Tuesday, April 29, 2014

Pilih kereta yang jimat petrol?

.


Sudah banyak pengeluar kereta yang berjaya membina enjin dan sistem enjin yang jimat petrol.

Kalau 10-15 tahun dahulu, kadar penggunaan petrol yang biasa kita dengar ialah 9liter per 100km atau 11liter per 100km. Kalau ada kereta yang boleh mencapai 7liter per 100km itu sudah dikira jimat dan berbaloi.

Zaman sekarang, kadar penggunaan petrol semakin diperbaiki. Kita boleh beli kereta yang menggunakan 6.5liter per 100km. Malah ada juga kereta penumpang yang sudah dikomersial dengan penggunaan serendah 4.5liter per 100km.



Kereta keluaran VW ini menggunakan hanya 1 liter untuk 110km tapi harganya
lebih 100,000 euro. Berbaloikah?


Jom kita kira-kira sikit... berapakah sebenarnya kita jimat petrol?

Katakanlah kita nak beli kereta baharu dan pilihan yang kita buat berdasarkan harga di atas jalan (OTR) dan penjimatan petrol.


Kereta 1: Harga jualan RM 60,000 dan penggunaan petrol 9liter/100km.
Kereta 2: Harga jualan RM 90,000 dan penggunaan petrol 6liter/100km.

Dari segi pengunaan petrol, kereta 2 adalah 33% lebih jimat.
Kalaulah kita selalu bayar RM500 sebulan untuk petrol, kita boleh jimat RM167 sebulan.
Kalau kereta itu kita gunakan selama 8 tahun, kita boleh jimat paling kurang RM15,984.
Itu kalau harga minyak petrol tak naik dalam masa 8 tahunlah.


Harga di atas jalan untuk kereta 1 dan kereta 2 berbeza sebanyak RM30,000.
Sedangkan penjimatan bil petrol hanyalah RM15,984.


Kadang-kadang, membeli kereta ini bukan hanya atas faktor penjimatan petrol.
Ada banyak perkara lain yang perlu diambil kira...salah satunya ialah keperluan atau tidak.






.

6 comments:

Rai Ourkizuna said...

aku pilih kereta berdasarkan jimat minyak+kos maintenance tak tinggi dan kurang masalah.. so far alhamdulillah.. kereta kami serve the purpose.. rasa berbaloi pakai..

t.a.t.a said...

Kenapa depa tak cipta kereta yang gunakan air sebagai pelincir? Tapi kalau betul ada, aku minta mereka pelbagaikan air itu bukan semata air tawar tapi juga air masin.

Nizam.Ariff said...

Rai,
Aku pun berpuas hati dengan kereta skrg.. walau pun jimat minyaknya tak macam hybrid tapi berbaloi dgn perasaan yg tenang... reliability.


Tata.
Adaaa...... kereta luncur angin... cuma sama ada JPJ benarkan di jalanraya atau tidak la...

LydSunshine said...

bagus pengiraan ko ni. baru aku terbuka mata skit. kalau beli keta yg cekononnya jimat petrol tapi harga mahal tu sbnrnya alasannya bukan pasal jimat petrol la kot. hanya nak melaram je kot.

Nizam.Ariff said...

LyDS,
Nampak gayanya macam tu la... nilai2 estetika kadang2 memainkan peranan dalam buying decision.

Daddy Ziyyad said...

aku kayuh basikal hybrid aja...paling jimat...hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com