Monday, February 24, 2014

Masalah Aircond Kereta dan punca-puncanya..


.

 

Baru-baru ini aku baiki Pendingin Hawa (Aircond) kereta. Banyak perkara yang aku belajar daripadanya. Jadi, alang-alang dah tahu, elok aku kongsikan di sini. Tapi sebelum itu, kita fahamkan dulu sistem pendingin hawa untuk kereta.

 
Sistem Pendingin Hawa (Aircond) Kereta

Konsep asasnya adalah sama seperti aircond di rumah, di pejabat dan juga peti sejuk. Sistem aircond kereta bukanlah sekompleks mana pun sebenarnya.





Sistem aircond sebenarnya bukan menyejukkan udara dengan menyemburkan gas aircond ke udara itu. Ianya adalah satu sistem tertutup, maknanya gas aircond itu kekal di dalam sistem paip. Kalau tidak bocor, gas aircond tidak akan habis. Apa yang sistem aircond lakukan ialah dengan 'memindahkan haba dari satu takungan ke takungan lain'.  Haba yang dipindahkan, bukan menyejukkan haba. Haba dari dalam kabin kereta dikeluarkan ke luar kereta.

Bagaimana ia dapat dilakukan? Penyebab utama ialah ciri-ciri yang ada pada gas aircond itu. Kalau dulu kita gunakan gas Freon (R10), lepas tu kita tukarkan kepada gas yang lebih 'eco-friendly' gas R12 dan sekarang untuk kereta kita gunakan gas R134a. Gas ini berbentuk gas pada suhu bilik tetapi apabila dimampatkan ia berbentuk cecair, sama seperti gas aerosol penyembur nyamuk atau gas memasak. Dalam keadaan termampat pada tekanan tinggi, gas itu berbentuk cecair.

Gas aircond dimampatkan oleh kompressor (yang menggunakan kuasa dari enjin kereta). Apabila termampat, hukum gas (PV =mRT) menyatakan, suhu akan bertambah. Jadi, gas aircond yang dimampat tadi mempunyai suhu yang melebihi suhu udara di luar. Apabila kipas aircond berpusing atau kereta bergerak laju, angin luar yang lebih sejuk akan menyejukkan gas aircond ini dan dalam masa yang sama gas akan bertukar menjadi cecair. Apakah yang berlaku? Sebenarnya tenaga haba dipindahkan dari gas aircond ke udara luar.

Apabila cecair aircond tadi melalui injap pengembang (expansion valve), cecair itu tadi akan tersembur dan di dalam gegelung penyejuk (evaporator / cooling coil). Cecair tu akan kembali bertukar kepada bentuk gas. Hasilnya, dengan prinsip yang sama (PV=mRT), gas itu menjadi lebih sejuk sama seperti apabila menyembur aerosol lama-lama, tin itu akan menjadi sejuk. Kenapa gas aircond itu menjadi sejuk? Kerana sedikit tenaga haba telah dikeluarkan tadi.

Seterusnya, gegelung penyejuk yang sejuk tadi ditiupkan pula oleh kipas angin di dalam kereta. Angin ini akan menyentuk dinding gegelung penyejuk menyebabkan angin itu menjadi lebih sejuk. Apa yang berlaku ialah haba dari angin dalam kereta itu dipindahkan ke gas aircond, sebab itulah angin itu jadi sejuk. Angin sejuk inilah yang ditiupkan ke dalam kereta dan kereta pun jadi sejuk.

 Oleh itu, boleh dikatakan bahawa haba dari dalam kereta dibawa ke luar.   

 

Masalah aircond kereta

Apa pun puncanya, satu perkara yang kita dapati ialah angin aircond tidak sejuk. Itulah masalahnya. Puncanya boleh terjadi bermacam-macam tetapi yang biasa terjadi ialah:

·         Gas aircond sudah habis akibat paip bocor. Kebocoran ini boleh berlaku di beberapa tempat lazimnya di persendian / pertemuan (joints) yang tidak ketat, sistem yamg bocor akibat tebuk atau karat. Sebenarnya, gas aircond itu dicampurkan dengan sedikit cecair pelincir (lubricant) untuk memelihara kompresor. Jika sistem bocor, gas dan cecair pelincir ini akan keluar. Cecair ini penting, jika kurang, kompresor boleh 'jammed' dan rosak. Gas aircond berfungsi sebagai 'pembawa haba' dari dalam kereta ke luar. Jika gas aircond tiada atau kurang, haba tidak dapat dipindahkan. Jadi, angin aircond akan tetap panas.

