Sunday, February 16, 2014

Jangan Solat seperti binatang...

.

Entri sebelum ini aku ceritakan semula apa yang sahabat aku maksudkan dengan sujud seperti unta yang menderum.

Sahabat aku itu juga ada menceritakan tentang tegahan solat seperti binatang. Aku rasa apa yang dia maksudkan ialah yang berikut:

Bahwasanya Rasulullah s.a.w. melihat seorang lelaki yang tidak menyempurnakan rukuknya dan mematuk-matuk dalam sujudnya, sedang dia lagi bersolat. Maka berkatalah Rasulullah s.a.w.: Sekiranya orang ini mati dalam keadaan begini, matilah dia di luar agama Muhammad. Kemudian Nabi s.a.w. berkata: Perumpamaan orang yang tidak menyempurnakan rukuk dan mematuk-matuk dalam sujudnya, adalah seumpama orang lapar memakan sebiji atau dua biji kurma yang tiada mengenyangkan(tiada memberi faedah apa-apa baginya).”

[H.R. Abu Ya’la dengan sanad hasan, Khuzaimah dan Tabarani dari Abu Abdullah Al Asy’ary]

Abu Hurairah r.a. ra. berkata:

Aku telah disuruh oleh kekasihku, tiga perkara dan ditegah aku dari tiga perkara, iaitu mematuk-matuk rukuk dan sujud seperti patukan ayam dan duduk seperti duduk anjing dan berpaling-paling sbg tsa’lab(sejenis anjing hutan).” [H.R. Abu Ya’la]


Sujud dan ruku' seperti ayam mematuk itu ialah tunduk dan sujudnya pantas dan sekejap, seperti ayam yang mematuk makanan. Manakala duduk seperti anjing itu ialah ketika duduk antara dua sujud dan duduk tahiyyad (awal dan akhir) keadaan kakinya dilipat seperti anjing yang duduk. Aku tanya sahabat aku, macam mana? Sebab aku tak pula perhatikan anjing duduk. Tapi dari penerangannya, yang aku faham ialah duduk dengan punggung diletakkan di tengah-tengah diantara tumit kaki kanan dan tumit kaki kiri. Manakala, berpaling-paling seperti anjing hutan (sahabat aku kata seperti musang) ialah memalingkan muka ke kanan dan kiri ketika memberi salam secara pantas, seperti musang yang takut.

Wallahu'alam. Mungkin anda ada penerangan yang lain juga...




.

13 comments:

Kniedaz said...

aku kompius..kalau org solat laju2 tu, sempat ke dia baca bacaan dlm solat tu sampai abis?

Nizam.Ariff said...

kniedaz,
aku syak dia gerak sambil baca... e.g. fatihah belum habis badan dah gerak nak ruku'.. gitu la kut sebab aku pernah Nampak orang yang solat laju ni mulut dia tak berhenti membaca... hehehe

Rai Ourkizuna said...

macam ayam patuk padi kalau orang tua kita kata..

Nizam.Ariff said...

Rai,
Haah... betul tu...

sudipVSsenduk said...

anak saya yg kecik, kalau nak tengok kartun.. solatnya cepat sungguh. Habis je dia solat, saya minta dia solat taubat 2 rakaat... rasakan!

Nizam.Ariff said...

SvS,
Hahaha.... denda yang bagus...

t.a.t.a said...

haah Rai. macam patuh ayam. mak aku selalu tanya, "Wes jengkeng?"

Daddy Ziyyad said...

solat itu, satu kerehatan.
malangnya, kalau kita rushing, ianya satu stress..stress di dunia, stress di akhirat

Su @ Aya said...

aku pun cam kniedaz, duk fikir sempt ke diaorg habiskan bacaan. sbb aku sendiri pun kekdg dh rasa laju, tp tgk org lagi laju!

Nizam.Ariff said...

Tata,
dia faham ke tu?

DaddyZ,
SOlat sepatutnya hilangkan stress jiwa kerana kalau stress pun boleh mengadu kpd Tuhan.. kan?

Su,
Dia org tu boleh nyanyi lagi rap atau hip hop dengan fasih... hahaha

LydSunshine said...

terima kasih di atas peringatan. makna nya jgn solat laju2.

cinta said...

solat juga ada genre. itu genre rap. heheh..

Nizam.Ariff said...

LydS,
Haah.... rileks2 je...


Cinta,
Hahaha....:)

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com