Thursday, May 8, 2014

Kepentingan hijab dalam hidup ini...

.


Sejak berkawan dengan orang-orang yang awal 40an, mereka kerap bergurau tentang 'cawangan'... tapi hanyalah provokasi aku rasa, sebab mereka sendiri tak mahu tapi suruh orang lain yang tambah. Wajah wanita entah siapa yang dijajanya. Maka aku jual serangkap pantun:


                          Guruh berdentum kilat bersabung
                          Awan mendung rintik tiada
                          Pinang bersusun sireh berjunjung
                          Jari sendiri berinai tiada


Kita lihat wajah seseorang yang cantik, yang gebu, yang menawan qalbu.
Aku pernah bayangkan jika wajah itu dibuang kulitnya:
        ...nampak otot pipinya
        ...nampak bola mata bergolek-golek tanpa kelopak mata
        ...nampak bibir yang merah berdarah

Dan kalau dibuang pula lapisan daging pada wajah itu:
        ...nampak rahang atas dan bawah bergerak-gerak
        ...nampak barisan gigi-gigi yang tak teratur
        ...nampak lidah terjelir-jelir ketika bercakap

Aku dapati jika wajah itu secantik Anjehlina Johli semasa perawannya pun aku pasti tutup mata.


Aku pernah bayangkan jika ada sebuah pangsapuri telah bertukar dinding batunya kepada dinding kaca secara tiba-tiba:
        ....pada jam 11pm akan bersusun-susun manusia di atas katil masing-masing
        ....pada jam 12am akan bersusun-susun manusia di atas pasangan masing-masing
        ....pada jam 6am akan penuh bilik air - yang bertinggung, yang berdiri mandi tanpa seurat benang

Oleh kerana ianya sebuah pangsapuri, mereka seolah-olah melakukannya secara berjamaah dan sebelah-menyebelah.


Ya, fikiran aku kadang-kadang nakal...





.

12 comments:

Rapunzel Cikilolo said...

wajib kawen

:P

ewanthology said...

notty

nyanyisunyi said...

Errrrr...tk tau nk komen apa huhu

Nizam.Ariff said...

Rapunzel.
Tambah? Hahaha...


Ewan.
Sila bayangkan....haha


NS.
Takpe...baca dan hayati mesej terselindungnya tu...

t.a.t.a said...

Bila satu rumah jika ditransparentkan dinding nya, mesti nampak mereka sedang buat apa.

Yan Zam, aku pun pernah aje bayang kan macam kau tu. Hahaha.

Nizam.Ariff said...

Tata.
Kalau gitu, kau pun sama nakal....haha

tasekM said...

teruk la ko nih..



kah2.


.

t.a.t.a said...

Tak terrrr sengaja nakal.



hahahaha

Nizam.Ariff said...

Tasekm.
Bukan boleh tutup fikiran...haha

Tata.
Takdenye...mmg sama nakal... ;)

LydSunshine said...

ye, sama plak pemikiran kita. aku pon fikir jgk pasal kulit tu. Yang cantik tu seperti hanya sarung sahaja. Aku bayangkan mcm nangka busuk, kita pakaikan dengan sarung yang elok cantik dan nangka yang masak elok buahnya, kita pakaikan dgn sarung yang comot dan koyak2 rabak. Agak2nya nangka mana akan jadi pilihan? Ok, aku pun tak faham kenapa aku pilih nangka.

Dan apartment tu, aku fikir sewaktu aku dalam toilet, tetiba aku dgr ada org rumah atas masuk toilet dan dgr mcm sesuatu di'buang' dan flush.. aku terbayang, kalau le lantai ni jernih, aku akan nampak apa yg tak patut aku nmpk tiap2 hari. Dan org pun akan nampak aku. Hooo...noooo.

Nizam.Ariff said...

Lyds.
Skrg, cer bygkn kalau org tgkt bawah pula mendongak....hahaha

t.a.t.a said...

Zam, kau memang nakal!

Haha.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com