Sunday, April 13, 2014

Penjara yang aku bina...

.


" Any place that you don't feel to get out is prison. "...Liberal Arts.


Aku pelajari sesuatu petang ini. Aku belajar bahawa penjara itu bukan hanya dibuat daripada konkrit, batu dan jeriji. Apa-apa sahaja boleh menjadi dindingnya hatta satu pandangan atau fikiran. Atau kepercayaan terhadap seseorang. Dinding itu mungkin juga adalah cinta dan kasih sayang. Mungkin juga kesakitan dan kesengsaraan.


Penjara sudah menjadi subjektif. Jika seseorang menyukai untuk masih tinggal di situ, apalah 'penjara' baginya... Jika penjara itu membuatkannya merasa bahagia, apalah 'penjara' itu baginya... biar pun rasa bahagia itu hanyalah satu intepretasi ilusi.


Aku ...kadangkala...dipenjarakan dalam diri...oleh aku sendiri. Aku ...kadangkala tidak merasa terpenjara ...bila aku menyukai untuk berada lebih lama di sini.





.

6 comments:

Ellie Mariana Abdullah said...

Janji pun penjara
cita-cita besar pun penjara juga

Daddy Ziyyad said...

aku nak keluar dari penjara mentality selfish rakyat malaysia

nyanyisunyi said...

tak mahu terpenjara dengan kenangan lalu yg maha pahit..

Nizam.Ariff said...

Waterlily,
Terperangkap juga barangkali terpenjara...


Daddyz.
Itu masyarakatlah yg memenjarakan ko...satu penyeksaan...

Nyanyisunyi.
...kdg2 kita sendiri yg membenarkan diri dikuasai kenangan tanpa kita sedari...

t.a.t.a said...

How about a prison of love? Anyone wants to get out of there?

Nizam.Ariff said...

Tata.
Kalau dah cinta, tak perasan pun diri terpenjara...kan?Jadi, penjara sudah tak relevan bg dirinya lg..

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com