Friday, January 17, 2014

The old wisdoms...

.

Sebelum-sebelum ini aku ada post rangkaian strategi milik Sun Tzu. Sebenarnya, alam Melayu juga ada khazanahnya sendiri cuma kita jarang bongkarkan. Kebanyakkannya menjadi peribahasa dan petua petua orang dulu dulu. Kalau kita selaminya, kita akan dapati ia adalah 'wisdom' mereka.

Apa yang perlu kita lakukan ialah mengambil iktibar darinya dan sesuaikan dengan situasi semasa. Kita ambil satu contoh: Tiada angin masakan pokok bergoyang.

Bagi seorang yang sedang menyoal siasat, ia mungkin sedang mencari bukti-bukti dari orang yang disoal.

Tapi bagi seorang teknikal, ia merupakan konsep asas sistem sensor dimana pokok itu menjadi pengesan kepada angin yang tidak kelihatan.

Dan bagi seorang astronomer, konsep melihat pokok untuk mengesan kehadiran angin boleh digunakan untuk mengesan 'black hole' yang sukar dilihat tetapi dipercayai ada menerawang diangkasaraya, dengan melihat objek atau planet berhampiran lokasi. Jika planet itu 'wobble' atau berpusing secara bergoyang.

Ia bergantung kepada orang yang memahami peribahasa atau petua atau mungkin pantun.




Yang di kiri ialah buku Sun Tzu. Yang di kanan ialah buku tentang strategi yabg digunakan oleh Hang Tuah (dan Tun Perak) yang dulunya gah di bumi Melayu...



.

12 comments:

t.a.t.a said...

Entry kau ni memang tiada tajuk eh?

Nizam.Ariff said...

Tata.
Draf...entah cemana bleh publish lak

aza ni said...

draf pun dah kejap

Rapunzel Cikilolo said...

ooo...

mane nak dapat buku hang tuah tu?

Nizam.Ariff said...

Azani.
Aku blom habis baca lagi buku tu..hahaha


Rapunzel.
Aku beli dulu kat RnR Seremban ke arah utara, ada kedai serbaneka dan buku...lama dulu..dah 4-5 tahun dulu..

jeb said...

Nak pinjam boleh? Hehe

Nizam.Ariff said...

Jeb.
Aku tak habis baca...
Lenkali..

Daddy Ziyyad said...

Dikatakan Hang Tuah itu, mungkin mitos...Jadi " strategy mind " tu, mungkin juga ciptaan penulis semata mata! hahahaha

Tiada angin masakan pokok bergoyang - dari kaca mata penjaga zoo, katanya ada beruk kat atas pokok yg goyang pokok tu! hahahahaha

Nizam.Ariff said...

Daddyz.
Silap tu..kalau hang tuah dan tun perak tu mitos, maka strategic mind tu milik Tun Sri Lanang. Kalau TSL pun mitos, ia jd milik R.O. Winstead atau Shellabear...kan?

jeb said...

Alaaaa...kena cari kat library la ni..hehe

Nizam.Ariff said...

Jeb.
Ko cari kst mph...atau popular.
Ko jumpa awek kat kaunter suh dia search dlm inventori...

Rapunzel Cikilolo said...

errmmm

susah nak dapat la kirenye ni...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com