Wednesday, December 18, 2013

Tersalah andaian berbahaya...!

.

Berdekatan hentian bas di depan Kompleks PKNS senja tadi.

"Abang nak bagi ke tak? Abang jangan tipu...!!!" Jerit seorang wanita lewat 30an. Seorang budak lelaki mencangkung menguis-nguis tanah.

"Aku tak kira, abang bayar juga Jumaat ni...abang bayarrr!!!" Pekik wanita itu kepada telefon bimbitnya. Mujurlah senja itu hanya mereka berdua beranak di hentian bas itu. Yang lain mungkin sudah naik ke dalam perut bas. Bas itu masih di situ sejak tadi, sejak hampir sejam tadi, tak begerak-gerak. Sejak aku masuk ke KFC hingga keluar dari situ.

Aku yang berjalan ke tempat parkir kereta sambil memimpin tangan mama langsung tidak dihiraunya. Masih terpekik-pekik dia itu. Sehinggalah kami masuk ke dalam kereta pun wanita itu masih memekik dan mengancam 'abang'nya.

"Agak-agaknya orang yang menyewa rumah dia tak bayar sewa." Telahku.

"Hisshh...takkan panggil 'abang' pulak..?" Bantah mama.

Kami berdua cuba meneka sketsa kehidupan apakah yang sedang berdrama itu.

"Dia mintak nafkah dari bekas laki dia kut..." Teka mama pula. Aku angguk-angguk tanda setuju ...tapi...

"Tapi, apa kaitannya dengan hentian bas dan bas yang masih belum bergerak pulak?" Tanya aku pula. Kami diam seketika.

"Hah! Begini..." Aku mencuba. "Laki dia kahwin dua tapi tak bayar nafkah yang dijanjikan. Laki dia tu drebar bas itu. Dia datang nak tuntut duit nafkah. Laki dia takut nak dekati basnya, takut diamuk bini tua tu. Jadi laki dia biarkan bas tu dengan enjin masih hidup di hentian tu sampai dekat sejam tak bergerak. Laki dia mesti tengah menyorok..."

"Errmmm...menyorok kat mana?" Mama suruh aku agak-agak.

"Mungkin laki dia menyorok di KFC sebab laki dia boleh tinjau basnya ikut tingkap cermin KFC tu, meja yang kita duduk tadi tu...".

Mama ketawa. Mama ketawakan imaginasi liar aku tu. Tapi kemudian mama terhenti ketawa.

"Tadi rasa-rasanya mana ada lelaki kat KFC...abang adalah." Mama berfikir.

"Abang ke...???"

Eh....!




.

12 comments:

nae nematoda said...

eh , ah sudah...yang mana satu'abang' ni...? haha
kesimpulannya, kalau nak tahu cerita sebenar, pergi tanya wanita tu...tu pun kalau berani la :P

aza ni said...

tanya jer

t.a.t.a said...

Woh, dah lama tak pergi ke KFC yang di depannya ada bas menunggu. Bas itu masih bas kontot kah?

Tijah said...

hahaha. kan abang dah kantoi!

Nizam.Ariff said...

Nang,
Aku tak berani... aku takut dengar suara perempuan memekik ni...seram..

Azani,
malas nak masuk campur hal orang... hehehe

Tata,
Haah... bas tu masih kontot...cuma warnanya lain... tapi stesyennya masih sama di situ...


Tijah,
Aku agak je!.. aku main agak-agak je Jah, bukan betul-betul....

cinta said...

ohoho.. mmg bahaya.

Nizam.Ariff said...

Cinta,
contoh sahaja.... contoh... hahaha

LydSunshine said...

Haaaa..... adakah ko 'abg' yg disuruh bayar tu. Hehehe...

LydSunshine said...

Eh lupa.. ko makan kfc ke? kampung. Hahaha. *sorry ye.

Nizam.Ariff said...

LydS,
Hahahaa... aku ingat lagi entri ko tu... Oooo.. .McD tak kampong la eh..hahaha

Rapunzel Cikilolo said...

ko ke yang die call tu...?

hahaha!

Nizam.Ariff said...

Rapunzel,
Takkkkk...!

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com