·         Gegelung penyejuk (cooling coil) sudah kotor. Haba dari angin di dalam kabin kereta dipindahkan apabila angin itu menyentuh permukaan logam pada gegelung penyejuk. Jika gegelung penyejuk itu kotor dengan habuk yang melekat akibat kondensasi air di situ, perpindahan haba tadi tidak efisien. Jadi, angin aircond tidak sesejuk mana.

·         Kipas di kondenser (di ruang enjin) tidak berfungsi baik atau tidak berpusing. Jadi, tiada bantuan angin untuk menyejukkan gas / cecair aircond yang panas itu. Kecualilah kereta itu dipandu laju kerana ada angin masuk ke ruang enjin untuk membantu menyejukkannya. Jika gas/cecair aircond tidak disejukkan (haba tidak dikeluarkan dari dalam sistem), sistem tidak dapat berfungsi dengan baik juga.

·         Kompresor rosak. Banyak sebab kompresor boleh rosak. Lazimnya kerana 'jammed' pada galas (bearing) dan piston (kalau jenis piston) atau bilah kompresor. Kalau piston atau bilah kompresor 'jammed' biasanya disebabkan cecair pelincir telah habis akibat bocor. Fungsi kompresor ialah untuk memampatkan gas kepada bentuk cecair dan dengan itu suhu gas itu akan bertambah melebihi daripada suhu di luar (ambient) supaya nanti angin di luar dapat 'membuang' haba itu. Jika gas itu tidak termampat dan suhunya tidak naik melebihi suhu angin di luar, haba di dalam gas itu tidak dapat dipindahkan. Selain daripada itu, injap pengembang (expansion valve) juga tidak berfungsi dengan baik untuk menyembur. Jadi, angin aircond di dalam kabin tetap tidak sejuk.

·         Alat kawal suhu (butang aircond di dashboard) telah rosak. Jika telah rosak, tiada input untuk sistem bekerja.

·         Sensor suhu telah rosak. Tugas sensor suhu ini ialah untuk mengetahui sama ada kesejukkan yang diingini telah dicapai atau belum. Maklumat ini akan diberikan kepada sistem kluc kompresor untuk on atau off.

·         Alat penapis (filter drier) telah kotor atau tersumbat. Ini akan mengganggu aliran cecair aircond seterusnya menganggu tugas sistem.

·         Injap pengembang (expansion valve) rosak atau tersumbat. Ia boleh berlaku jika ada bendasing (foreign material) dalam sistem paip. Injap ini mempunyai lubang yang kecil, seperti muncung aerosol itu. Jika tersumbat, cecair tidak disembur menjadi gas dengan sempurna dan akan mengganggu perpindahan haba.

Walaubagaimana pun, kerosakkan itu mungkin terdiri daripada gabungan beberapa punca dia atas atau punca yang lain daripada di atas.
 

Bagaimana mahu mengesan sistem telah rosak?

Sistem telah rosak jika angin di dalam kabin sudah tidak sejuk. Tapi ada symptoms tertentu untuk mengagak bahagian mana yang rosak.

·         Angin tidak sejuk dan angin yang keluar dari air-vent tidak kuat - gegelung penyejuk telah kotor atau tersumbat, kipas angin telah rosak. Jika kipas berpusing laju tetapi tiada angin dan berbunyi kuat, sesuatu telah menghalang saluran ventilasi (aircond duct). Mungkin juga 'flapper' telah patah atau jatuh.

·         Angin tidak sejuk dan kompresor asyik 'on' atau 'engaged' tanpa henti sedangkan kita pasang aircond pada tahap sederhana atau kurang - berlaku kekurangan gas aircond menyebabkan kompresor bekerja lebih untuk mencapai suhu yang diperlukan. Mungkin berlaku kebocoran.

·         Angin tidak sejuk dan kompresor sekejap 'on' sekejap 'off' berkali-kali - sistem kompresor itu ada 'pressure sensor', jika tekanan di dalam paip telah cukup, kompresor akan berhenti. Jika kompresor itu 'on' dan 'off' berkali-kali, ini bermakna sistem aliran gas/cecair aircond telah tersumbat di mana-mana, biasanya pada 'expansion valve'.

