Tuesday, April 1, 2014

Pokok Vanilla hidup di Malaysia

.
[Updated - proses menuai Vanilla Bean]


Beberapa tahun dulu aku minta dua batang benih pokok Vanilla dari seorang kawan di tempat kerja. Oleh kerana pokok Vanilla perlukan kawasan yang tertentu, kawasan sekitar rumah (rumah aku yang dulu) amatlah tidak sesuai. Jadi, aku bawa pulang ke kampung dan aku suruh mak mertua jagakan.

Maka, seperti sejenis pokok orkid liar, pokok Vanilla itu pun menyulur tinggi memanjat ke langit sehinggakan dahan tempat ia berpaut pun terpaksa mengalah dengan nafsu pokok Vanilla yang sungguh berserakah untuk hidup di puncak tinggi dan dijulang... sedangkan tubuhnya yang lembut sebegitu hanya layak menjalar di atas bumi jika tidak ditopang.

Tetapi, itulah realitinya. Dan setelah beberapa tahun, akhirnnya aku lihat pokok Vanilla itu sudah menguntum bunga di sepanjang sesulurnya...








Sekarang, masalahnya ialah... .bagaimana mahu memproses 'Vanilla bean'? Aku dengar prosesnya rumit serumit proses biji kopi untuk mendapatkan kopi harum wangi yang segar baunya.



UPDATED

Aku baca website Home Cooking tentang memproses Vanilla Bean nih...


"Vanilla is the fruit of an orchid plant, which grows in the form of a bean pod. Although there are over 110 varieties of vanilla orchids, only one, Vanilla planifolia, produces the fruit which gives us 99 percent of commercial vanilla. Another genus, the Vanilla tahitensis grown in Tahiti, does produce fruit with a more pronounced aroma, but debatedly less flavor. "

Jadi, tak semua jenis Vanilla akan menghasilkan vanillin yang bertaraf komersial. Jadi, aku tak pasti pokok vanilla aku itu jenis yang mana.

"In order to produce the fruit, the orchid flowers are laboriously hand-pollinated at a very specific time of the day when the flowers are open during a short one-month flowering period. The fruit is not permitted to fully-ripen, since this will cause the beans to split, thus losing commercial value. Hand-harvesting occurs four to six months after the fruit appears on the vines."

Alamak! Kena kacuk bunganya dengan tangan. Hari tu aku balik aku lupa nak kacukkan. Tak menjadilah vanilla bean aku tu gamaknya.


"Once harvested, the green beans go through a treatment process lasting another six months where the beans are soaked in hot water, rolled in blankets to "sweat," dried on flats in the sun to evaporate the water, and then stored in a ventilated room to slowly ferment and produce their unique aroma and flavour."

Enam bulan lamanya untuk diproses. Dan kena rendam ke dalam air panas? Diselimutkan? Patutlah mahal.... Pokok Vanilla aku tu sedang berbunga. Nampak gayanya aku kena bagi kursus kat emak mertua secepat mungkin.





.

27 comments:

CiKPuaNLawA said...

bunga dia macam gabungan orkid dan cempaka.... bunga dia bau vanila tak...

kena kering kan dulu la eyh kacang dia.. baru buleh kisar utk jadi vanila.. ?!

Nizam.Ariff said...

CPL,
Aku tak ciumlah pulak bunganya.... hahaha
Dengar kata kena ambik bunganya ketika dan kuning keperangan, lepas tu proses jemur dan peram selama beberapa hari... proses jemur/peram itulah yang menentukan Wangi vanilla.... atau vanillin tu...

Lady Windsor said...

bunga cantik, bau pun enak je..sejuknya tangan orang yang menanam tu sebab vanilla ni susah nak hidup juga..

Rai Ourkizuna said...

bestnyaa guna vanilla bean buat kek..harumm..ayah aku dulu pun penah ada nak tanam vanilla secara komersial.. habis gak bermodal bagai..tapi tatau apa silapnya.. habis semua mati.. sayang..

Nizam.Ariff said...

LW,
Tangan mak mertua memang menjadi je kalau menanam...

Nizam.Ariff said...

Rai,
Hah..nanti aku pencarkan benihnya untuk dikomersialkan... sebelum tu, aku kena tau dulu pe'el pokok Vanilla ni... dan cara memproses vanilla bean tu..

UmmuAidan-Arissa said...

