Tuesday, March 4, 2014

Meminta rahmat Tuhan..

.



Sudah dua kali aku dengar tentang pembenihan awan untuk menggalakkan hujan. Dan dua kali juga aku dengar yang pembenihan awan tidak dapat dilakukan dengan segera kerana ketiadaan awan yang sesuai untuk dibenihkan. Awan yang mereka cari ialah awan jenis Cumulus.


Sudah dua kali juga aku perasan, apabila krisis sedang memuncak dan ketiadaan awan yang sesuai untuk dibenihkan, orang-orang Islam melakukan solat hajat meminta diturunkan hujan. Dan beberapa hari kemudian, hujan lebat pun membasahi lembah yang kering.


Tiba-tiba muncul awan Cumulus yang entah datang entah dari mana, terus membusung dan membengkak dengan titisan-titisan air hujan, lalu mencurah turun.


Kalaulah ramai dari kita yang masih belum faham bahawa kemarau dan hujan itu adalah bahagian-bahagian rahmat dari Tuhan, tak tahulah apa yang nak dikatakan lagi.






.

5 comments:

Daddy Ziyyad said...

dan kalau lepas musibah kemarau ini, kita masih tak tahu bersyukur, tak tahu lah nak cakap apa

Nizam.Ariff said...

daddyz.
kami sekeluarga bercuti hari...dah 2 hari aku sakit kepala. bila hujan, kurang sikit jerebu...lega sikit kepala ni..

CiKPuaNLawA said...

saya ingat saya sorang jer yg di serang sakit kepala... yng kadang kala sesak napas nih... sebenarnya ramai lagi kan...?!...

syukur Alhamdulillah dengan nikmat Allah...

Kniedaz said...

memang ada hikmahnya terjadi kemarau da jerebu tapi kita yang jarang mengambil ikhtibar tapi lebih banyak mengeluh..ingatan untuk diri sendiri juga

Nizam.Ariff said...

CPL,
Awak pun sakit kepala ye dik?
Ini geng-geng semput kut... hahaha

Kniedaz,
betul tu... kemarau mungkin ujian agar kita tahu siapakah yang berkuasa untuk menurunkan hujan...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com