Tuesday, February 18, 2014

Aktiviti menimba ikan di Perak

.
 
 

Sudah lama aku tak lihat aktiviti menangkap ikan secara beramai-ramai, selain daripada memancing beramai-ramai. Terutama sekali teknik yang kami panggil 'menimba'.

Teknik ini ialah dengan mengeringkan air di lubuk ikan dengan tujuan untuk memudahkan menangkap ikan. Jikalau lubuk itu adalah lopak air atau londang atau kolam, ianya mudah untuk dikeringkan. Tapi jika lubuk itu ialah parit atau sungai yang masih banyak airnya, empangan perlu dibuat di kawasan yang diingini, agar air dapat dikeringkan.

Ahad lepas, aku balik kampung. Tidak jauh dari rumah Emak, ada sekumpulan anak muda sedang 'menimba' ikan di sebatang parit kecil yang hampir kering.



Yang batang biru itu adalah paip penyedut air


Mereka tidak guna timba. Mereka gunakan pam air berenjin petrol. Lebih mudah, tanpa perlu habiskan banyak kudrat. Kalau dulu, kami menggunakan timba khas untuk mengeringkan air. Timba itu diperbuat daripada tin minyak tanah yang dibuangkan bahagian penutupnya. Kemudian, 2 batang kayu kecil dipasakkan pada kedua-dua belah dinding tin tersebut. Kemudian tali lembu yang agak panjang diikatkan  pada kayu tersebut, menjadi empat tali untuk ditarik oleh dua orang 'penimba'. Itu dulu...



Mereka membuat empangan untuk memisahkan bahagian
yang mereka ingin keringkan



Duduk menunggu air lumpur disedut. Masa ini jangan takut lintah dah.


Oleh kerana parit kecil itu bersambung dengan sawah-sawah padi, ikan-ikan yang mereka dapat juga adalah dari jenis ikan-ikan sawah seperti Sepat, Puyu, Keli dan Haruan. Ikan-ikan itu, jikalau banyak, akan dijual kepada peraih ikan dan hasilnya mereka bahagi-bahagikan. Jika tidak banyak, mereka bahagi-bahagikan ikan tersebut sesama mereka.

Keseronokan untuk sama-sama 'menimba' itulah yang menjadi kenang-kenangan...




.

14 comments:

JunAina said...

Akak kecik2 dulu selalu jugak join aktiviti macam ni...besttt...skrg tak ada lagi dah.

Nizam.Ariff said...

Junaina,
ikan pun dah tak ada sangat, kak...tak sempat nak membiak, air dah kering...

Dr K said...

aktiviti yg aku tak pernah buat zam...teringin jugak nak try...eh, keli tu, ikan sawah ke?

Nizam.Ariff said...

DaddyZ,
Ko tak takut lintah pacat ke? Hahaha
Keli tu banyak jenisnya.. catfish... ada jenis sawah, ada jenis kacukan keli afrika yg kita makan kat kedai2 tu. Keli sawah keli yang original... paling besar pun besar lengan.. tapi keli kacukan afrika tu boleh besar peha orang pun ada...

jeb said...

saya dulu duduk bandar..tak dapat rasa benda-benda macam ni. ni dah besar teringin nak buat. tapi takde geng. haha

Nizam.Ariff said...

jeb.
boleh lagi tu..kena cari geng la dulu...

cinta said...

nak tengok keli besar byk2 boleh gi seremban city park dekat seremban 2. ade yg kepala selebar 7". kaler hitam, kaler merah. pastu tgk kura2 berenang2 n lepak tepi tasik.

t.a.t.a said...

jeb, kawan aku duduk bandar. sekali masuk kampung nampak kambing dengan ayam secara live, jakun ya amat. macam nampak dinosour je rasanya.

Tijah said...

Aku dulu selalu gak menimba ikut abang. Tp biasa menimba air dia ngan kawan2 laki je buat. Aku tunggu kering pastu baru masuk cekup ikan. Shiok oo!!!

Kniedaz said...

aku kecik2 adala tangkap ikan sepat tapi takdelah guna cara ni...secara kecil-kecilan je..pakai sauk ikan hehe

Nizam.Ariff said...

Cinta,
aku takut nak makan yang besar2... badan lembik2 gitew... eee..


Tata,
Eh... ayam tu memang legasi dinosaur.. hahaha


Tijah,
Ko??? Pegang ikan secara live?
Huh...

kniedaz,
kat tempat aku sauk tu dulu berbentuk semi-circle diperbuat daripada rotan atau buluh di raut.. .sama kan?

Tijah said...

errr puyu saja.

aizamia3 said...

tak pernah join tapi biasa tengok.. hehehe..

Nizam.Ariff said...

Tijah,
Eh.. puyu tu tajam tau... bukan calang-calang orang berani pegang puyu.... hahaha


aizamia,
join je... tak payah nak pegi spa untuk mandi lumpur.... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com