·         Angin tidak sejuk bila kereta berhenti tetapi sejuk sikit bila kereta bergerak - kipas kondensor (di ruang enjin) tidak berfungsi dengan baik untuk menyejukkan cecair aircond. Kebocoran gas aircond pun mungkin puncanya.

·         Enjin kereta terhenti apabila aircond dihidupkan - kompresor telah 'jammed'.

·         Tiada kedengaran kompressor berpusing walau setelah dihidupkan aircond - sama ada tombol suis aircond telah rosak atau talisawat kompressor (aircond belting) telah putus.

 

Komponen mana yang mahal?

·         Pertama-tama sekali, kompressor. Sila jaga isipadu gas aircond dan minyak pelincirnya.

·         Evaporator (cooling coil) dan kondenser.

·         Motor-fan untuk kondenser, injap pengembang (expansion valve)

·         Saluran paip dan gas aircond.

·         Komponen lain-lain.

 
Itulah sedikit sebanyak yang aku dapat tulis dan kongsikan.



 
.

292 comments:

«Oldest   ‹Older   201 – 292 of 292
naklagi said...

mase on aircond,rpm turun banyak x..kalau turun bawah 1,cuba cuci throttle body bang...

Faizal said...

Assalam,

Sy menggunakan kereta Toyota Vios 2007 (Dugong). Masalah saya apabila digunakan pada tenghari. Nak tnggu sejuk saya rasa 30 mnt kot. Saya xtaw la sebab apa?

1- adakah disebabkan kereta berjemur di bawah sinaran matahari dan kereta lmbt sejuk?(tapi lmbt sngt nak sejuk)
2- saya dah check ngan kedai compresor ok kipas ok angin ok gas ok..
3- Tapi angin yang keluar tu xberapa sejuk pun..angin je lbh mcm kipas la blh kurang. (tapi gas ok)

Adakah masalah saya ini disebabkan oleh cooling coil??
harap dapat membantu..huhu

Aslinda Fadhil said...

Assalam..
Nak tanya kereta klau on aircond lpstu bau asap knp erk.. sakit kepala..
Letak minyak wangi pun xde bau minyak wangi...

hashim arshad said...

Tak membantu langsung.kereta saya naza bistari 206.accod blow kuat tapi agin kluar sebelah sejuk sebelah kuar agin panas.laa

Kamil Faizah said...

As salam.. just nk kongsi kereta saya bila siang buka econ kurang sejuk.. bila malam sejuk plak... tadi pg kedai toupup econ.. alhamdulillah baru sejuk wlaupn siang hari.. aiihh. Main2 plak dia.. hihi

fadlilah solehah said...

salam... apa masalh kalau ekon tu sebelah penumpg je sejuk..?? sebelah lgi xsejuk.. kluar angin biasa ke..??

Mohamad Najib said...

Assalam bro.. Aku ade masalah dgn aircond kereta perodua kelisa ni.. Aku da tukar macam² utk pakage aircond ni.. Tp tetap sama jgk.. Mula² tukar thermostat, pastu tukar kompressor... Problem nye bila aku on aircond compressor aircond idup macam biasa, tp bila aku buka lampu, atau tekan brek, compressor aku jd kejap idup, kejap mati bnyak² kali.. Sampai sakit hati dibuatnye.. Kdg² bila aku main power window pun compressor kejap idup, kejap mati bnyak kali... Kalau kereta tga jalan, aku on lampu compressor terus xidup... Kalau off lampu, compressor idup tp, kejap idup, kejap mati bnyak kali.. Boleh bg tau x ape masalahnye..

Unknown said...

Kereta angin ke keluar.. Anta kedai semalaman je sejuk pastu angin je.. Sejuk x... Duet dh byk kuar. Adoi

Muhammad Adam said...

Ukuran minyaknya sebanyak penutup air botol mineral je.

Muhammad Adam said...

Tu kipas radiator memang la. Tu kena mengena dengan temperature.

Muhammad Adam said...

Kalo magnet rosak, boleh ganti. Kalo semua rosak, kena la ganti seketul compressor baru.

Hafizuddin Hamidon said...

Assalamualaikum.tumpang tanya.
Kereta saga lama kalau on aircond bila enjin baru hidup awal2 tu aircond sejuk tp lama2 panas.bila bawak keta sejuk semula.pastu on aircond timing jd 2000rpm sblm on 1000rpm..dan aircond biasanya sejuk kalau rpm 3000 ke atas..masalah apa ye encik? Kalau nk repair tu berapa anggaran?tq

Mohamad Najib said...

