Friday, February 7, 2014

Sepasang Camar dan mutiara...

.



Dari tebing tinggi laut itu aku lihat camar-camar terbang
Debur ombak berjurai rindu merenjis camar yang terbang sepasang
Gerigis batu tajam diselaputi suci putih ombak, maka tertutup malang
Sang camar berpasang itu pun selamat untuk terus berkasih sayang

Sekali itu ada pernah aku lihat mutiara indah memercik warna
Tapi kini mutiara itu hilang senyum, pudar di bawah timbunan dosa

Aku amat-amat berharap agar sang camar itu terbang membawa pahala
Dari langit biru turun ke tebing ini kepadaku, dapat aku renjis pada mutiara
Aku rindu untuk melihat ia kembali memercik warna
Kerana seksa aku ini melihat ia terus-terus dalam kecewa lara.




Tulis Hasri dalam diari...





.

9 comments:

CiKPuaNLawA said...

mutiara tu perlukan semangat.. untuk mengubat duka...

andai de renjis sekali pon jika jiwa si mutiara itu korang... tetap tak bermakna...

berikan ia semangat untuk kembali percaya kepada qada dan qada ..

Hasri... bangkit lah... lama beno kamu tu tido yeop oiii..!!..
ikan sepat pekasam masak berlade dah sejuk tak di jamah.... hehehe..

CiKPuaNLawA said...

pembetulan .. -korang- sepatutnya "kosong" ...

Kniedaz said...

dosa siapa? pasangan camarkah? bukan pasangan itu saja yang datang aku rasa kalau dah menimbun

Nizam.Ariff said...

CPL,
HAsri ambik masa nak sedar dari jaga...dia dah berjaga lama sangat tu...dia patut kena bermimpi pula... hahaha

Kniedaz,
Camar, mutiara, tebing laut, langit, ombak, batu tajam dan aku .... semuanya ada dalam Hasri sebenarnya... Hasri hanyalah alter-ego.

Nizam.Ariff said...

Sepa,

cer wassap aku foto sedikit catatan dalam diari ko, aku nak publish kat sini...
Aku rasa ramai yang minat nak tengok tulisan diari ko tu..

sepa said...

diari wa teknikal jer bro... ko nak.?!

.
aku cuba snapshot apa yg ada la yer...

Nizam.Ariff said...

Sepa,
Mau pening dia org pasal hasri-sepa ni nanti...

t.a.t.a said...

Zam, kiranya post yang latest tu gambar dari sepa ke?

Nizam.Ariff said...

Tata.
Haah.....dr dia

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com