Monday, March 3, 2014

Jerebu 2014...

.


Jerebu baru sedikit tapi kepala aku dah sakit. Macam migrain pun ada. Itulah tandanya jasad aku sedang menua...belum tua tapi dalam proses menuruni kemuncak kegemilangan seorang remaja...ahaks!


Jerebu yang sedang melanda di kawasan aku diapit pula dengan hawa panas yang melampaui batas. Siang terpaksa tutup pintu tingkap. Bukan sahaja tak mahu jerebu berebut masuk, juga untuk kurangkan hawa panas masuk tanpa izin.


Pabila malam, dengan suhu yang lebih sejuk, bolehlah dibukakan tingkap. Tapi aku silap. Aku terlupa hukum fizik asas. Bila udara sejuk, ia lebih tumpat dan turun ke bawah. Jadi udara sejuk bercampur debu jerebu akan menjadi lebih tumpat dan pekat.

Mahu tidak mahu, kena tutup semua tingkap rapat-rapat dan malam ini terpaksa bernafas dalam udara kitar-semula. Aku harap aku ada cukup oksigen untuk sel-sel tubuh mungil seksi ini bernafas dan esok pagi kepala tak sakit lagi...





.

5 comments:

LydSunshine said...

ye..ye, betul bila jerebu rasa sakit kepala dan lemas macam kena cekik. ko dah beli air purifier/ beli la, tak la rasa sakit tekak sgt bila bangun tido.

Kniedaz said...

aku pun rajin sakit kepala sekarang ni. betul2 nak menua ni

Nizam.Ariff said...

Lyds.
dulu dah ada tapi dah dibuang....ala..jenis guna air je..


kniedaz.
eh, awak tu muda lagi la....hehe

tasekM said...

aku dh beberapa hari batuk dan sakit tekak.
mlm tidur tak lena.

dah tua juga gamaknya nih.


.

Nizam.Ariff said...

tasekm,
tu la... kadang2 kita tak sedar sedang menua...

(perasan tak komen balas aku kat ko lain dari kniedaz?... keh keh keh)

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com