Sebelom ni sy ade mslh aircond sekejap idup, kejap mati... Masalah selesai bila sy reset kereta sy.. Just nk kongsi pengalaman.. Cara reset kereta, kunci kereta switch kt on, then cabut bateri positif.. Tggu dalam 30 second, then masukan balik kabel bateri.. Start kereta, on air cond, in sha Allah air cond kembali normal..

Nizam.Ariff said...

Salam kepada pembaca / pengunjung sekalian.
Terima kasih kerana kunjung je sini.
Tapi maaf, aku tak mampu nak respond pertanyaan anda semua.
1. Aku syorkan kpd sesiapa yg ada pengalaman untuk kongsikan di sini. Sharing is caring...
2. Ada juga yg mengambil kesempatan utk promote bengkel masing2...pembaca diminta gunakan budibicara untuk memilih. Gunakan tip di entry ini dan di ruangan komen (bhgn atas2 komen).
3. Salam semua.
3.

Unknown said...

salam boss..cmne nk cek myk pomen tu ade tmbah ke x??? sbb tkt die tmbah gas jeyk xtmbah..

Lah Fiore said...

bos tlg bos..cmne nk tau myk pomen ade topup/ tidak.tkt pomen just tmbah gas je...nnt rosak plk comprsor...adoii mcm xlena tido plk pkir

Hakim Hara said...

Kadang2 sebab mungkin kompressor tu dah nak jammed... Biase kalau kompressor nk dkat jammed bile on ac dye akan tarik skali ng enjin so akan rse berat...Langkah awal kalau nak jalan jugak kereta potong je belting kompressor ekon..

Hakim Hara said...

Betul2...Kadang2 sebab relay je kipas x jalan...

Smart Rich Admin said...

Kereta saya proton jenis lama.1991.. aircond da betul..kompresor..kat bawah dashbourd da tukar..baru 2 bulan tukar..kene rm1200 tuh..tapi skrng aircond kuar angin aje..sejuk sikit.da pusing smpai nombor 4.paling max angin aje..masalah apa tuh..g jumpe toleh tu balik.dia cakap paip xtukar.pelik..bila da letak sabun xde plak ada belun kecik mcm bocor..pelik sangat..macam mana tu admin

Unknown said...

Salam en.nizam...nak tny..ekon saya isi gas..sebulan lepas tu panas balik...isi balik n x sampai seminggu panas balik...sy perasan ada bau bila on ekon..kenapa ye...coolong coil bocor ke?..tq

Reena alana said...

Salam en.nizam..nak tny..ekon saya isi gas..sebulan lps tu x sejuk..isi lg n x sampai sekinggu panas balik...sy perasan ada bau masa sy pasang ekon..kmo ye..tq

ai rr said...

Geng...

kancil sy dulu dh tukar semua- compressor, dryer, c coil dll..

skrg dh x sejuk...

hrtu topap gas sejuk kejap, skrg x sejuk dh...

saspek cooling coil bocor, betul ke?

jd mohon perkongsian, masalah2 & penyelesaian lain jika geng semua ada info.

selain itu mohon share costings yg berkaitan utk kebaikan kita semua.

Yg sy survey (Harga/ Costing):

1. Cooling coil APM - rm200
2. Cooling coil (senawang) - rm250
3. Cooling coil lain (area KL) - rm95

4. Gas- rm60, minyak rm20, upah servis rm45
5. Upah servis & pasang cooling coil rm100 (senawang)

ada idea?

ada tempat yang expert econ & lebih murah?

share ye.

tq

Rizal Taip said...

Ekon on klu bawa keta 60km.. klu bwa 80km kompresor off.. kenapa tu tuan??? Smua set ekon dah ganti.. makan ribu jg

Rizal Taip said...

Tuan apa msalah ekon keta...klu kompresor sllu off bila bawa 80km?? Smua dah ganti

Mohd Helmy Imran said...

Salam..saya ada masalah dengan air cond kenderaan. Untuk makluman, saya menggunakan kenderaan toyota unser. Masalah air cond kenderaan saya adalah apabila cuaca sejuk di luar, kompressor aircond sentiasa berjalan dan tidak berhenti. apabila suis aircond didalam dimatikan kompressor masih juga tetap berjalan. Apabila musim panas pula kompressor berjalan seperti biasa dan tiada masalah. Mohon bantuan tuan.

