Tuesday, February 11, 2014

Pencarian Bahulu Tradisional... dah jumpa!

.

Tapi... nun jauh di Taiping!

Hasil pencarian Bahulu Tradisional oleh saudari BK (blog: sihatdengansaya) selama lebih 3 tahun akhirnya membuahkan hasil. Hasil tinjauan aku, didapati bahulu yang dijumpainya berjaya menepati beberapa syarat kelayakan yang aku tetapkan. Cuma 2 syarat yang bahulu itu belum tepati iaitu dari segi warna dan bau. Tapi dari segi teksturnya sudah ditepati. Syabas buat saudari BK!

Kalau BK mencarinya selama 3 tahun lebih, aku pula sudah mencarinya sejak dari aku keluar dari kampung halaman ...sudah agak lama tu. Bukan masalah orang tak tahu buat tetapi lebih kepada rasa leceh nak buat sebab sekarang sudah ada teknologi, jadi bahulu segera boleh dibuat dengan mudah. Tapi, teknologi itu juga telah menghapuskan ciri-ciri bahulu tradisional.


Kredit foto untuk BK

Kata BK, makcik yang membuat bahulu itu sudah berusia 75 tahun tetapi adunan bahulu itu masih dipukul menggunakan tangan! Tiba-tiba aku terasa bersalah pula... hahaha.

5 ciri-ciri yang aku tetapkan ialah:
  • Bahulu tidak rapuh, ianya mestilah anjal tetapi bukan 'bantat'. Anjal itu bermakna bila dipicit ia dapat kembali hampir kepada bentuk asal tanpa retak-pecah. Kalau bahulu itu dipukul dengan mesin sehingga 'ringan', bahulu akan menjadi rapuh dan senang berderai. Jika dimakan seperti tak puas. Sedangkan bahulu tradisional ini kalau dimakan akan terasa puas dan kenyang. Namun begitu ia tidaklah sampai 'bantat' atau keras. Jadi, adunan bahulu itu perlu di pukul dengan teliti yakni cukup udara dimasukkan tetapi tidak terlalu banyak sehingga menjadi terlalu ringan.
  • Lulus ujian Kopi O. Ujian inilah yang menentukan sama ada bahulu itu diadun dengan sempurna dan dibakar secukupnya atau tidak. Ujiannya mudah sahaja. Celupkan separuh bahulu ke dalam secangkir air kopi 0 panas selama 3 saat kemudian diangkat. Dua perkara perlu dilihat. Biarkan bahulu tadi tergantung dengan bahagian yang dicelupkan air kopi itu di bahagian bawah. Bahulu tradisional sepatutnya tidak akan putus atau hancur. Kalau bahulu moden biasanya akan bercerai atau mungkin hancur di dalam cawan.
  • Warna bahulu tradisional sepatutnya kuning-jingga tanpa bahan perwarna tiruan. Bahulu yang berwarna kuning-jingga biasanya menggunakan telur itik atau telur ayam kampung. Warna kuning-jingga itu terhasil daripada kuning telur tadi. Jika menggunakan telur ayam ladang, warna kuning telurnya lebih cair, seterusnya menyebabkan warna bahulu itu kurang menyelerakan.
  • Bau bahulu tradisional sepatutnya berbau asap sabut atau 'smoked'. Ada bezanya antara bahulu yang dibakar dengan yang diovenkan. Ia seperti ikan goreng dan ikan salai. Walau pun pada asasnya adalah sama yakni ikan tetapi aromanya tidak sama. Aroma memberikan peranan keatas selera. Bayangkanlah kalau Keni Rojes panggang ayam menggunakan oven, tentulah rasa ayam itu berlainan.
  • Bahulu itu seharusnya tidak terlalu manis tetapi tidak terlalu tawar. Kebiasaannya bahulu tradisional dimakan dengan dicelupkan dengan air manis. Kalau pun ia dimakan begitu sahaja, mesti ada secawan air untuk membantu tekak. Ini tidak seperti bahulu moden yang lebih kepada makanan snek.

Selain daripada air kopi 0, bahulu juga enak dicelupkan ke dalam air oren.


