Friday, March 28, 2014

Puing-puing di laut selatan...

.


Malam tadi
aku pulang ke kampung untuk bercuti
sesampai pun sudah mau mampir dinihari
disapa sang pungguk, bersuara memecah sunyi

Aku dengar, aku hayati
mana tau dari celah suaranya aku mengerti
faham akan ceritanya...
tentang puing-puing di laut selatan
yang kelihatan tapi tak nampak
yang dikata ada tapi tak berjumpa
yang sungguh yakin tapi tak pasti di mana
yang sekejap timbul kemudian tenggelam.

Mungkin aku patut berikan saranan
kepada pungguk itu aku berpesan
pintalah tolong kepada si hud-hud
agar terbang melintas awan
mana tau tajam mata dari cakarnya
akan ketemui jua sisa-sisa itu bermain busa
pintalah si hud-hud khabarkan berita
kepada insan-insan pewaham
yang mungkin masih keliru akan kuasaNya.





.

8 comments:

awan biru said...

nice..

Nizam.Ariff said...

awan biru.
thanks...;)

Rai Ourkizuna said...

manusia leka sgt dengan teknologi.. lupa yg kuasaNya jauh lebih hebat dari teknologi mereka..

Nizam.Ariff said...

rai.
mereka tak bertanya pada hud-hud...

t.a.t.a said...

Malam tadi aku sedang mengaji
Kedengaran deruman motor masuk dan berhenti
Oh kakak ku sudah pulang, gumam di hati
Nanti, aku buka kan kunci
Sadaqallahulazim aku sudahi
Dengan berhati tangga ku titi
Jari menyelak kunci ke kiri
Pintu ku kuak namun tiada bayang
Walau sudah puas ku amati
Siapa tadi?
Tertanya-tanya sendiri di dalam hati?
Soalan yang sama ku ulangi
Pada ibu ku yang sedang berdiri
Gelodak di hati tidak dapat disembunyi
Telefon ku capai, sms di beri
Mendapat jawapan yang menyenangkan hati
Alhamdulillah, aku syukuri.

Nizam.Ariff said...

tata.
syukurlah...tapi bunyi tadi
kekallah jd misteri..

t.a.t.a said...

Seriously dengar macam real. Aku pun hairan, anak-anak dengan suami semua di rumah mertua, kenapa kakak aku balik rumah sini pulak. Lepas tu tak bagi salam, oh mungkin ingat masa tu aku dengan emak tengah solat.

Mak aku pun cuak bila kata aku dengar bunyi motor. Dah fikir yang lain dah.

Itu kategori fikiran jumud atau bukan?

Nizam.Ariff said...

tata.
entahlah...aku tak pandai bab gitu.
nak kata kasyaf, empunya diri yg tau
mgkn instinct kuat?

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com