Tq.

Aidi Nazrin said...

kereta waja bleh msuk x compresor myvi..

Unknown said...

Asalam...sy pakai wira..sy baru tuka komprese tu...lepas sy tuka tu...balik je rumah...bunyi cekerik kuat...sy buka hood depn tengok komprese xpusing...kat 1000+ gak abis buat...jadi ape agk2nye sebb die xpusing tu...

meriani wan said...

Samala ,baru jer balik kedai,suh cek dulu,mekanik kata kipas kurang pickup Dan dia isi gas jer rm50 ,pusing tak sampai 10 minit terbakar,katanya compressor terbakar,minta balik duit gas rm 50.thn lepas dah tukar semua ,tu yg angin .

meriani wan said...

Betul kena yg pakar,kalau tak tukar dan tukar,saya alaminya.

TBC 8981 TBC said...

Try tkar valve dengan condensor

Unknown said...

Salam .. tumpang tnya sat. Sy pnye krte wira 1300cc, sy ad msalh air cond.. xtau sama ada berkait dgn air cond ataupon tidak, apbila sy start engine kerete brfungsi dgn baik, apabila sy buka air cond pon ok apabila sy pandu dlm 5 minit, air cond menjdi tidak sejuk.. hanye angin sahaj, dan engine pula mati. Boleyh bg advise skit...

AHMAD SUHAIMI BIN AB HALIM said...

Saya pun alami masalah sama sekarang..apa ye yang rosak?bila drive 3-4 jam aircond makin tak sejuk..

wan ceng said...

As salam...en nizam..
Saya ade mslh ekon lori kecik saya...ekon x sejuk.gas hilang macam tu je.dh puas tokey kedai cari mskkan pressure angin pn x jumpa kebocoran.dh 3x msk gas hilang cam tu je.

prem said...

Lorry 1 ton to 10 ton 1set aircond baru rm2100.00 6 month warranty......kereta wira,perdana,kancil,saga ,satria,putra 1set new aircond rm1350.00 ...1year warranty ....more info call whatsapp 0162986361....my workshop at puchong,selangor....more cheapest price include service n parts .....

Farid Khairuddin said...

Salam kereta honda city sy ekon kejap sejuk kejap panas.knpa ye..boleh bls dkt wasap sy farid 0143772707 tq

mohd farid said...

Salam Tuan,

Alza saya br tukar compressor. Skrg ni gas cepat abis. Check dgn w/shop dia kata cooling coil problem. Ada nasihat lain@cadangan? Terima kasih.

Wan Ikmal5053 said...

Salam ...kereta satria 1.6 ...bila bukak air cond timing jadi rendah dia semput2 ... adakah ..trotel body nak kong .... tolong plezz

knisacs said...

Assalamualaikum..mohon bantuan.kereta sy viva.2 hr lps banjir dlm kereta.sebelah sit driver.takung air.lps tu hr ni jem.aircond tak fungsi dah.huhu..tgh hujung bulan.ingat boleh hold..tp kepanasan.ada efect tak kalau tak bikin awl..sakit apa kah itu?

Unknown said...

bro nizam...kan tmpat nak isi gas aircond yg mcm nut tyre tu kan...sbb saya picit yg lubang nut tu saluran dri blower nak pergi ke expention valvr tu gas masih kuat mnyembur gas...dan dari condessor nak ke blower bila saya picit nut nya gas nya tak kuat...knapa yer

syam tohai said...

Salam.. kereta myvi sy tetiba aircond x sejuk.. kereta dh 6 tahun.. tekan suis aircond kipas pusing tp x sejuk.. tp dekat pulley compressor tu cam ada minyak .. lg 1.. pulley dia tu mcm x main plak.. biasa klu on aircond dia pandai masuk kan..? Klu off dia keluar..? Betul kan..? Ngam kah tu..? Try test tekan tempat inlet yg ada penutup bertulis huruf H tu plak ada gak gas keluar.. mohon pencerahan.. tp sebelum dia x sejuk.. pernah berlaku sekali dua aircond tu x sejuk lepas tu dlm 5 minit sejuk balik.. tp sekarang ni dah x mau sejuk2 dah.. mohon pencerahan..

aliff azahar said...