Kredit foto untuk BK juga.






.

18 comments:

aizamia3 said...

susah nak dapat.. kena balik kampung.. itupun kalau ada yang sudi nak buat..

Nizam.Ariff said...

Aizamia.
Itulah...bukan tak tau buat tp malas nak buat sbb ada resepi yg lebih mudah...

t.a.t.a said...

Persamaan secara kebetulan yang kedua.

Baru pagi tadi aku terfikir pasal warisan kuih muih zaman sekarang. Bahulu antara nya.

Bila buka blog kau, kau pun tulis benda yang sama.

Hehehe.

JunAina said...

Kebanyakkan baulu dah dikomersialkan...tak ada lagu nak pukul dengan tangan dan bakar guna sabut. Kat tempat akak ada satu baulu yg masih mengekalkan resepi org tua tetapi kaedah pembuatan adalah secara moden.

sudipVSsenduk said...

suka cicah bahulu dgn ais kosong... nyaman bah

Ha Md said...

Paling tak suka kalau gi kenduri kahwin, dpt kek bahulu..

Nizam.Ariff said...

Tata.
Adakah kita sefikiran???

Junaina.
Sudah sampai masanya kita exercise buang kalori dgn pukul telur sblm tambah kalori...


SvS.
Aku pun suka...kalau sirap pun ok...

Ha md.
Itu lebih gula...keras...tp free...haha

Rapunzel Cikilolo said...

celup dalam sirap la.

mengancam!

cheqna said...

cicah teh o memang best ni

Nizam.Ariff said...

Rapunzel,
Warna pun menarik.. kannn???

cheqna,
Wuihh.. masing2 dengan cita rasa masing2 la kalau gini.. aku suka dgn kopi

Kniedaz said...

arwah Nyae'i aku dulu buat bahulu dan bahulu gulung..aku pernah tolong pukul n bakar..memang renyah kerjanya tapi memang berbaloi...

UmmuAidan-Arissa said...

Tidak menahu pulak ade bahulu bentuk ikan..tertinggal zaman aku nie..apapun baulu cicah tea o atau kopi mmg sedap..rs teringin lak bila menyebutnya..hehe

Daddy Ziyyad said...

ada satu makcik kat kampung wife aku di N9..mmg pembuat tegar bahulu tradisional...femes baulu dia...nanti ada masa aku nak test bahulu makcik tu..boleh pass tak piawaian kau..:)

LydSunshine said...

aku celup air sirap. mmg lejen rasa dia. Sian macik umur 75 tahun tu. Kena pukul telur guna kepuk telur yg macam spring tu. Tapi takpe, org2 lama, kederat mereka kuat.

secangkir madu merah said...

Baru smlam pergi ke Semua House jalan2 cari pasal tetiba bau harum org membakar bahulu menyusuk2 lubang hidungku yg mancung.. aku pun mencari2 arah dari mana aroma itu datang dan tiba2 aku ternampak ada gerai menjual bahulu tidak jauh dari tempat aku berdiri.. hehehe.. apa lagi, aku pun singgah beli sebekas.. memang nyaman, lain kali kalau singgah sana aku nak beli lagi..

Nizam.Ariff said...

kniedaz,
aku mula-mula makan bahulu gulung ketika di Melaka... Merlimau. Sebelum itu, aku ingat itu hanyalah sebatang kek je... hahaha

Ummuaidan,
Rasa-rasanya bahulu bentuk ikan itu sama usianya dengan bahulu cermai... malah kalau tak silap aku, pada masa itu pun sudah ada bahulu ayam...


DaddyZ,
Haaaa... cepat buat eksperimen.
Dan jangan lupa laporkan di dalam blog ko... hahaha


LydS,
itulah pasal... aku kesian pulak kat makcik tu...


SMM,
So, amacam? Ada tepati ciri-ciri bahulu tradisional yang aku tuliskan tu ke?

suka suka said...

Jenuh nak pukul adunan ni ... selalu mengelak kalau kena suruh... :)

Nizam.Ariff said...

sukasuka,
itu bersenam... patut dibuat... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com