Monday, December 23, 2013

Tonton Hobbit ...teringat game Warcraft...

.

Selepas zuhur tadi aku dan Ariff menonton Hobbit. Seksa sungguh kami rasa di dalam bilik besar itu. ACond full blast walau pun tak ramai yang ada di situ. Lengan aku jadi selimut Ariff dan aku tak ada mama untuk dijadikan selimut pula.

Aku suka cerita sebegitu lebih kebih lagi kalau ada scene penggal penggal kepala. Aku pernah main Warcraft jadi watak-watak dalam Hobbit sudah tidak asing bagi aku.

Cumanya...ceritanya habis betul betul ketika dikemuncak berahi...cis! Ketika si naga keluar dari gunung untuk memusnahkan pekan sebagai tindak balas...cissss! Tak sempat nak tengok mayat rentung pun...

Ada juga scene yang aku rasa menafikan hukum fizik...contohnya ketika para hobbit berhanyut di dalam sungai deras dengan tong kayu tempat simpan arak. Macam tong minyak penyamun tarbus dalam filem Ali Baba Bujang Lapok. Sungainya deras ala-ala sesuai untuk white water rafting pula tu.

"Takkan dah 4-5 kali jatuh jeram, tergolek-golek tapi air tak masuk ke dalam tong? Sepatutnya dah karam dah dia orang tu, kan?"

"Errmm...mungkin di bawah tong tu ada lubang untuk air keluar.." Kata Ariff.

"Oooo....ye ke..."

Eh!??     *pap!*




.

9 comments:

Teena Tna said...

Ni aku baru jer balik tengok citer hobbit tu. and dia habis betul2 masa part klimaks, orang tgh syok2 tiba2 dia habis cmtu jer. Cissss.

Suka scene kat sungai tu jugak, tgok 3D terasa la jugak effect dia. Tak logik pun kita logik kan jelaa.

Nizam.Ariff said...

Teena.
Tu la....habis gitu je...potong stim betul la... Baik x payah tonton...tunggu part two baru tonton dvd back to back....

t.a.t.a said...

Cerita Hobbit aku tak minat. Tapi Lord of The Rings aku tengok pulak.

Pasal barrel ale tu kan mesti la ia kedap udara. Tu pasal tak tenggelam. Dan buatan nya mesti kukuh, tu pasal tak pecah² barrel tu.

Nizam.Ariff said...

Tata.
Dia org bukan peluk tong tu tapi masuk dalam tong tu utk berhanyut. Tu yg srpatutnya air boleh masuk tapi tak masuk walau jatuh berpusing kat jeram jeram...

t.a.t.a said...

Oh. aku imagine lain. hahaha. sori.

Nizam.Ariff said...

Tata.
Pi la tonton....tp ko mgkin menyesal mcm aku sbb ending dia memang betul betul di puncak aksi..

Daddy Ziyyad said...

aku tak sempat lagi tgk sequel The Hobbit tu....Of coz la dia kasi stop kat part memuncak...so that org akan teruja nak tunggu episod 3...hahahaha


hukum fizik?
hukum fitrah yg biasa pun filem/drama melayu failed...kah kah kah

Lady Windsor said...

Soalan ko tu sama cam soalan adik aku sebab aku tengok Hobbit dengan dia. Katanya, kak, depa ni tak makan tak minum ke berjalan sket punya jauh, badan tak dak luka apa pun..hwaaa terkesima aku nak jawab dalam panggung wayang aka peti ais besor tu..huhu..

whatever, aku pun enjoy tengok citer gitu..lepas ni layan Ronin pulak yek...

Nizam.Ariff said...

DaddyZ.
Hah? Episod 3?
Yg aku tonton tu episod 2?
Habis tu episod 1 yg mana pulak?


LW.
Ronin budak bwh 18thn boleh tonton tak?

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com