Tuesday, March 4, 2014

Berpatah balik....

.


*Praaaakkk..!!*

Ada sesuatu yang aku dah langgar lewat petang tadi.

Di kiri bahu jalan, tidak jauh dari simpang jalan masuk ke perumahan itu, aku lihat seorang tua bersama-sama anak lelaki di atas motorsikal yang berhenti. Anaknya masih memakai pakaian seragam sekolah. Kedua-dua mereka sedang memerhatikan satu objek di atas jalan raya.

Dalam remang-remang petang itu, fokus aku ke laut, Daripada melihat objek yang bergolek, aku lebih memfokus kepada aksi orang tua dan anaknya itu.

Apabila telah *praaakkk...!*, baru aku perasan, aku telah langgar botol minuman anaknya itu.


Bagaimanakah perasaan anak kecil itu apabila melihat botol minuman hancur di depan mata?

Botol minuman yang jadi peneman di sekolah, botol yang diisikan air dengan penuh kasih sayang oleh ibunya setiap hari...kini hancur di depan mata. Betapa punahnya hati si anak kecil.

"Takpelah, nak. Nanti ayah belikan yang baharu..." Mungkin itu pujuk si ayah.

"Huhuhuhuhu...." Mungkin itu tangis si anak.

Sedihnya.


Perlukah aku berpatah balik?

Errr... hmmm....

It was an accident.... okey.
Accident just happen.
Lagi pun... lagi pun botol minuman itu bergolek-golek. Aku cuba elak sampaikan beroleng kereta aku. Tapi, takdir mendahului usaha aku. Botol itu terkena juga laluan tayar kereta aku. Dalam banyak-banyak kawasan, kenapakah botol itu mahu bergolek betul-betul di laluan tayar kereta?

Bayangkan kalau aku terus mencuba mengelak botol yang bergolek itu, mungkin aku terbabas ke laluan sebelah. Mungkin aku bertembung dengan kereta dari arah berlawanan. Atau mungkin aku melanggar tiang lampu kerana jalan itu sebenarnya sebuah selekoh. Amat berbahaya.


Adakah aku berpatah balik?




.

9 comments:

alia azman said...

i am heree..

sudipVSsenduk said...

mimpi lagi ke?

Nizam.Ariff said...

alia.
hai...alia.... ;)

SvS.
tak..ini betul betul...huhu

cinta said...

Dalam situasi ni aku rasa tak perlu patah balik. kau tak sengaja. Itu takdir. Doakan budak tu dpt botol yg lebih baik dan doakan juga dia tak dimarah dan dileter.

t.a.t.a said...

so, did u turn back?

Nizam.Ariff said...

cinta.
ahhaa...ko menyokong aku....


tata.
owh..did I?
haha

CiKPuaNLawA said...

pegi beli baru kat anak kecil tu...

betul ke ayah dia pujuk... kot kena marah ker...?!.. --kenapa tak pegang botol tu elok2..?!..--

kesian dia... ;(

pk dari perspektif laen nyer pulak...

dah rezeki botol tu nak bersama dia sampai takat tu jaaa...

perspektif laen nyer pulak...

tu la satu2 nya botol air yang dia ada... sebab ayah dia tak mampu nak beli laen...

hehehe... laen2 pk sendiri lahhh..

Nizam.Ariff said...

CPL,
Ko buatkan aku rasa bersalah sungguh... huhuhuhu.

Psst!
Semalam aku tengok pecahan botol tu dah tak ada. Aku syak, anak kecil itu kutip serpihan botolnya lalu dibawa pulang untuk ditunjukkan kepada ibunya... lagi sedihhh...

Rapunzel Cikilolo said...

kalo anak dah besar...

ada alasan utk die berhenti hisap botol...

huhu.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com