Tuesday, January 28, 2014

Psikologi seekor ayam jantan...

.

Kenapakah ayam suka melintas jalan?

Kita boleh cuba untuk mengagak sebabnya tapi punca ayam melintas jalan hanya ayam itu yang tahu. Mungkin nalurinya, mungkin ada cacing lebih gemuk di seberang jalan atau ada padang lebih luas untuk bermain konda-kondi...kita tak tahu tahap psikologi seekor ayam.

Ayam ada psiklogi? Otak yang sekecil itu ada ruang untuk psikologi? Perasaankah atau hanya naluri asas untuk hidup dan membiak? Otak sekecil itu sudah cukup untuk ia berjalan dan berlari dengan laju dan tanpa bersilang kaki, mencari dan memilih induk betina yang subur gebu dan montok dada lantas membelai manja dan memujuk untuk membuka hati dan diserahkan mahkota perawan dengan rela dan membiarkan tubuhnya ditawan si jantan dan seterusnya dibawa  menari hingga lemas di puncak awan......otak sekecil itu? Agaknya apa yang terkandung dalam otak sebesar kita manusia...?





Psikologi seorang pemancing.
Walau pun sudah diberitahu bahawa tasik itu jarang orang pancing kerana jarang dapat ikan, aku dan dia itu masih labuhkan joran....kenapa?

Harapan...kerana ada sekelumit harapan dalam hati.
Harapan bahawa ada satu hari nanti ikan akan muncul dan menarik tali joran.

Harapan yang kata-kata orang tadi itu salah.
Harapan bahawa pada satu hari nanti segala-galanya telah berubah.

Harapan...

Tapi adakah ayam juga pandai berharap?




.


13 comments:

LydSunshine said...

bukan ayam je yg suka melintas jalan. kucing pun suka. otak kucing besar skit drpd otak ayam. dalam bab pemancing pulak, kekuatan utk memancing di tasik yg jarang org pancing tu mungkin datang daripada semangat inginkan kejutan, keajaiban. agaknye la. mana la aku tau perasaan sebenar dia cemana kan.

Nizam.Ariff said...

Lyds.
Ada gak pemancing yg seronok masa dpt ikan tapi dah byk, tak tau nak bg kpd siapa...

cinta said...

harap-harap ayam jantan. peribahasa baru yang entah nak maksudkan apa ye..

t.a.t.a said...

Aku sampai sekarang tak faham kenapa orang ketawa bila cakap pasal ayam melintas jalan. Is that a joke? Aku tak pernah tahu dan tak pernah rasa nak ketawa pun?

Nizam.Ariff said...

cinta,
ok begini: harapkan ayam jantan, ayam jantan belasah ayam betina...
hehehe..

tata.
aku tak rasa soalan tu satu joke.
tapi jawapan-jawapan kepada sebab ayam melintas tu yang jadi banyak jokes... macam soalan tentang '...to change a light bulb' juga la...

t.a.t.a said...

kalau tak silap aku '...to change a light bulb' tu got something to do with blondies right? tapi yang ayam tu aku masih tak fahaaammmmmm...

Nizam.Ariff said...

tata.
rasanya pasal banyak orang langgar ayam yang melintas jalan sedangkan tak ada makanan atau apa2 pun kat jalan... seolah-olah melepak je... maka timbullah Tanya tanda, kenapa ayam melintas?

katak? pun satu juga...

aizamia3 said...

kalau memancing kat situ dapat ikan mesti kawasan tu dah tak sesunyi macam dalam gambar tu..

Nizam.Ariff said...

aizamia,
tu la pasal... dah tau tapi ngapa kami masih memancing kat situ ek?
hahaha

Daddy Ziyyad said...

1- engkau kah itu yg berbaju merah?

2- sebagai pemancing tegar,tidakkah dirasakan duduk tercongok menanti umpan di makan itu, satu pembaziran masa? hahahaha

Nizam.Ariff said...

Daddyz.
1. Bukan. Aku tak muncul dlm dunia maya dan aku antisosial. Elusif perkataan yg tepat.
2. Menonton bolasepak juga membazir masa. Menonton wayang juga membazir masa. Mungkin sampai satu tahap perbandingan, memancing lebih menguntungkan dalam situasi ekonomi skrg berbanding window shoping....

Su @ Aya said...

aku sokong 200% jawapan ko utk soalan daddy ziyad tu. aku tak suka menonton wayang sbb aku rasa membazir masa.

tapi pasal ayam melintas jalan tu, sebenarnya pd pemerhatian aku, ayam tu kena langgar sebb bila dia melintas separuh jalan, dia berpatah balik tanpa tgk kiri kanan. tk pun, keinginan melintas jalan dia tu, dtg apabila tgk kereta nak lalu. masa kereta tk der, tk pulak dia nk melintas. serius ni. cuba perhatikan betul2.

Nizam.Ariff said...

Su,
Sebenarnya ayam tu sendiri tak tahu nak kemana, tak tau apa nak buat..hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com