Sunday, November 24, 2013

Tamak versus Haloba... inilah jadinya.

.

"Awak nak bayar saman?" Tanya kerani itu. Hasri mengangguk lemah.

"30." Hasri julurkan duit melalui lubang kaca. Saman parkir kalau dah sampai dua bulan memang tak boleh didiskaun.

"Resit mana?" Hasri bertanya apabila kerani itu tidak berikannya resit. Tanpa resit bermakna duit tadi masuk poket. "Tak payah resit. Kira settle sudahlah."

"Mana boleh! Awak pecah amanah!" Kemudian Hasri tunjukkan handphone. "Saya dah rakam awak tadi." Ugut Hasri. Kerani tadi pun cetak resit dan diberikan kepada Hasri dengan muka mencemik.

Selepas 10 langkah, Hasri patah balik ke kaunter tadi. "Kalau awak tak mahu saya hantar video tadi ke group whatsapp saya, awak berikan semula duit RM30 tadi."

"Ok. Tapi awak padam dulu." Pinta kerani itu. Setelah video dibuangkan dari memori, kerani itu serahkan duit RM30 kepada Hasri.

Baru saja Hasri mahu berpaling pergi, kerani itu panggil namanya. Sebaik saja menoleh, Hasri lihat kerani itu goyang-goyang handphonenya pula. Hasri terdiam.

"Senang macam ni lah. Apa kata awak beri RM60 dan saya lupakan semuanya." Setelah Hasri hulurkan duit itu, kerani itubuangkan rakaman tadi.

Sebaik sahaja video klip itu dipadamkan, Hasri tersenyum sambil telunjuknya lurus kearah Nita. Kerani itu lihat Nita menggoyang-goyangkan handphone...yang berdiri tidak jauh di belakang Hasri. Kerani itu tepuk dahi beberapa kali.

"RM120...settle, amacam?" Kerani itu panggil Nita dan minta dipadamkan rakaman tadi sambil duit RM120 bertukar tangan. "Maaf, banyak sikit kali ni...kena kongsi dengan kawan...hehehe."


"Woiii...!"

Belum pun Hasri dan Nita melangkah jauh, mereka dijerit semula oleh kerani tadi. Mereka hampiri semula kaunter itu.

"Bak sini RM240 ...kalau tidakkk..." Kerani itu tak habiskan ayat tetapi hanya senyum menyindir. Hasri juga tersenyum...ketawa kecil srbenarnya. "Kalau tidak...?" Hasri bertanya sambil tersenyum sinis.


Kerani luruskan telunjuknya ke atas." CCTV....nampak?"

Hasri tiada pilihan lain. Dia campakkan RM240 ke kaunter dengan hati panas.

"Maaf...lebih sikit...sebab kena kongsi dengan kawan di bilik monitor..."





.

15 comments:

nae nematoda said...

hahaha , tak memasal duit terbang...tu la tamak sangat :D

tasekM said...

kalau aku jd hasri...aku tak bg 240 tu sbb kesalahan asal budak kerani tu yg buat.
dia yg tak nk bg resit 30 tu.
dia yg mulakan kerja jahat.
bukan hasri.
cctv pun nampak.


:)



.

jenanese said...

Ini kelas janjang aritmetik ke? Hehe

Nizam.Ariff said...

Nang.
Memasing tamak...

Tasekm.
Tsk bleh...dia org tu dah geng...


Jeb.
Eh..kebetulan la...hehe

Qashmere said...

Manalah nak cari duit kalau kena saman..hehehe

Nizam.Ariff said...

Qash.
Tunggu hujung bulan...duit gaji la..hehe

Kniedaz said...

hahahaha...apa la...sebab resit je tu..hampeh

t.a.t.a said...

Amboi korang. phone camera, CCTV aje yang korang nampak eh? tu, CCTV Paling Atas, korang tak ingat?

haa, berapa banyak pulak korang nak sogok supaya 'dipadam' kan perihal korang dari CCTV paling atas tu?

ada jawapan?

Nizam.Ariff said...

Kniedaz.
Saja saja je buat cerita...bukan kisah benar pun...hehe


Tata.
Sebab tak hengat la jadi tamak haloba tu...hehe

LydSunshine said...

org kat bilik cctv pun terlibat. haiyooo... ini serius.

Nizam.Ariff said...

lyds,
keatas kebawah semua boleh terlibat kalau gitu...hehe

sudipVSsenduk said...

selalu bayar saman parking hujung tahun, dapat less 70%... lalalala

Nizam.Ariff said...

svs,
ye ke?
drpd dia org tak dapat duit langsung, ye dak?

cinta said...

kesimpulan: rasuah itu bodoh. Hehe..

Nizam.Ariff said...

cinta,
hahaha....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com