Thursday, March 6, 2014

Mendapatkan Ulam Timun yang lebih rangup...

.


Sudah biasa makan ulam timun dicicahkan sambal belacan. Tapi aku dapati ulam timun di restoran lebih sedap daripada ulam yang aku potong di rumah. Bila aku tilik-tilik dan mencari apakah yang berbeza, aku dapati ulam timun di restoran lebih rangup dan lebih berjus.

Jadi, aku perhatikan perbezaannya. Selain timun itu direndamkan ke dalam air sejuk, ada sesuatu yang aku nampak dari segi potongannya.

Di restoran, timun dipotong berbentuk jejari, yakni sebiji timun dibelah 4 atau 6 dan dibuang isi tengahnya. Manakala aku pula potong timun secara membulat berkeping-keping. Walau pun kemudian aku letakkan ke dalam peti sejuk sebelum dimakan, timun aku itu tidak rangup.

Kemudian, aku tebalkan potongan aku tadi dan ia menjadi sedikit rangup. Aku terfikir, mesti ada sesuatu tentang cara timun dipotong.


Maka, aku pun menggunakan ilmu fizik-biologi tingkatan 5...istilahnya, Jumlah Luas Permukaan Berbanding Isipadu atau JLP / I.


Perghh....! Siapa kata timun tak ada dalam sains fizik-biologi. Silap-silap terung dan bunga kantan pun ada dalam fizik-matematik. Kalau tak perasan maknanya tak pergi ke sekolah semasa cikgu ajarkan itu.

Okey..

Timun yang dipotong bulat (seperti yang aku buat) mempunyai JLP/I lebih tinggi nilainya daripada timun yang yang dibelah 4. Ini kerana apabila dipotong membulat, ada dua permukaan besar terbentuk sedangkan kalau dibelah 4, timun akan lebih tebal dan bermakna lebih isipadunya.


Apa kena mengena JLI/I dengan kerangupan ulam timun?

Jika luas permukaan itu lebih besar berbanding isipadunya, cecair timun tadi akan lebih cepat keluar meninggalkan jisimnya. Apabila cecair itu keluar, timun akan jadi lebih lembik.... kejap... kejap....tukar ayat.... timun akan jadi lebih lembut. Aku tukar ayat sebab takut disalah-ertikan 18sx.

Berbanding timun yang dibelah 4, kebanyakkan cecair masih dikekalkan di dalam jisim timun. Ini menjadikan ulam timun itu lebih segar bugar dan rangup.






.

15 comments:

Lelaki said...

kemain tertip lagi kan.

Nizam.Ariff said...

lelaki,
kita olah secara teknikal... hehehe

PetakBunga said...

pening kalau semau nak fikir..
janji leh makan.. kat restoren semua sedap. kat rumah,ada2 je

Nizam.Ariff said...

Petak Bunga,
Kah kah kah....betul3x..

SuzieLAWAti said...

kat restoren tu dorang basuh timun eyhh silap... tangan ke tidak .. potong timun.... ?!... hehehee

cinta said...

time subjek fizik adalah waktu utk aku tido. hee..

Tijah said...

tak payah potong la. kalu kat rumah kokak macam batang tebu je. haha

Nizam.Ariff said...

cpl.
aku tgk cantik je....basuh tangan kut...haha


cinta.
hah...byk yg ko dah terlepas tuuu...


Tijah...
ganazzzz ko....hilang sopan santun org timur...takmao takmao takmao...tak manis...

nae nematoda said...

tak ada potong-potong pun, terus ngap terus la...bazir masa je, nak main potong-potong ni....:P

t.a.t.a said...

Aku setuju dengan Seroja. Tak yah nak potong-potong, berakot aje terus. hahaha.


Kitorang tak buang biji timun tu. Korek lepas tu buat air campur dengan sirap.

Nizam.Ariff said...

nang.
besau nyer mulut nak kokak.....haha


tata.
sedapke?

t.a.t.a said...

Sedap.

Anonymous said...

stress aku tengok kiraan timun ko...

timun rangup bagi aku timun baru...

tkya dah simpan2 dalam peti...

sekian.

LydSunshine said...

masuk akal jugak pengiraan tu. maknanya selagi cecair dia tak keluar, timun akan kekal rangup walaupun dipotong nipis membulat betul? Zucchini rangup.

Nizam.Ariff said...

Rapunzel,
Hah...! Tepat sekali... fresh timun... hahaha


Lyds,
Ya... kalau ada cara nak contain air tu...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com