Assalamualaikum, nak tnya ni.. Toyota avanza, bila rpm tinggi smpai 3 baru kompresor aircond jlan.. Sbb apa ya?? Ada sapa prnah kena cmni x?? Terima kasih..

Ravinder Jit Singh said...

Tumpang tanya. Saya pakai waja MMC. Bila on Aircond, ada bunyi bising.tapi Aircond sejuk lagi. Apa issue dia ye.

Amy said...

Assalamualaikum, proton saga lama saya dah 8 tahun tersadai kat depan rumah .. Baru2 nih dah bikin balik kereta tu sampai sah on the road balik .. Masalahnya sekarang bila on aircond wlaupun dah set kesejukan ke tahap full stakat angin blower dalam je terasa, cek kat enjin bay kompressor dgn condenser fan x jalan langsung .. Fius utk aircond bawah dashboard dgn kat enjin dah cek xputus .. Kompressor xjem boleh pusing gne tangan lagi kat kompressor klac tu, Sebelum kereta ni sadai aircond terbaik sejuk xde masalah pun, adakah disebabkan gas aircond hilang boleh sebabkan kompressor dgn condenser fan x jalan ye ? Mintak pandangan & nasihat yer .. Hehee

Nizam.Ariff said...

Biasanya blower aircond ada switch asing...klu ignition on, kipas blower pusing gak walau enjin x idup.

Nizam.Ariff said...

Kena cuci filter klu dah berbau. Klu ada bau asap masuk, cuba check air intake selection, takut pilih angin luar. Klu pilih circulation dalaman tp masih bau asap, suh pomen check flipper dlm ducting tu mgkn x dpt tutup rapat. Anyway, kereta honda city aku pun masih berbau asap luar walau pilih internal circulation...from day one lagi...huhu

Nizam.Ariff said...

Cer suh pomen check relay atau check api smpi ke fan tak. Klu kete lama tersadai ni biasanya wiring ada problemsikit.

Nizam.Ariff said...

Bunyi bising kat mana? Klu kompressor,biasanya bearing atau belting slip. kdg2 bunyi bising kipas aircond dah tak balance....kereta wira aku tu fan dah tak balance, bunyi bising.

Nizam.Ariff said...

Maaf...bab ni aku x pandai. Tak tau sistem avanza. Ada sesiapa yg boleh bg komen?

Nizam.Ariff said...

Err...wiring kut...fuse terbakar masuk air ke ....kena check kat pomen tu...

Nizam.Ariff said...

Tgk gaya mcm ada yg bocor....klu pulley berminyak, clutch rosak? Kena tanya pomen gak ni...

Nizam.Ariff said...

Suh pomen adjust timing utk idling state, kasi up skit. Atau mgkn kena cuci throtle body. Kereta wira akuguna Siemen vdo, senang keladak dlm TB tu..timing pun jd rendah. Kdg2 enjin mampus bila aircond tarik masa idling.

Nizam.Ariff said...

Cer cuci Th. Body dulu....pastu up sikit enjin timing tu. Kereta wira aku buat mcm tu je

Aryl Asri said...

Tumpang tanya, saya tukar full set air cond system kt kereta saya termasuk compressor pn tukar baru jgk tp kenapa keluar angin sahaja? Xkuar langsung gas sejuk. Sedangkan semua parts saya dh tukar baru utk aircond

AZMIN said...

Kedai mana tu? Saya tgh cari kedai yg jujur dan tak cekik duit.

AZMIN said...

Thanks bro

Mizan Mizatie said...

Salam,
Kereta saya baru tukar cooling coil,tapi angin yg keluar tu kurang sejuk la,compressor ac on/off berselang..
Kalau buka blower pada no 1,piping low pressure sejuk,tapi bila buka blower pada nombor 4 piping low pressure terus tak sejuk..
Adakah masalah pada expension valve ?
Nissan G livina
Terima Kasih tuan

Sam said...

Sebelum ni acond kereta sya boleh katakan sejuk la juga... cuma compressor tak cut dan elektrik fan tak pusing.. bawa kedai mereka tambah gas katanya gas tak cukup.. lepas tambah gas kipas pusing... tapi kompressor tak henti juga.. yang peliknya angin yang keluar dah tak sejuk... apa masaalahnya ? minta pencerahan

Cinta Sejati said...

