Saturday, December 7, 2013

Tentang GST yang aku tahu

.

Di singapura sudah ada, di filipina pun sudah ada value added tax, di australia juga ada, di china pun ada vad tu  itu kata orang pandai itu ("dia"). Sekarang, bakal ada di Malaysia mulai 1 april 2015.

Dia kata GST bukan baharu di Malaysia. Sudah 2 kali sebutan di dewan rakyat. Tapi ditangguhkan atas tekanan politik. Pada kali ini, tarikh yang dipilih ialah tarikh "aprill fool". Lagilah orang payah nak percaya.

Tapi dia percaya pada kali ini pasti dilaksanakan. Pertama, sebab sudah ada lagu GST diciptakan dan berkumandang di radio. Kedua, sebab sudah ada slogan. Kemudian dia ketawa. Sebenarnya, negara tidak mampu untuk menolak pendapatan tambahan sebanyak 25 bilion melalui GST dalam bajet negara yang defisit ini.

Dia kata, beza GST dan sales tax/service tax begini: sales/service tax dikenakan keatas barang barang yang disenaraikan sahaja. Yang tak masuk senarai tifak kena. Tapi GST lebih 'ganas', ia akan dikenakan kepada semua barangan KECUALI yang disenaraikan sebagai 'zero rated' dan 'exampted'. Dan senarai pengecualian itu bukan banyak pun. Kerana itu GST juga digelar broad-band consumption tax.

Oleh kerana GST, tak jauh beza dengan VAT, akan mengenakan cukai 6% terhadap proses tambah nilai atau value added process, barang yang dikecualikan cukai juga boleh dikenakan cukai. Contohnya: ayam dibeli dipasar tidak dikenakan cukai tapi kalau ayam itu dimasak di restoran, pemakannya perlu membayar cukai kerana memasak ayam itu ialah 'value added'. Jadi kfc akan mengenakan cukai GST tetapi akan membuang service tax. Kalau tak nak bayar GST, masak sendiri.

Contoh lain, air paip kalau diminum dirumah tidak dikenakan cukai tapi kalau beli air yang dibotolkan, kena GST.

Mungkin cukai pendapatan akan dikurangkan, selain pengguguran sale/service tax. Tapi kerajaan akan kutip cukai lebih tinggi.

Perkara yang merunsingkan seterusnya ialah kenaikkan kos pembuatan dan logistik akibat penurunan subsidi petrol, letrik, gula ...dll, harga barang barang akan naik... Dan GST 6% akan dikira pada harga yang baharu!

Contohnya, jika kita guna letrik melebihi 200kwj, tarif baharu akan mengenakan 15% atas bakinya. Kemudian GST akan mengenakan 6% diatas harga terbaharu tadi! Bermakna, jumlah kenaikkan ialah melebihi 21% !!!

Fikirkanlah....




.

5 comments:

Ellie Mariana Abdullah said...

aku buta ekonomi
cuma sekarang aku rasa kalau pergi pasar malam etc..ect.. amik dua tiga empat barang hoh RM50 kena siap sedia dalam dompet, kalau bawa RM20 tu, aku jd cuak.

takut termalu dgn penjual

Time Traveller said...

Lama tak singgah blog ni.. harap tuan punyer blog sihat sentiasa :D

Ermm .. GST ni kita pun tak reti sgt pasal ekonomi.. but terasa la sesak di dada akan bila ia di laksana kan.. tarf kehidupan still kekal :(

Nizam.Ariff said...

Waterlily.
Nilainya dah tak berbaloi dah...

TT.
Syukur...aku masih sehat...

t.a.t.a said...

walaupun GST dan VAT berlainan maksud, bunyi dan berbeza definisi dari untung bersih, bagi aku ianya masih sama di mana apabila kita membeli sesuatu produk, mereka adalah cas tambahan yang perlu kita bayar.

Nizam.Ariff said...

Tata,
Yup... personal financial yg perlu kita bimbangkan... sepatutnya lebih murah tapi sama ada peniaga jujur untuk turunkan harga atau tidak. Peniaga boleh masukkan elemen-elemen lain untuk kekalkan harga...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com