Aku rs boleh jer hidupnya di negara tropika vanilla nie sbb aku pernah tgk kat taman orkid kat sini..
tang memproses tuh tak terjangkau akal den lagi..:)

Kniedaz said...

bukan ke ko boleh keringkan je vanilla pod tu dan simpan dalam bekas...pastu bila nak guna belah dan scrape je isinya? yang tu lagi mudah kot??

tasekM said...

bukan guna bunga la.
guna buah dia yg mcm kacang tu.
bentuk panjang2.
yg tu dikeringkan.
masa nk guna.
ko belah ambik isi dia kat dalam tu.
kikis.
bubuh dalam masakan.

mcm tu la yg aku tgk kt tv..



.

Nizam.Ariff said...

Ummuaidan,
masa proses peraman dan jemuran itulah vanillin akan dihasilkan...vanillin inilah yang perisa vanilla tu...

kniedaz,
dengarnya macam tu la caranya...
takpe, aku cuba google jap..


TasekM,
Apa kata kita celup tepung tempura dan goreng bunga tu?
Mungkin sedap berbau vanilla... hehehe


sarah said...

cantikla pokok dia.bleh tanam jadi perhiasan kat rumah.,mesti cantik kan?

Daddy Ziyyad said...

aku membayangkan pokoknya harum bau vanilla? tapi tak, kan? :P

Nizam.Ariff said...

sarah.
aku pun terfikirkan yang samalah, farah...


daddyz.
aku tak ciumlah pulak...tak pasti...mungkin tak.

LydSunshine said...

ni vanilla sama yg org buat esen vanila tu ke. mcm tu punye susah ke nak gunakan utk masak. wow.

Su @ Aya said...

waaa..cantiknya pokok vanilla. penh dgr org tanam pokok vanilla kat pahang, tp tk pernh tgk lak.


uik.. byknya langkah2 nk dpt vanilla bean tu yer, patut la mahal.

matahari said...

tuan punya blog

jual tak keratan batang vanilla.
kalau jual saya nak beli.
kalau xjual, saya nak minta skit.
silalah hubungi saya yattmuhd@gmail.com.
kerjasama tuan punya blog amatlah saya harga. teringin sgt2 nak keratan vanilla. dah merata cari.

sekian, terima kasih

Nizam.Ariff said...

Lyds.
Camtu la prosesnya...patutlah mahal...

Su.
Sebab tu la mahal...

Matahari.
Pokok tu di kpg mertua di melaka. Awak di mana ya?
Dan macam mana nak pencarkan, potong batang je ke? Aku tak tau...takut mati pulak...

matahari said...

saya dekat dungun, trg.
kerat btg je panjang dlm 10 inci.

Nizam.Ariff said...

Matahari.
Aku baru sahaja balik dari Melaka... dalam sebulan sekali aku balik ke sana. Sila emel alamat di nizam.ariff01@gmail.com

Aku mungkin gunakan pos laju supaya batang tak rosak/kering...

Jerry Haikal said...

salam tuan..nak tanya berapa tahun dah tanam pokok vanila sampai dia berbunga tu? yg sy punya dah nak masuk 5thn tak berbunga pun..mau pencerahan pasal penjagaan or pembajaan.

Nizam.Ariff said...

Jerry.
Umurnya dlm 4-5 tahun juga rasanya. Baja biasa sahaja tapi yg penting ialah tanah dan tahap cahaya matahari. Tanahnya jenis tanah hitam yg lembab. Cahaya matahari 60%-75% je....atau ditanam dibawah pokok besar. Cahaya matahari kena direct cuma dari pukul 10am - 3 pm. Itu yg aku tgk di situ

ChichiCouture Malaysia said...

Apakhabar .... Pokok vanilla ni utk di jual ke. Sy beminat nak beli untuk sendiri. Terima kasih

ajak husain said...

salam...sy ada menjual benih vanila...kalau berminat sila contact sy 0196612468/0122468048...boleh visit page www.facebook.com/malaysianvanilla

puan jamiah said...

Saya ada bela tiga pokok. Dah setahun. Bila dia blh berbunga ye

Syeeda Rahim said...

Hello

Sammy Dean said...

As salam. Pokok vanilla ni kira kategori senang hidup jugak. yang penting kena timbus bahagian akar dia dengan daun2 mati atau ranting2 kayu yang lembab. Lagi elok kalau daun yang dah nak reput. Siram selalu utk kekalkan kelembapan daun atau ranting reput. Saya tanam dalm pasu je. sekarang ni tinggi hampir 15 kaki. Akar dia ada g 1 meter panjang...cari punca air

Sammy Dean said...

Boleh tanam dalam pasu..Guna daun @ ranting reput utk timbus bahagian akar dia. Daun @ rantaing reput tu la yang bekalkan nutrien @ lembapan utk pokok vanilla

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com