Tuesday, December 17, 2013

Lalat oh lalat...jawapannya....

.


Ok la... aku tulis apa yang telah aku jawab kepadanya dan kepada yang lain sebab soalan itu ditujukan dalam 'what'sup group' kami.


Soalan pertama:

"Minta penjelasan fakta terhadap masalah ini.

Seekor lalat berterbangan gembira ke sana sini dalam kapalterbang yg bergerak pada 1000km/hr. Adakah maknanya lalat itu jugak terbang pada kelajuan yg sama atau lebih dr kelajuan kapalterbang? Apakah? Apakah?

Minta jawab. "
Aku jawab begini:

"Kapal terbang baru 0.0000153 x speed of light (nombor tipu). Blom sampai puncak pun. Lalat tu terbang lebih laju dr kapal terbang kalau ia terbang dari belakang ke depan. Tp itu bkn isu utama aku rasa. Yg penting ialah ko patut dpt free meal kalau dapat tangkap lalat tu."

Kemudian, Sepa pun mencelah begini:

"Aku cuma tau, lalat boleh terbang sejauh 4km, tanpa perlu singgah untuk makan, kalau tak, lalat itu akan mati kehabisan tenaga! Maknanya, setiap, penerbangan sejauh 4km, lalat harus diberi makan. "


Kemudian, seorang kawan lain minta aku jawab betul-betul. Jadi aku tulis semula begini:

"Itu namanya kelajuan relativity. Lalat hinggap kat tangan xx dalam kapal terbang. Laju xx dan lalat secara relatifnya sifar. Tp bg observer kat bumi, xx dan lalat dan kapal terbang itu sama lajunya. Kalau lalat itu terbang pula ke arah pilot pd laju 4km/j, xx nampak lalat tu terbang 4km/j tapi bg observer di bumi, lalat itu terbang pd laju = laju kapal terbang + 4km/j. Kalau xx kejar lalat td pd laju 2km/j, lalat itu masih mendahului xx pd kadar 2km/j. Dan bg observer di bumi, xx bergerak selaju = laju kapal terbang + 2km/j je..."

Kemudian aku tambah;

"Kisah xx dan lalatnya itu hanya benar pd kelajuan dibawah kelajuan cahaya. Kalaulah xx dan lalatnya naik space shuttle yg travel pd kelajuan 0.99 x speed of light, citer dia lain sikit... "



Untuk soalan kedua pula:

I am back: ok soalan susulan:

Adakah jumlah kalori yg digunakan erwan shajid semasa terbang 22 meter dgn kelajuan 10km/hr di bumi sama dgn jumlah kalori yg akan digunakan oleh erwan shajid semasa terbang pada jarak dan halaju yg sama dlm kapalterbang yg sedang bergerak 900km/hr?


Note: erwan shajid ialah nama lalat.

Oleh kerana dia dah tanya melalut, aku terus jawab begini saja:

"Ko berjalan selama enam bulan dibumi, sedangkan selama 6 bln itu bumi mengitari mentari separuh perjalanan orbit. Cuba ko berjalan selama 6 bln TANPA bumi tetapi menjalani jarak sejauh bumi tadi, apakah ko mampu? Begitulah apa yang dirasakan oleh erwan shajid..."


Begitulah jawapan yang aku tulis. Mungkin anda mempunyai jawapan yang lain pula...





.

8 comments:

Kniedaz said...

walaupun dah dapat jawapan aku tetap blur.sekian.

cinta said...

aku suka jawapan last. er, erwan shajid tu idup lagi x skrg?

aizamia3 said...

psstt: pinjam entry ni ek..? nak tengok pulak jawapan dari member office.. hehehe..

Nizam.Ariff said...

Kniedaz.
Blur takpe...tak masuk exam..haha

Cinta.
Rasa rasanya dah mati kesejukkan kut...

Aizamia.
Ok..no problem.
Tapi jgn ambik jwpn aku tu dulu...kemudian nnt baru letak...

LydSunshine said...

aku setuju je la dgn jawapan ko tu. Skrg ni yg jadi mangsa ialah erwan shajid tu. sbb dia jadi bahan. padahal dia baru je berenti makan lepas 4 jam dia terbang tanpa henti td.

Nizam.Ariff said...

Lyds.
Hahaha...lalat pun ada perasaan ..

Anonymous said...

makan 4 jam sekali tu normal...

manusia pun...

haha!

Nizam.Ariff said...

Rapunzel,
makan sikit-sikit takpe la...
jangan sepinggan mee goreng setiap kali.. hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com