Tuesday, November 26, 2013

Eco-green friendly... tapi lampu jalan lebih banyak daripada manusia... tapi bil letrik nak naik juga...

.


"Pada mulanya adalah sangat sukar untuk membuat sebarang kesimpulan yang konkrit untuk penemuan sebegini. Ini kerana terdapat bukti-bukti yang bercanggah, yang menghala ke arah-arah perbincangan yang keseluruhannya berbeda langsung. Semakin sukar untuk membezakan yang mana benar dan yang mana bathil kerana bukti keras (hard evidence) tidak sejajar dengan bukti lembut (soft evidence)."

Hasri bersandar sebentar. Dia tarik nafas panjang. Dia lepaskan keluhan berat.
Dia sambung menulis...


"Namun setelah dibuka lipatan demi lipatan fosil yang ada (exhibit 231(a)), dan bukti-bukti tulisan yang dijumpai (exhibit 550(c)), beberapa kesimpulan yang boleh diutarakan di sini dan diharapkan komuniti kita dapat menerimanya. Begini:-

  • Walau pun penggunaan perkataan-perkataan 'Eco' dan 'Green' di dapati sudah digunakan secara meluas sehingga bukti-bukti tak bersangkal menunjukkan kewujudan perkataan-perkataan itu di 5 daripada 7 benua, setiap benua memberikan tafsiran yang ternyata berbeza sama sekali.
  • Juga terdapat bukti bahawa ada aktiviti-aktiviti yang dikatakan menyokong ideologi 'Eco' dan 'Green' ini. Salah satunya ialah jumlah pokok yang tumbuh telah meningkat berlipat ganda dalam 20 tahun terakhir manakala jumlah luas hutan juga bertambah secara eksponensial.


Satu kesimpulan yang dapat diberikan tanpa syak lagi ialah penduduk Bumi ketika itu terlalu risau untuk menghadapi isu kekurangan sumber tenaga sehinggakan mereka mencipta satu ideologi yang baharu yang mampu mengatasi fahaman politik berasaskan kapital dan etnik, dan sosio-budaya, dan  bertanam pokok-pokok dengan harapan beberapa juta tahun selepas itu pokok-pokok itu akan mendap ke dasar Tanah untuk bertukar menjadi arang batu dan petroleum.

(Laporan ini disediakan dan ditulis pada tanggal 26 Nova 12672. "


Hasri letakkan noktah pada laporan itu. Setelah sudah berkemas apa yang patut, dia masuk ke kenderaannya. Dia sempat menoleh ke bumi yang hijau sebelum pesawatnya itu memecut laju menuju ke pusat alam...






.

5 comments:

t.a.t.a said...

Tahun 12672? whoaaaa... memang mujarab la immortality yang Makcik Preemaswari a/p Rajoo pas bagi Hasri eh?

Daddy Ziyyad said...

ko pernah bawak kereta hybrid?

Su @ Aya said...

aku cuba nak faham... tapi tak faham isi kandungannya. yg aku faham, tajuknya ajer, sbb bil elektrik kat rumah aku dah makin mahal pulak aku tgk sejak pilihanraya yg lepas.

cinta said...

pusat alam tu kat mana?

Nizam.Ariff said...

Tata.
Tak..itu cucu cicit piut onyang enyut dia...

Daddyz.
Tak pernah. Tgk je ...mesti berat kan?


Su@aya.
Sikit lg mahal la...Jan2014...

Cinta.
Pusat alam tak mestinya di tengah-tengah...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com