Monday, April 14, 2014

Sarang si angkut-angkut di muka pintu...

.





Pada mulanya, kami gagahlah juga untuk tak membenarkan si angkut-angkut membuat sarang. Lihatlah beberapa kesan tinggalan sarang yang tak menjadi itu.

Tapi si angkut-angkut adalah si angkut-angkut...ia 'persistent' dalam memastikan kelangsungan generasinya. Dalam ketiadaan kami, ia berjaya juga bina mahligai untuk anak-abaknya.

Sarang itu nanti akan dipenuhkan dengan ulat beluncas dan labah-labah untuk dijadikan makanan anaknya. Dikatakan ulat beluncas dan labah-labah itu tidak mati tetapi hanya dipengsankan...tujuannya untuk memberikan khasiat gizi makanan yang segar kepada anaknya.

Satu perkara yang aku musykil, bagaimana ia tahu cara-cara serta petua membina sarang begitu? Mak bapak ia tak ajarkan pun. Cikgu tadika tak ajarkan pun.

Sarang yang sebegitu seumpama kita bina sebuah pondok kecil beserta dapur dan bilik tidur. Tak semua kita mampu bina pondok sendirian...lebih-lebih lagi jika tanpa tunjuk ajar.

Tapi si angkut-angkut yang tak pandai menulis malahan untuk mengira stress dan strain pada struktur binaan, mampu membina tanpa perlu diajar. Ia hanya mendapat ilham untuk membina sarang...dan ia pun binalah sarang itu menurut ilham tadi.

Ilham....ilham. Kalaulah kita dianugerahi dengan ilham seperti itu, kita pasti menjadi lebih bijaksana...tapi hati kita kotor untuk memahami mesej yang terkandung dalam ilham itu...mungkinlah...





.

11 comments:

sudipVSsenduk said...

kecik2 dulu, kalau main pondok2, mesti gunakan selimut utk buat atap. Indahnya waktu itu...

t.a.t.a said...

Sorry Zam, aku tak baca entry kau. Aku tengok gambar tu je aku dah jadi geli. Serius geli wei.

Nizam.Ariff said...

SvS.
Aku bina pondok guna daun kelapa, batang ubi dan daun pisang....seronok memang seronok!

Tata.
Tengok sarang pun dah geli?
Haha....

t.a.t.a said...

Kalau sarang ia seketul aje, aku tak geli. Kat rumah aku pun banyak kalau tang seketul aje. Tapi bab berketul² mcm tu aku memang geli.

Daddy Ziyyad said...

Serius, baca entry kau ni, baru aku tau tu sarang angkut angkut ! selama ni aku ingatkan tu sarang penyengat! bahahahaha...BTW, angkut2 ni rupa camane? spesis anai anai ke?

kau tak musykil bagaimana burung buat sarang? lagi advanced! hahaha

aizamia3 said...

dulu kalau jumpa sarang macam tu ingat sarang tebuan.. huhuhu.. lepas tu mesti mintak orang lain bersihkan sebab geli.. hehehe..



psstt:
Motocross tu.. kalau dari Klang Sentral, terus ke Puncak Alam.. kena lalu pekan Meru.. terus je.. Dalam 7-8km selepas pekan Meru tu akan nampak satu simpang naik bukit sebelah kanan.. Naik sikit je bukit tu, motocross tu sebelah kiri.. Kem PLKN tu simpang kalau dari arah Puncak Alam tempat kes Altantuya tu..

Betul2 sebelah kawasan tempat simpanan pokok2 MBSA..

Nizam.Ariff said...

Tata,
geli sebab macam ketuat.. menggerutu je kan? Hahaha


DaddyZ,
Weh.. cemana ko boleh ruled-out angkut-angkut tak sama maca penyengat sedangkan rupa penyengat tak dikenalli? Kakaka... rupa batang tubuh angkut-angkut tu macam penyengat juga.... malah angkut-angkut juga ada sengat yang berbisa. Bezanya seumpama semut api dengan kerengga je... tapi sama2 boleh menyengat.

Aizamia,
Angkut-angkut juga sejenis tebuan cuma angkut-angkut ni jenis solitude...hodup sorang-sorang, tak macam tebuan yang lebih bermasyarakat....

Ooo.. kat situ.. sebabnya kat sebelah sini bukit tu pun ada trek...tapi trek basikal je...

Rai Ourkizuna said...

oo..baru tau tu sarang angkut angkut..hahaha..

Nizam.Ariff said...

Rai.
Kakaka...ko ni betullah duk kat klcc...

Irfa said...

kecik2 dulu suka pecahkan sarang akut-akut tu

Nizam.Ariff said...

Irfa.
Aku ambik larva dia utk umpan pancing..
Hehe

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com