Masalah pada blower tidak berfungsi

Dr San said...

salam cik....fungsi kipas dalam bhgn enjin tu dia tarik angin cooling ke bg sejuk cooling...sbb td saya teat sy raaa sejuk dr arah belakang

Siti Muthiah said...

Maaf, sy nak tanya. Keta sy wira 1.5 tahun 2000. Sy tahu compressor rosak, sbb lps start enjin, nak buka aircond terus mati enjin. Pastu sy pegi cek kat kedai, dia cek minyak hitam dah masuk dlm sistem, yg mcm paip tu tak tahu nama apa. Pastu dia taknak betulkan, kalau tukar compressor pun, tetap aircond tak function atauy rosak balik. Jadi, kena buat apa sbnrnya? Smpi formen tu pun taknak betulkan. Terima kasih!

Nizam.Ariff said...

Dr San.
Kipas acond dlm engine room tu utk sejukkan condenser (high pressure side)

Siti.
Setahu aku minyak hitam (engine oil) takde kena mengena dgn kompressor acond utk Wira. Minyak lain kut? Biasanya klu kompressor dah jammed, tukar je. Aku pernah kena sekali kat kete wira aku. Aku tukar yg recond, dah ok.

Zuraidah Dan said...

Salam. Kete estima acr30. Gas baru topup 3 hari lps. Harini on aircond ada mcm bau terbakar dan aircond x sejuk. Apa puncanya?

Nurul Shahrezan said...

Hai.

Saya nak tanya. bila saya hidup kn aircond, ada bunyi bising. dia mcm on off jgk. adakah itu kompressor? kalau kes mcm saya kena tukar kompressor terus ke? brpa ye anggaran kos skrg?

Sharizal Amry said...

Salam tuan...ekon kenari xsejuk...lepas dah servis pipe2 semua...tukar condenser...expantion valve...filter dryer...masih xsejuk...bacaan tekanan ok dlm 40-50...bacaan suhu jgk ok dlm 200°c kebawah...tapi pipe low pressure dkt ruang enjin sejuk sgt...tp dlm kereta ekon xsejuk...rasa sikit2 je sejuk tu...apakah masalah nyer tuan?? Adakah masih ada sumbat...?atau cooling coil dah xok??

Razali Bohri said...

Aslmkum semua sy nk tanya sikit aircond keta sy kurang sejuk bwak p kedai dia check paip ok pastu dia kata mgkin ada chock pada dashboard dia ckp kena service kena buka dashboard dua hari baru siap sy k tya biasanya berapa bengkel charge utk service aircond ni ye

Unknown said...

Salam,kereta kancil 660 milik sy ada masalah.bila on aircond engine trus drop..kalau berhenti trafic light engine trus mati....masalah kt mna tu?kompresser atau vacuum aircond?

Unknown said...

As'salam..
Kereta wira saya kompressor aircond kadang2 berfungsi OK (ON and OFF) - sejuk macam biasa - OK.
Tapi banyak kali OFF (tak berfungsi), terutama ketika kereta bergerak dan kadang2 OK bila kereta berhenti.
Kadang2 Kompressor tak berfungsi langsung. Nak kena ON-OFF switch aircond banyak kali baru dia nak berfungsi.

Tolong jelaskan penyakit ni.

tajudin hashim said...

As'kum..
Nak tanya, kompresor aircond kereta wira kadang2 jalan kadang2 tak jalan.
Bila jalan aircond sejuk macam biasa
Selalunya dia jalan bila kereta benhenti, itupun lepas saya ON-OFF switch aircond berkali2.

Ape penyakitnya..

Kelab Sukan & Rekreasi SME Ordnance said...

As Salam ... keta sy exora. Masalah utama ... lps 3 - 4 jam drive, aircond tak sejuk, angin mcm tiada. Kipas ok mcm biasa (baru beli). Kena berhenti lama, baru okay. Masalah berulang setiap kali driving jauh. Driving dekat (bawah 2 jam) ok walaupun tgh jem. Terima kasih tuan.

Ezham Aswad said...

assalam bro.. nak tanye skit.. ekon kete sy bile tekan button swicth die hidup tp just kua angin saje dan xsejuk.. lg satu timing kete pun xberubah maksudnye rpm xberubah.. adekah kompressor kete sy da rosak..

