Tuesday, April 29, 2014

Hybrid, electric cars Versus gasoline cars... anyone?

.


Zaman sekarang, kita telah selalu dengar tentang kereta hybrid atau kereta elektrik. Malah, kerajaan ada berikan insentif tertentu kepada pihak pengeluar.




Imej dari Google
Dengan insentif tersebut, kereta hybrid atau elektrik dapat dijual dengan harga di atas jalan lebih murah daripada sebelum ini. Pada masa yang sama, subsidi Petrol RON95 telah dikurangi sedikit demi sedikit menyebabkan harga jualan petrol itu naik. Tindakan ini seolah-olah bertujuan untuk meminta kita semua beralih kepada kenderaan mesra alam, dan dalam masa yang sama, dapat menjimatkan duit subsidi.








Imej dari Google


Terfikir hendak membeli kereta hybrid atau elektrik?

Ambillah masa untuk fikirkannya. Jangan terburu-buru untuk membeli hanya kerana harga di atas jalan (OTR) dahulu dan sekarang telah banyak bezanya. Fikirkanlah 'Total Cost of Ownership' (TCO). Kos total ini merangkumi aspek harga jualan, penjimatan bahanapi, selenggaraan dll... untuk tempoh tertentu, lazimnya 5-7 tahun, atau mungkin juga 10 tahun. Selain daripada itu, pilihlah jenama kereta yang sesuai dengan selera dan kedalaman poket.

 
 
Biasanya, pembeli kereta hybrid mempunyai kriteria lain...tidak cukup sekadar penjimatan bahanapi. Sesetengahnya kerana teknologi dan gaya hidup. Ada juga kerana prinsip menyokong penglestarian alam sekitar. Ada juga kerana kawan-kawan... 
 



Aku? Aku masih memandu Wira 1.5 yang berusia 12 tahun.





.

9 comments:

t.a.t.a said...

Aku cadang nak install NGV bila semua pam stesen di muka bumi ini ada pam NGV.

Nizam.Ariff said...

Tata,
Gas bukan murah sebenarnya. Ia murah sebab subsidinya banyak dan ianya untuk komersial. Dan promosi NGV sebenarnya hanyalah dari pekilang peralatan NGV sebab nak jual barang... syarikat pengeluar gas dan pengeluar kereta not very keen on NGV atas sebab2 tertentu...

Kniedaz said...

xmampu...tumpang je

Rai Ourkizuna said...

aku tumpang laki aku je pegi kerja.. hehehe..

tata,
bila dah guna NGV enjin tak power.. merayap je nak naik bukit.. tapi maybe sbb kereta tu enjin asal petrol diorang tukar jadi gitu.. tapi kereta kakak ipar aku mmg merayap la naik gua musang.. hehe

Su @ Aya said...

aku.. yg penting cept2 habis byr! tk suka la nk berhutg bank lama2 ni.. hehe

Nizam.Ariff said...

kniedaz,
menumpanglah yg paling menjimatkan... hahaha


Rai,
Itu sudah bagus...janji jimat...


Su,
betul... berhutang ni terasa perit nak menghabiskannya, lebih2 lagi kalau kereta tu macam dah uzur tapi hutang belum habis...

t.a.t.a said...

Su, aku setuju. Beli kereta ni rugi sebenarnya. Sebab kita tak tahu bila masa nya harga akan turun. Dan lagi pun kereta ada susutnilai. Makin lama makin tidak berharga. Tak macam rumah atau bangunan atau tanah.

LydSunshine said...

penyelenggaraan keta mesra alam ni je yg masih aku tak kaji lagi.

nizam, sebaye plak keta kita ye. hehehe.. cuma aku spesis burung kenari terbang rendah.

Nizam.Ariff said...

Tata.
kalau beli simpan sbg harta Karun memanglah rugi tapi kalau beli sebab digunakan sepenuhnya, ia hanyalah expenses yang dibayar bulanan... mcm bayar bil letrik je la..


Lyds,
Ooo.... aku punya si adiwira gagah perkasa... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com