Thursday, January 2, 2014

Sun Tzu: Art of War - Cluster 3

.

" Know a mistake, change the mistake
but do not admit the mistake "


Itu diantara falsafah Cina yang Sifu beritahu. Bila aku tanya kenapa dah tahu berbuat silap tapi tak boleh meminta maaf? Sifu kata, ia berkenaan dengan integriti seseorang ketua. Kemudian aku teringatkan beberapa peristiwa yang menyebabkan beberapa pemimpin negara terpaksa membuat kenyataan rasmi mengenainya.

Contohnya: apabila Snowden membongkar rahsia pengintipan CIA (US) di Indonesia, Malaysia dan sekitarnya dengan pengetahuan / bantuan Singapura dan Australia, pemimpin mereka membuat kenyataan lebih kurang berikut " We regret ... bla.. bla.. bla but won't apologize". Begitu juga Singapura yang berkata mereka kesal dengan insiden yang telah berlaku dan akan cuba memperbaikinya tetapi tidak berhajat untuk meminta maaf.

Kenapa? Aku bertanya lagi. Sifu kata, apabila mereka meminta maaf, bermakna kerajaan mereka mengakui kesalahan itu dan secara undang-undangnya, kerajaan mereka boleh dikenakan tindakan mahkamah antarabangsa. Sedangkan rasa kekesalan mereka itu hanyalah bersifat peribadi dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.



Cluster 3  -  For direct attack!
(Jika pihak lawan kurang berdaya berbanding pihak kita)

  • Beat the grass to startle the snake  -  launch a direct but brief attack to test out the enemy's strength.

  • Raise a corpse from the dead  -  reuse old ideas, strategies, technology etc.

  • Lure the tiger out of the mountain  -  lure the enemy out of his comfortable territory to fight in an unknown new territory. Biasanya kalau nak buat negotiation, panggil orang itu ke pejabat kita kerana kita lebih selesa di tempat kita. Tapi kadang-kadang dia tahu taktik itu. Tak mengapa, pergi sahaja ke Neutral Zone seperti di kedai mamak (tapi kalau kita selalu minum di kedai mamak itu, bermakna itu adalah comfort zone kita .. hehehe).

  • Let the enemy off in order to snare him  -  akin to 'don't force the tiger up the fence', let the enemy focus on escaping rather than fighting you.

  • Hold out a brick to attract a gem  -  using enticement such as wealth, power and sex. Kaum Cina panggil ini sebagai 'using the 5 sins' iaitu arak, perempuan, makanan, judi dan kuasa.

  • To catch rebels bring down their leader first  -  take out their leader.




.

10 comments:

t.a.t.a said...

Cakap pasal mohon maaf ni, ada pensyarah aku cakap dulu kalau masa kita public speaking, gementar, atau melakukan kesilapan, dibenarkan ucap maaf. Tapi jangan kerap. Sebab ia akan menunjukkan kelemahan diri.

LydSunshine said...

reuse old idea tu aku ada nampak digunakan oleh kerajaan dalam banyak isu. Opss. ni bukan pasal politik kan?

Daddy Ziyyad said...

rajin kau baca benda ni kan...:)

Nizam.Ariff said...

Tata,
Tapiii...kalau kita ikhlas meminta maaf, being humble, lagi ramai yang sokong kita.. kan?

LydS,
Eh.. pasal politik pun boleh... lagi byk dalam politik.. hahaha

DaddyZ,
Sekali sekala kalau nak fahamkan percaturan bisness dan politik, kena tahu sikit-sikit benda-benda gini....baru senang nak agak langkah mereka seterusnya...

t.a.t.a said...

Betul. Kalau di luar presentation perkara biasa tapi kalau ketika presentation, public speaking, tidak digalakkan.

Nizam.Ariff said...

Tata,
yup... sebenarnya bukan sebab minta maaf tapi sebab kenapa terpaksa minta maaf tu... kalau asyik tersasul atau salah fakta. menunjukkan tak well prepared atau tak focus..

t.a.t.a said...

Haa.. betul tu.

Nizam.Ariff said...

Tata.
:)

Rapunzel Cikilolo said...

aku rasa bos botak aku sun tzu lah.

hahaha!

Nizam.Ariff said...

Rapunzel.
Hah...hati hati dgn taktik dia...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com