Friday, March 7, 2014

Brand image boleh dibaiki dengan imej?

.

Brand image adalah persepsi. Persepsi yang dipahat dan ditukul dan ditatah dengan segalur pengalaman. Persepsi mungkin dimunculkan dengan gambaran-gambaran tetapi persepsi seperti itu adalah logamaya sifatnya.


Apabila satu ketika, individu itu akan bertanya. Dia akan cuba menikmati sendiri dalam gambaran-gambaran itu. Dia mahu mengerti dan masuk ke dalam imej tersebur.


Seterusnya, memang sifat manusia itu mahu mencari perkaitan diantara imej yang superfisial itu dengan realiti. Realiti dari pengalaman sendiri.


Jika didapati melalui pengalaman mereka bahawa perkaitan diantara imej dan realiti itu adalah logamaya, persepsi mereka akan dikemaskini. Mungkin persepsi mereka dianjakkan ke posisi yang lain, posisi ke sebelah satu lagi.


Oleh itu, imej-imej itu sekadar hamburan harapan yang lunak didengari namun realiti adalah tatahan galur-galur pengalaman pada akhirnya muncul membentuk objek kepercayaan.






.

14 comments:

t.a.t.a said...

Tatahan. Ada juga nama aku eh?

Dr K said...

" tatahan galur galur"

- ni bahasa indon ke? hahaha

Kniedaz said...

banyak-banyak blog yang aku baca, blog ko yg rajin guna perkataan2 yg di luar kebiasaan...hehe..
amboi ko ta...pantang ada tempias nama..laju jek..

t.a.t.a said...

Fida, of course la. Each time nampak tempias nama, antenna terus tegak! Hahaha.

Nizam.Ariff said...

Tata,
tatahan tu kesan ditatah menggunakan sesuatu yang keras... kesan pahatan contohnya....

tatahan tu bukan 'tak tahan'.. atau tata-han.. hahaha

DaddyZ,
Bahasa indon laaagiii payah ko nak faham.. hahaha


Kniedaz,
sekali sekala je kak...


Tata.
alaaa.. sukelettew...

LydSunshine said...

brand image dgn 'imej' di dalam perenggan ke empat tu adakah sama? realiti juga ada imej tersendiri. adakah bermaksud imej realiti mempengaruhi brand imej?

tasekM said...

rasa mcm baca puisi..



.

t.a.t.a said...

Zam, kenapa kau panggil Kniedaz kakak? Tua sangat ke dia? Muda sangat ke kau?

Dah tu aku? Tua ke? Muda ke?


Regards,
Tata-han.

Chot said...

Ok. Got it.

Cc:tata

Nizam.Ariff said...

LydS,
Image dengan imej macam sama tapi tak serupa... imej yg aku maksudkan ialah apa yang dilihat dengan mata kasar tapi brand image ialah yang dilihat dari mata hati...


TasekM,
Huulaaamakkk....!
Mungkin orang kata bahasa aku tinggi tapi tahap kesusasteraan ko lagi tinggi, beb!
Sebabnya, ko boleh puisikan sebuah business article macam tu....


Tata,
Kniedaz .. kak kniedaz?
Itu panggilan hormat namanya atas pangkat seorang ibu dan isteri orang. Kalau ko aku panggil adik je.. kalau tasekm aku panggil beb... kadang2 Tazs... kadang2 dia jadi patung singa aku atau almari, aku panggil Hoi je...


Chot,
err.. pesal cc kat tata?
chot = tata ek?

t.a.t.a said...

Zam, chot faham apa yang aku cuba sampaikan dalam wassap.

Nizam.Ariff said...

tata.
tentang aku?

t.a.t.a said...

tentang nama tata-han.

Nizam.Ariff said...

tata.
ok...noted....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com