, realiti yang berwayang di luar sana.

Dan dia tahu...di luar sana ada banyak sepertinya...




.

8 comments:

Nizam.Ariff said...

First...!

che mid said...

Dia..dia yang di sana.. aku yang di sini pun macam tu juga.. sengsara..

sepa said...

Second.

sepa said...

...Aku nak komen sesuka hati! Boleh?
.
Bila nasib-malang berkeliaran di sekeliling kita, tiada siapa yang akan selamat...
Ternyata, tiada faedahnya mencuba mengelak dari mengisahkannya, tiada faedahnya mempercayai ia akan hanya menimpa orang lain sahaja...
Atau...
Berfikir untuk mengelak, lalu kita berdiri kaku... lalu di suatu pagi, dalam dingin, dia berdiri di muka pintu, memijak bendul, mengintai ke dalam...!!!
Maka...
Apa yang sepatutnya terjadi akan tetap terjadi...!!!

.
Eh, dah jadi komen orang yang mengidam jering la pulak...

Selamat malam, brader...!!!


.

Umm AA said...

juga sengsara dari jauh terkenangkan sanak saudara yg tempias

Nizam.Ariff said...

Nizam,
Tahniah kerana menjadi yang pertama!


che mid,
Nampak gayanya semua terkena...


Sepa,
Makan jering bebanyak nanti kencing hancingnya lebih... hahaha



ummuaidan,
takpe... jangan susah hati sangat... ada jalannya mereka nanti..

cinta said...

sekarang baru aku tau kenapa bm aku dulu tak dapat A.

Nizam.Ariff said...

Cinta,
Hah? Kenapa tu..?
Sebab tak faham aku tulis apa? Hahaha...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com