Saturday, November 30, 2013

Nasi Ganja aka Nasi Vanggey aka Nasi Kandar Ayam Merah...di Ipoh

.

Jalan-jalan kalau tak makan-makan bagi aku itu sememangnya 'makan angin'.

Oleh kerana baru-baru ini heboh kisah Nasi Ganja atau 'vanggey' atau nasi kandar ayam merah yang sebenarnya, maka sesampai aku di Ipoh, aku cari kedai itu berpandukan tips dari rakan-rakan ruang blogsphere.

Dan kedainya tidak jauh dari simpang empat di balai polis di Jalan Yang Kalsom. Agak payah nak cari tempat parkir kereta kerana bahu jalan yang sempit. Jadi aku pusing dan masuk ikut lorong belakang (yang juga sempit) dan aku parkir di situ.





Dan kedainya sempit, hanya 1 lot kedai sahaja tetapi meja stail kopitiamnya disusun rapat-rapat. Kalau nak lalu celah orang kenalah kempiskan perut. Yang ambil pesanan pun tak banyak tanya dan ada yang dah pesan jangan minta yang bukan-bukan...dia malas nak layan, orang ramai sangat. Dia cuma tanya 'ikan? ayam? daging? kambing?'. Aku jawab 'ayam..'.

Kemudian dia tanya pula 'ada tolur tada tolur?'. Aku jantan, mana boleh 'tada tolur' !!! Jadi aku angguk-angguk, tanda aku ada 'tolur'.


Harganya berpatutan. 3 hidangan yang sama baru RM 15.30.


Bagi aku, yang buat sedap ialah sambal merah itu. Dia tumis cili kering  itu cukup garing hingga terasa hangusnya. Cili itu pun tak pedas sangat. Dan ada rasa kari sikit. Selain daripada itu, rasa masin manis pahit dan masamnya tergabung baik...cukup-cukup sahaja. 'Complimenting complementing each other'. Itu rahsianya...

Lebih kurang macam ayam masak cili merah lauk kenduri kahwin yang sudah diperhangat 3 kali. Maksudnya, ayam dan cili itu sudah 'mesra' sangat. Itu yang sedapnya.

Kalau tak silap mata aku melihatnya, ada dituliskan '...tiada cawangan lain' di depan kedai. Jadi, apa ceritanya restoran nasi ganja atau vanggey yang ada 2-3 buah di Ipoh...juga di Shah Alam?



.

15 comments:

aza ni said...

sedap.....next time boleh reurn?

Nizam.Ariff said...

Azani,
Lenkali aku cari nasi lain pula la...hehehe

suka suka said...

Fav gak ni... lebih suka cawangan Manjoi..

Nizam.Ariff said...

Sukasuka.
Tapi dia tulis signboard kat situ tak ada cawangan lain...

t.a.t.a said...

Zam, compliment or complement?

Nizam.Ariff said...

Tata,
Dah tukar...

tasekM said...

ni yg heboh kata bubuh najis tu ke...?

Nizam.Ariff said...

TM.
Aku tak tau kedai yg mana satu yg heboh pasal tu....aku pegi kedai ni elok je bersih longkang tepi n blkg...

sudipVSsenduk said...

dah 2 kali makan sini waktu lunch.. macam nak 'berperang' rasanya sbb:
1. kena cepat2 cari parking
2. cepat2 cari meja kosong
3. cepat2 order
4. cepat2 makan (sbb orang dah tunggu tepi meja nak duduk pulak)
5. cepat2 bayar

moral of the story..
JANGAN datang waktu puncak makan tengahari sbb tak dapat nak menikmati lauknya yg best, huhuhu

Kniedaz said...

tetiba nak makan gak..kena ajak abang p ipoh la ni

Nizam.Ariff said...

SvS.
kena pegi bukan diwaktu puncak...atau tapaw la..

Kniedaz.
Jgn terlalu berharap sangat, kakcik. Ayam aku tu liat. Tersedak aku makannya..hahaha

Su @ Aya said...

fuhh.. komen cam masterchef dah tu, tapi tang cam diperhangat 3 kali tu, tiba2 rasa cam nk percaya. hahaha...

adik aku selalu cakap 'kuah roti canai yg sedap sebenarnya adalah yg dicampur dgn yg kelmarin2 punya yg tak habis, dan telah diperhangat acap kali'. hahaha...

Daddy Ziyyad said...

Aku menyampah gi kedai yg dah femes, kita macam kena sujud menyembah nak order makanan...Mmg aku tak akan pergi kedai macam ni, tak kira lah betapa hebatnya review makanannya.

Kau mesti pernah makan nasi ayam gorang Hakim kat seksyen 7 shah alam kan? So compare dgn nasi vanggey ni, mana lagi sedap?

Nizam.Ariff said...

Su,
Kalau dah diperhangat banyak kalli, semuanya dah sebati dengan kuah... tu yang sedapnya. Tapi jangan sampai dah jadi basi la... hahaha

DaddyZ,
Aku tak tahu da tak pernah lagi.
Nanti aku cari... dekat je dah dgn rumah tapip tu la... yang jauh juga dicari... hahaha

sharizal rizal said...

Ni la kedai vanggey terbaik d ipoh..kedai yg lain berbeza rasanya dari kedai ni..kedai ni yg paling power..berpuluh tahun dh kedai ni beroperasi..

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com