Saturday, November 2, 2013

Event Horizon... maklumat akan musnah?

.

Dah lama tak tulis yang berat-berat. Pada kali ini, aku nak tulis yang berat-berat sikit. Maklumlah, hujung minggu. Bolehlah entri ini lama sikit untuk dihadhamkan.


'The black hole'...
Satu teori yang diketengahkan oleh 'Marvin' Stephen Hawking, seorang ahli fizik yang lumpuh, kerjanya tentang 'black hole' mulai terkenal pada tahun 70an. Boleh Google atau Wikipedia tentang teorinya kalau mahu. Aku tak mahu bercerita tentang teorinya tetapi aku mahu fokus kepada natijah daripada teori beliau.

Secara ringkas tentang 'black hole' adalah begini: Batu jatuh ke Tanah disebabkan tarikan graviti Bumi. Roket dan kapal terbang perlu melawan tarikan graviti Bumi untuk terbang dan meluncur ke langit.

Namun bayangkan jika Bumi ini sebesar dan sepadat matahari, tarikan graviti bumi akan menjadi lebih kuat. Graviti matahari cukup kuat untuk mengekalkan orbit bumi... malah sehingga orbit Pluto (tapi saintis kata Pluto bukan planet). Kekuatan graviti bukanlah bergantung kepada besar-kecil sesuatu objek tetapi kepadatan atau jisim objek itu. Lebih berat objek, lebih kuatlah tarikan daya graviti. Bayangkan pula jika ada satu objek yang terlalu padat dan berat, sudah tentulah tarikan gravitinya amat kuat. 

'Black hole' mempunyai jisim yang sangat-sangat berat. Bayangkan objek sebesar gunung Everest itu dipadatkan menjadi sebesar bola tenis. Jangan terkejut kerana bahan pejal yang kita lihat sebenarnya 90% atau mungkin lebih adalah ruang kosong. Ompong. Lowong. Sesuatu bahan itu keras atau lembut adalah bergantung kepada kepadatan susunan atom tetapi apabila dilihat struktur atom itu, kita akan dapati ianya seperti bumi mengorbit matahari... masih kosong. Apa yang masih mengekalkan bentuk sesuatu objek itu adalah tenaga ikatan diantara atom-atom. Jika tenaga ini terlerai, ikatan akan melonggar dan akhirnya atom-atom akan luruh. Kalau dari segi mata kasar, kita mungkin lihat objek itu mereput sedikit demi sedikit dan akhirnya runtuh. Tetapi tenaga tidak hilang begitu sahaja... ia akan pergi ke tempat lain.

Oleh kerana 'black hole' itu terlalu padat dan tarikan gravitinya terlalu kuat, apa-apa yang berada dalam kawasan tarikannya akan jatuh kepadanya. Ianya terlalu kuat sehingga cahaya yang melintas dalam kawasan tarikannya akan terpesong dan bergerak menuju ke pusatnya. Dengan kata lain, di 'black hole' cahaya yang masuk tidak akan terlepas keluar. Oleh kerana tiada cahaya yang dapat keluar dari tarikannya, mata kasar kita hanya melihat 'black hole' itu hitam. Kerana apa? Kerana mata kasar kita melihat objek melalui pantulan cahaya daripada objek itu. Jika tiada cahaya yang terpantul, kita tidak dapat melihatnya. Tiada cahaya yang memantul keluar dari 'black hole' oleh itu kita tidak dapat melihatnya.


Ok...

Malam tadi, di Discovery Ch. ada bercerita tentang 'The Black Hole War'.
Ia berkenaan seorang ahli matematik yang cuba menyanggah tentang salah satu prinsip yang diketengahkan oleh Stephen Hawking dalam teori 'black hole' itu.

Stephen Hawking mengatakan bahawa di 'event horizon' yakni di zon sempadan di sekeliling objek 'black hole' di mana objek sama ada tertarik ke teras atau terlepas dari tarikan, akan berlaku cetusan radiasi yang dinamakan 'Hawking radiation' yang terhasil akibat koyakkan objek yang musnah ketika ditarik oleh 'black hole' dan di dalam radiasi itu tiada maklumat dihasilkan. Dengan kata lain, maklumat tidak boleh kekal wujud di 'black hole'.

Senang faham beginilah, apabila sesuatu objek itu masuk ke 'black hole', objek itu akan musnah termasuklah maklumat objek itu... information will be destroyed.

Benarkah?

Maksudnya begini... kalaulah Altantuya dibunuh di 'event horizon' dan mayatnya ditolak masuk ke 'black hole', jasad Altantuya akan musnah bersama-sama maklumat tentang tragedi pembunuhannya sekali. Malah, Altantuya akan di dapati tidak mati kerana maklumat pembunuhannya itu telah musnah sama sekali. Jika tiada maklumat mengatakan Altantuya telah mati, bermakna Altantuya masih hidup.

Benarkah begitu?

Ahli matematik itu telah berjaya menafikannya dan Stephen Hawking turut mengaku kalah.
Namun aku ada sesuatu yang aku fikirkan tentangnya....


Aku akan ceritakan dalam entri seterusnya....





.

6 comments:

Dr K said...

Aku malas nak Google...akan harap spoon feeding dari kau...ekekekeke...

- sekarang ini, Black Hole itu kalau menurut Hawking, ada ke tidak? Dah wujud ke tidak?

- Kalau dah wujud, kat mana lokasinya? Berapa ratus juta tahun cahaya jauhnya dari Bima Sakti?

-kalau belum wujud,macam mana lubang tu terhasil?

- segala mak nenek objek yg tertarik masuk ke dlm lubang hitam ni,ke mana ia pergi?atau hancur?

- information akan musnah katanya...yg aku tak faham, adakah 'information' itu mempunyai jisim?punyai sususan atom? :P

Nizam.Ariff said...

Daddy Z.
Soalan menarik...
Nanti aku tulis kat next entri...

Lady Windsor said...

hebat! hebat! berat kepala aku baca entry ko neh bro...teori black hole ni memang dari dulu tak terungkai...sama macam Bermuda triangle..

sepa said...

Memang berat bro!

Berat bahu memikul, berat lagi mata memandang.

:)

aza ni said...

berat.....berat....berat

Nizam.Ariff said...

LW,
Mungkin satu hari nanti kita akan Nampak...


Sepa,
kita tengok setakat mana mampu tanggung...


Azani,
Kita baca yang seterusnya pula....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com