Friday, November 8, 2013

Saya laparrr...

.

"Lepaskan...lepaskannn..!!!"

Dalam remang-remang senja itu, dua orang budak lelaki sedang bergelut di koridor siar kaki. Salah seorang darinya menjerit-jerit dengan kuat sambil meronta-ronta mahu lepaskan dirinya.

"Hey korang berdua! Kenapa ni hah?"

Gelutan mereka melerai. Lelaki bersongkok dan berkain palikat menolak bahu kedua-dua budak agar berjarak.

"Ustaz...dia..ddiaaa..." Kata Amirul tergagap-gagap. Ustaz Hasri alihkan pandangan ke seorang lagi...mengharapkan jawaban.

"Saya lapar." Budak berbaju lusuh berseluar pendek buruk mengadu.

Ustaz Hasri pegang bahu Amirul. "Kamu ada duit?" Tanyanya. Amirul anggukkan kepala. "Kamu dah makan?" Tanyanya lagi. Amirul anggukkan kepala tapi matanya masih memaku tubuh budak lelaki di belakang ustaz, mukanya masih pucat...masih terkejut dan takut.

Ustaz Hasri alihkan matanya ke muka budak lelaki berbaju lusuh itu. "Saya laparrr..." Katanya lagi.

Ustaz Hasri menarik nafas panjang. "Amirul...awak tahu kan? Kalau orang sedang lapar dan awak ada sedikit harta, awak kena bantu dia." Amirul masih pucat, "tta..taapiii..."

"Amirul! Kalau dia mencuri pun, dia belum tentu bersalah. Itu akibat laparnya."

"Ta...ta..pi ustaz, dd..ddia buka n nak ambil duit sa..saya." Kata Amirul tangannya menyuruh Ustaz Hasri menoleh ke belakang.


"Saya laparrr..."
Mata budak lelaki itu merah menyala...air liurnya menjejes-jejes...dan gigi taringnya mulai meruncing panjang.





.

9 comments:

t.a.t.a said...

eeee.. dia lapar dara...

eh darah..


kalau kes macam tu dia dikategorikan mencuri tak?

tasekM said...

aik! kat sini pun ada jembalang..?

:p




.

LydSunshine said...

hasri dah jadi Ostad ke? memang kebetulan jumpa ostad boleh la ustad hasri tolong halau makhluk bertaring tu.

Nizam.Ariff said...

Tata,
Ko sambung la kesudahannya...
Aku bagi hint.... dia nak makan hati..


Tasekm,
dah terbang ke sini daa... jembalang beras..


LyDS,
Kut sempat nak bersilat... .hahaha

sepa said...


.
aper sambungannya bro?! takkan nak biarkan budak tuh laparrr...?!


.

Kniedaz said...

uiiiii....takotnya...Ustaz Hasri kena makan ek?

Nizam.Ariff said...

Sepa.
Nantilah aku fikirkan...haha

Kniedaz.
Mungkin dia pun cabut lari...hehe

Lady Windsor said...

hwaaaaaa lagi sadissss
silap besau aku masuk baca memalam buta nehh...

Nizam.Ariff said...

LW.
Haha...aku lapatrrrr....cepat masak..

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com