Monday, February 10, 2014

Destinasi kita kemana?

.


Dalam perjalanan ke tempat kerja pagi ni, aku mengeluh kerana lebih banyak belok ke kanan berbanding ke kiri. Sedia maklum bahawa tangan kanan aku sakit, jadi kalau banyak sangat belok ke kanan, aku terpaksa menggunakan tangan kanan untuk memaut dan memutar steering ke kanan. Agak menyiksakan aku.

Terfikir pula, kalaulah aku tak mahu belok ke kanan, adakah aku akan sampai ke destinasi aku pada pagi ini?

Katakanlah dalam perjalanan aku ke tempat kerja, aku memilih untuk sama ada terus atau belok ke kiri, aku akan lebih banyak menggunakan tangan kiri. Jadi, kuranglah seksaan fizikal. Tapi adakah aku akan sampai ke tempat kerja?


Diantara persoalannya ialah adakah wujud satu laluan lain yang hanya memerlukan aku memandu lurus atau belok ke kiri? Yang ini aku belum cari. Kalau ada pun, mungkin jauh jaraknya. Maklumlah, bumi ini bulat. Akan sampai juga ke destinasi walau terpaksa merentasi benua Amerika untuk sampai ke situ.

Kemudian aku terfikir, kalaulah asyik belok ke kiri sahaja, aku mungkin akan sampai ke tempat permulaan tadi.


Dalam hidup ini, jika setiap pililhan yang kita buat hanyalah ke kiri, kita tidak akan ke mana-mana, malah mungkin akan kembali ke titik permulaan.

Sekali sekala, warnailah pilihan dalam perjalanan hidup ini dengan pelbagai pilihan...maksud aku, cara kita mengambil risiko dalam memilih laluan.





.

13 comments:

aza ni said...

sakit tangan kanan lagi?

Tijah said...

aku nak ke teluk intan minggu depan ngatar orang tunang. agak2 byk ke kiri ke kanan? btw mastan ghani kat mana? hahah

Nizam.Ariff said...

azani,
akan sakit kalau guna banyak sangat...


Tijah,
Aku harap ko terus je.. hahaha
Mastan Ghani yang sedap di depan The Store... waze mungkin boleh membantu... dah makan nanti tolong snap foto rojak tu ek...

Kniedaz said...

kalau aku nak balik nanti, kena belok kanan juga..tapi boleh juga belok kiri tapi aku kena wat satu pusingan baru sampai umah dan yang pasti...lambat

Nizam.Ariff said...

kniedaz,
Ya, aku pun boleh tapi jauh dan lambat... maknanya kita punyai pilihan..

t.a.t.a said...

Kalau terus aje pun mesti lenguh tangan Zam. Duduk diam aje tak de belok-belok.

Buah Kedondong said...
This comment has been removed by the author.
Buah Kedondong said...

jangan fikir, jalan ajer.

hidup sentiasa tentang pilihan.

walaupun ketika kita tidak diberi pilihan, kita masih perlu memilih sesuatu yang bukan pilihan kita.

Let’s Get Healthy

Nizam.Ariff said...

Tata,
Betul juga tu...


BK,
Kadangkala aku tak sekuat ko nak tempuh jem macam tu...huhu

sepa said...

kalau ko belok kiri, terus, kiri, terus kiri lagi kiri lagi terus terus terus, kiri lagi... ko akan sampai ke Papua New Guinea.

sekian, harap maklum.

Nizam.Ariff said...

Sepa.
Ko pernah buat ek...

ewanthology said...

pandai ko kait2 kan ko punye sakit tangan dengan tazkirah kehidupan ye :-)

Nizam.Ariff said...

Ewan,
Berkongsi secara senyap...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com