Sunday, May 25, 2014

First time, aku kekok juga...

.


Ini kali pertama aku menggunakan servis dobi layan diri sendiri ni. Mula-mula sampai, aku tak bawa cadar+toto. Aku tinggalkan di dalam perit kereta dulu. Segan juga sebab aku tengok orang lain macam expert je, budak-budak hingusan lagi. Mungkin mak yang suruh.





Aku baca arahan layan diri yang ada pada dinding. Tercangak-cangak macam 'rusa masuk kampung' atau peribahasa lain, 'macam panda masuk kandang'. Akhirnya, aku masih was-was. Jadi aku pun tanya seorang kakak yang terbongkok-bongkok sedang mengeluarkan kain bajunya. Aku berdiri di tepinya, aku tak sanggup berdiri di belakangnya.


Kakak yang peramah itu pun beritahu secara ringkas. Tapi dia tak sebut pasal sabun. Aku tanya. Sabun kena bawa sendiri. Oooo...aku tak bawa sabun! Takpe  kakak kata. Sabun ada dijual di kedai bersebelahan, pek kecil.


Aku pun bergegas ke kedai sebelah. Dalam pada aku tercari-cari sabun, tiba-tiba kakak tu datang. Dia dah nak balik, dia tanya aku sama ada sudah faham cara-cara nak guna. Aku cuma err..err..err. Kakak tu suruh aku tanya orang yang ada di kedai dobi kalau masih tak faham. Aku angguk-anggukkan.


Akhirnya aku berjaya!!

Dan tengah malamnya, aku bawa lagi 2 toto untuk dibasuh. Sekarang aku dah pandai...yeay!


Dan kucing ini sebagai peneman aku.






.

4 comments:

Syed said...

Hello kucing :)
Last time saya guna mesin ni was like 25 years ago! Now nak guna tak reti cause byk button2 dan instructionnya...hihi...

Nizam.Ariff said...

Syed,
Hohoho.....I m 25 yrs younger!
Sbb aku baru guna... Haha

Daddy Ziyyad said...

sabun serbuk or sabun cair?

Nizam.Ariff said...

Daddyz.
Sabun cair je....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com