Friday, April 11, 2014

Rupa tanpa wajah...

.


Aku cuba menyusun rupa wajahmu dalam tidurku, dalam jagaku namun aku keliru engkau itu yang mana satu. Ingin aku ukir kamu dalam hatiku namun aku terpaku, termenung lama memikirkan bagaimana rupa wajahmu.

Sesungguhnya aku tak tahu.

Engkau yang dulu aku pernah hampir-hampir ketemu namun bukan takdirku untuk menatap anggun pada wajahmu. Tidak takdirku, aku terima dan aku setuju.

Selama ini aku meraba-raba dalam samar-samar kamar hidupku, cuba meneka apakah yang ada di balik tabir baldu itu. Suaramu aku dengar...dan suara itu juga yang membuatkan aku jadi rindu. Aku tahu itu suara kamu. Biar pun mereka-mereka itu yang mengalunkannya, namun aku tahu bahawa bait-bait indah itu dari kamu, semua itu milik kamu.

Aku merindui kamu.

Kamu yang tidak muncul dalam tidur mahu pun dalam jaga. Hanya suaramu yang berkumandang, sentiasa menyeru aku, memanggil aku, mengajak aku...tapi kita tidak dapat bertemu.

Bagaimana aku mahu lukiskan wajahmu jika minda separa aku kehilangan satu persatu kesabaran menunggu sekian waktu? Tiada satu pun potret kamu yang ada dalam saku bajuku, buat kutatap... kulihat... kudakap erat-erat dalam hatiku. Merasa hangatnya nafasmu di dadaku. Tiada.

Aku tahu itu kamu. Tapi aku sebenarnya hanya meneka-neka tanpa melihat rupa tetapi hanya suara. Aku risau..sungguh-sungguh risau jikalau ada yang membuka pintu lalu mengaku dia sebagai kamu... pasti aku iyakan itu kamu kerana kita tidak pernah bertemu.

Jikalau aku keliru, maafilah aku.

Jikalau aku pergi dengan dia yang mengaku kamu, ketahuilah bahawa aku telah keliru... dan ironinya aku sendiri tidak sedar tentang hakikat itu.

Aku...minta maaf...kepada kamu yang tahu.

Bahawa aku hanyalah aku...hidup dalam bayang-bayang tanpa wajahmu.




.

2 comments:

SuzieLAWAti said...

kalau benar2 setia... tanpa melihat wajah pon kita kenal siapa dia...

dan kita tidak tersilap pon pergi bersama orang laen kerana menyangka itu adalah dia..

tanya sama hati.... kamu akan kenal benar dengan dia... kaseh sayang cinta tak kenal erti wajah....

--madah tak...?!--

Nizam.Ariff said...

Cpl.
Madahhh...mcm tak percaya itu kamu yg meluahkannya...:)

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com