Wednesday, February 5, 2014

Demi meniti hari-hari yang berakhir...

.



Sebuah lagi cerita berlalu pergi, episod seterusnya pun menanti.
Entah bagaimana drama hidup nanti aku pun tak pasti.

Aku dengar ceritanya tidak berkurang pun lara,
masih padat dengan air mata berselang sedu tangis derita.
Musim itu nanti kemarau berdenting masih ada,
cuma mungkin rekah kontang berbeza keluk coraknya.

Aku dengar episod itu nanti amat mengharu.
Hati menjadi lebih bisu dalam pilu, akan lebih sendu.

Aku masih duduk di sini menyiksa diri,
bermenung memandang hidup ini bagaikan jasad hidup tetapi mati.
Bagaikan ada penjara ilusi yang mengikut ke mana-mana pun aku pergi.
Bagaikan jaga dalam mimpi.

Dalam meniti hari-hari akhir aku perlu berhati-hati.
Kisah sedih ini bagi aku penuh duka, penuh bererti.
Aku pasti selami dalam-dalam dan hayati.
Kisah tragis diri...episod peneman sepanjang hidup yang berbaki.



Tulis Hasri dalam diari...





.

11 comments:

Dr K said...

puisi?
syair?
gurindam?
pantun?

:P

t.a.t.a said...

Ini catatan masa sebelum Hasri koma ke?

aza ni said...

hasri koma?

Lady Windsor said...

aku konpius, puisi hasri atau ko yang karangnya..apa-apa pun, aku suka puisi ni.pemilihan diksi yang mantap, lantas membawa maksud yang padat dan bermanfaat..
eh lama benar aku tak buat ulasan puisi..

Nizam.Ariff said...

Daddyz,
Luahan hati....hehe.

Tata,
Hasri koma eh? Jap...mana ada, versi ko yg hasri koma. Versi aku hasri dlm kubur dah...
Tapi yg ini takde kaitan dgn yg itu...

Azani,
Takde ..itu telahan tata je...

LW,
Hasri atau aku...sama je kerana hasri di blog sana adalah sepa tapi hasri di sini ialah Dino...
Tapi Dino di blog sana adalah hasri tapi Dino di sini ialah hasri versi yang di sini...
Habis tu Aku?
Aku ialah nizam.ariff...

t.a.t.a said...

Hahahaha.. versi aku la Hasri koma.

cinta said...

kagum cara hasri tulis diari.

SuzieLAWAti said...

lupakan lah kisah derita itu hasri...
dugaan tu lah yang mendewasakan..
hilangkan rasa kontang dalam jiwa...
biar ilusi tu pergi dan jasad kembali ke dunia nyata..

setiap kesilapan itu ade hikmahnnya...

tetiba.. kann... hahahaa


meh bagi alamat nak anto diari baru tahun 2014 kaler ungu.. kena tulis diari baru ni... lagi pon diari hasri dah lusuh buruk.... kertas pon dah kuning... ;p

Nizam.Ariff said...

Tata,
Tapi orang ingat hasri versi ko... hahaha


Cinta,
Hasri memang begitu, dia tak mahu orang lain tahu apa yg sebenarnya dia maksudkan...


CPL,
Ok... nanti aku wassup... thanks..

SuzieLAWAti said...

menjawab pada reply kepada Cinta : masalah nye... masih ade yang mengerti...


choppp.... diari ungu abis... diari power puff girl boleh...?!!.. hehehee

Nizam.Ariff said...

Cpl.
Hah...dah abiss??
Takpe la...tak mao ppgurl...hehe

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com