Saturday, February 22, 2014

Pernyataan terbuka kepada Kassim Ahmad

.

 
Kepada;
 
Kassim Ahmad.
 
Saudara;
 
Ingin diberitahu bahawasanya ketika membicarakan dengan rakan-rakan tentang saudara dan pemikiran saudara yang kami rasakan terlajak celupar dan keterlaluan, aku, dengan dorongan perasaan sinistikal, mungkin telah mengatakan sesuatu yang tidak layak untuk seorang insan seperti saudara.
 
Oleh itu dengan rasa rendah hati, aku ingin menyatakan rasa kekesalan ini. Nota kekesalan ini dinyatakan kerana aku percaya kepada syurga dan neraka serta hari pembalasan, dan aku tidak mahu dikaitkan kepada saudara di akhirat kelak.
 
Walau bagaimana pun, rasa kekesalan ini bukanlah satu permohonan maaf sama ada formal atau tidak formal.
 
Harap maklum.






.

9 comments:

t.a.t.a said...

Aku ingat Kassim Selamat, si peniup saksafon itu.


Siapa Kassim Ahmad?

Nizam.Ariff said...

tata.
si penidak hadith..

Daddy Ziyyad said...

di mana NGO & PERKASA yg selama ni sibuk berdemo, angkat sepanduk mengecam kalau ada yg menghina Islam? Ya, PERKASA ada keluarkan statement, tapi tindakan itu tidak sejajar dgn tindakan2 mereka selama ni ( yg lebih keras menentang).

Isu si Kassim Ahmad ni jadi topik khutbah Jumaat aku minggu lepas...Ini antara pokok khutbah nya, yg diutarakan oleh khatib bertugas: "Kenapa isu dia ni berbangkit kembali? Adakah kerana nak menutup isu KENAIKAN HARGA BARANGAN yg tidak dpt diselesaikan?? "

Memang menyedihkan,ucapan yg sesat oleh si Kassim Ahmad ni dibenarkan dan disokong Tun M di buat di Yayasan Kepimpinan Perdana,Putrajaya..Bukan satu rahsia Mahathir & Kassim Ahmad ni,kawan lama dah..dan bukan rahsia juga,Mahathir sendiri sokong apa yg si Kassim ni buat ( anti hadis, walaupun Mahathir kata org tak faham dan tak boleh debat dgn Kassim, maka mengatakan si Kassim ini anti hadis)

Kata khatib bertugas lagi " Kalau kita di Malaysia anggap Syiah itu merbahaya dan mengancam negara, si Kassim Ahmad ini lagi merbahaya. " Syiah sekurang kurangnya masih berpegang kpd hadith Nabi SAW,walaupun yg daif/palsu..Tapi si Kassim ini, menolak hadis.

Daddy Ziyyad said...

Tata, ini link saya berikan utk anda kenal siapa si Kassim Ahmad...

http://kassimahmad.blogspot.com/

http://www.sinarharian.com.my/nasional/kenyataan-penuh-jakim-berhubung-isu-kassim-ahmad-1.252619

BUNDA a.k.a KN said...

selamat berhujung minggu..

Nizam.Ariff said...

DaddyZ.
Aku dah baca...dan aku rasa aku faham corak pemikiran dia tu...


Bunda.
Selamat utk bunda jua....

t.a.t.a said...

Aku dah baca dan ada beberapa perkara yang KA sebut dan aku pernah dengar sebelum ini dari orang lain.

Nizam.Ariff said...

tata,
Perjuangannya sungguh membahayakan akhiratnya...

Unknown said...

Salam nk tanya prob aircond gen2 x brfungsi angin xde lngsung bila on.. Gi bengkel pomen isi gas n cabut plug blower pastu psang blk dh ok.. Masa tngah drive aircond mmg ok tapi da bunyi ktak!! pastu off engine n start blk dh prob blk aircond.. Kusut laa tolong pencerahan..

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com