Thursday, April 3, 2014

Kenapa memecut bila lampu bertukar kepada warna kuning ???

.


"Lampu isyarat ... warna hijau adalah lumrahnya warna alam yang damai. Warna hijau tidak mencetuskan kegelisahan pada jiwa. Hijau membawa erti selamat." jawab aku bila ditanyai ketika lampu hijau kira-kira 30m di simpang sana.


"Bila dirasakan selamat, tak perlulah terkocoh-kocoh...rileks je." tambah aku lagi.


Kemudian lampu hijau bertukar kuning...dan berkelip-kelip pula... sedangkan aku masih belum lepasi simpang lampu isyarat itu. Serta-merta aku tekan minyak. Dalam hati aku berharap dapat lepas.


"Eh, kenapa tekan minyak pulak ni?" tanya dia.

"Oh...sebabnya, warna kuning berkelip-kelip itu sinonim dengan tanda berjaga-jaga. Tandanya bakal ada bahaya. Lumrahnya, bila bahaya kita akan panik dan cepat-cepat cuba lari dari bahaya... itu sebabnya kita kena pecut sedikit!"


"Kalau warna merah?" tanya dia lagi.

"Kalau dah warna merah, itu tandanya percubaan kita tadi tak berjaya. Warna merah itu juga sinonim dengan lampu kecemasan pada van ambulans."




Nota: Aku selamat lintasi simpang itu...dengan adrenalin yang memancut-mancut ke dalam darah...yang tercetus akibat lampu kuning berkelip-kelip tadi.





.

9 comments:

JunAina said...

Lampu kuning = bersedia untuk pecut.

Nizam.Ariff said...

JunAina,
Yesssss.....hahaha

Kniedaz said...

aku kadang berani...kadang takut..huhu

Nizam.Ariff said...

kniedaz,
kalau tak yakin, jangan redah...

Aishah Jahirah said...

peraturan sebenar, lampu kuning=bersedia utk berhenti
tapi kita, lampu kuning=bersedia utk memecut.
p/s:pnh terperangkap dlm kotak kuning kat simpang 4 ada trafik light sbb salah bajet blh lepas, tapi jem rupanya kat depan sana...muka cuak gila siap kena hon..huhuu

LydSunshine said...

syukur la ko sempat tekan minyak bila lampu kuning. lenkali boleh buat lagi.

Nizam.Ariff said...

Aishah,
Hohoho... itu memang gelabah giler... muka masing2 mungkin mencuka tengokkan...


LyDS,
Ok.. aku buat lagi ek...
hehehe

Su @ Aya said...

betul kata Aishah Jahirah... lampu kuning adalah bersedia utk berhenti, bukan memecut!

aku benci sgt kalu kereta depan aku, masa lampu hijau relaks jer, tk nak pecut. bila dh kuning baru nk pecut, dan aku plak terpaksa berhenti sebb lampu dh merah.

tapi kekdg aku gitu jugak.hahahah...

Nizam.Ariff said...

Su,
tu yang aku kata, lampu hijau bererti selamat.... kalau selamat, bawa rileks je la.. hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com