Unknown said...

assalamualaikum.. kete sy wira 1.5 mmc bila on aircond rpm akan naik.. dan check engine akan menyalah mohon bantuan apa masalahnya ye..

Abings Boy said...

assalamualaikum..kereta sy wira 1.5 mmc masalahnya bila buka aircond check engine akan menyalah.. sensor apa yg rosak klu mcm tu ye.. dan kereta tak sejuk langsung

quzairi amri said...

Tu gas dlm receiver drier dah abis dah...yg angin tu angin blower jer..

Abu Qaisar said...

Salam ..aircond kete alza :-
1. Sejuk macam biasa bila on tapi bila dah jalan & radio pun on, tetiba bila Ada cut off aircond...radio pun restart Tanya enjin mati, app masalah ya?
2. Kereta dalam position parking, bila on aircond...lepas cut off..enjin mati...agak2 apa masalah in?

Tq

Dailamy Bagok said...

Salam sahabt2.aku ad poblem ni ,aku pkai iswara.aircond cmpressor pkai jnis mitsubishi 4g.series.kacuk la,bli recond ,aircond hanya berfungsi bila keta dipndu perlahan,bunyi sangtlaa bising kalau on ekon,kalau x on ekon keta bunyi senyap jaa.haritu dhtukar drive pulley bhgian bwah enjin nk menyambung ke cmpressor pastu ttp bunyi bising jgk.aku syak compressor problem laa.pda pndapat kwan2 bleh x cmpressor ni direpair?

Unknown said...

Mslh econ sy smpai skrg blum slesai,brg suma dh tukar comp,condenser,cooling coil,expansion valve.drier..mslhnya bila cuaca pns je ekon ssh nk sejuk bila ssh nk sjuk comp trus on xda cut,tpi bila cuaca xpnas ok plk..sejuk cut pun ada..dlm box blower pun span dlm dh bt semua spya udara luar xmsuk kedalm, tpi xselesai jgk..harap ada yg boleh mmbntu mslh sy ni,..

Rodenk said...

Kalau wayer direct dri pressor switch tu spatutnya tk boleh,system aircond tk brjaln secara auto dan compresor akan trus on bila kita hidup aircond..

Rodenk said...

Mungkin pendawain ke blower sdh di bypass

Rodenk said...

Cuba check condenser moto fan dulu..

Rodenk said...

Cuba check kipas radiator berfungsi dgn lancar atau tak lancar mksudnya laju atau slow kipas tu berpusing

Rodenk said...

Tu biasanya filter pada box blower dh trsumbat atau cooling coil dh trlalu kotor & tersumbat

Rodenk said...

Tgok dlu gas ada atau tidak

Rodenk said...

Compresor auto cut sbb condenser dh trlalu pnas,bila mlm cuaca sejuk condenser boleh maintain lgi

Rodenk said...

Kreta apa ye bos

Rodenk said...

Check fan dlu bos mungkin dh lost

Rodenk said...

Boleh jdi cooling coil bocor,satu lgi check recharge hose dri compressor ke condensor sbb slalu kna hose tu bocor

mohd hafiz said...

Salam. Saya pasang aircond lpastu kuar air kt bwah dashboard tmpt dduk pnumpang. Knp ye. Krta wira. Sampai banjir kt tmpt kaki tu

en sayur said...

Salam zam...aku owner avanza 1.3 auto...on atau x aircond tu...tetap bunyi bising pd compressor..aircond semestinya dah x sejuk.setakat ni...dah nmpk belting ada koyak skit dan da jd warna coklat...bkn hitam(sepatutnya).kalo tau apa jenis krosakn hrp sudi bantu.tq.

Unknown said...

assalam..
terima kasih bro,aq tak nak tanya apa2..dah terjawap sudah persoalan aq kat atas...tqvm...

Rizal Hamdan said...

assalam....
terjawap sudah persoalan aq..tq bro..

Rizal Hamdan said...

assalam....
terjawap sudah persoalan aq..tq bro..

Razman bin Ramedan said...

Aslmkum. Sy pkai Wira aeroback 1.3. aircond x sejuk. Sy check fuse dlm hood (tak jauh dr compresor) tu dah terbkr. Bila sy ganti yg lain, fuse tu trbkr jugak. Apa problemnya? Adakah magnetic clutch dah rosak? Brp harga magnetic clutch? Tkasih.

«Oldest ‹Older   201 – 292 of 292   Newer› Newest»

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com