Monday, March 31, 2014

Pucuk Betik Jantan

.


Diantara ulam-ulaman yang aku 'tiru' Emak makan ialah pucuk betik.



Hiasan seumpama itu menambah selera untuk memakannya...biar pun pahit.


Biar pun pahit, entah kenapa, ada keenakkan di hujung-hujung kepahitan itu. Mungkin juga kerana ada sambal belacan yang menjadi peneman rasa pahit itu. Jika aku harungi kepahitan itu tanpa ada peneman, aku rasa mungkin aku tak sanggup hendak telan pun.

Kata Emak, pucuk betik ini ada dua jenis. Satu betik 'jantan' (yang hanya mengeluarkan bunga putih) dan satu lagi betik 'betina' (yang berbuah). Tapi kata abang pula, pokok tak ada jantan atau betina sebab jantan dan betinanya ada pada struktur bunganya. Ia hanyalah 'berbuah atau tidak'.

Kata Emak, pucuk betik jantan lebih sesuai dibuat ulam sebab kurang pahit berbanding pucuk betik betina. Aku pernah rasa kedua-duanya dan aku rasa memang benar.

Aku makan ulam pucuk betik itu tanpa dicelurkan dahulu ke dalam air panas. Entahlah kenapa aku lebih suka yang 'fresh' begitu berbanding yang dah lecur. Mungkin kerana Emak juga ulamkan mentah-mentah begitu. Selain pucuk betik, bunga betik jantan juga boleh dicelur dan dibuat ulam atau kerabu.

Emak mempengaruhi corak pemakanan anak-anak....

... selain McD dan KFC dan PizzaHut.





.

14 comments:

sudipVSsenduk said...

cicah air asam sedap woooo

t.a.t.a said...

Aku makan bila dijadikan kluban. Tapi sekarang dah jarang sangat nak buat.

Nizam.Ariff said...

SvS,
Kena celur dulu la kut?


Tata,
Kluban pun sedappp... tak tau nak buat... please share resipi kluban, boleh?

UmmuAidan-Arissa said...

Ingat dulu ade senior aku makan pucuk betik yg pahit2 semata2 nak kuruskan badan..tp mmg pahit betullah..orng kuat semangat jer dpt makan...:)

Nizam.Ariff said...

ummuaidan.
boleh dijadikan fear factor utk diatasi...haha

t.a.t.a said...

Aku pun tak reti nak buat. Reti makan je. Dulu masa kecil jiran-jiran kerap buat kluban lepas tu makan dalam talam ramai-ramai. Sedap woh.

CiKPuaNLawA said...

saya alegik betek..

makan je.. buleh bengkak2 muka... ;(

t.a.t.a said...

CPL, serius ke?? Tak pernah dengar orang allergic betik.

Nizam.Ariff said...

CPL,
Algergik kat getah dia ke?
Takkan buah betik pun alergik dimakan...

Rai Ourkizuna said...

baru tau..pernah try makan pucuk betik rebus makan dgn sambal belacan.. pahit pahit tapi agak menarik rasanya..

Nizam.Ariff said...

Rai,
kadang2 kita cuba mencari apa yang lazatnya dalam pahit itu...

Kniedaz said...

aku rasa kalau dicelur, aku makan la..itupun dengan syarat sambal belacannya pedas dan power huhuuh

Lady Windsor said...

dulu masa kecik aku suka la main masak2 guna bunga betik yg putih tu,Konon masak lauk, bunga tu yg jadi mangsa buat main

Nizam.Ariff said...

kniedaz.
cuba la pulak pucuk yg fresh...


LW.
lauk?.... sayur tu logik la....haha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com