Saturday, May 17, 2014

Mati

.



......dan kini aku bercakap dengan diri aku sendiri, bicara dari hati ke hati, bercakap tentang aku mati dan dia pergi. Bukan mahu aku, sayang. Tapi haru biru ini begitu pekat menusuk ke jiwa, tepat ke urat jantungnya, tusukannya seperti pisau yang menghiris lapis demi lapis kulit dan daging ini hinggalah bertemu dengan nadi, lalu tembus ke jantung, lalu aku pun mati.


Tetapi sebelum itu, aku dapat rasakan hatimu juga terluka melihat aku diselebungi si haru biru. Maaf, sayang...kerana kau terpaksa menyaksikan pembunuhan ini.


Tiada niat pun, walau sekelumit pun, aku heret kau ke dalamkemelut ini. Aku ingatkan ia tidak berakhir begini. Namun aku salah. Aku akan mati. Maafkan aku, sayang.


Sekarang, tolong hiris lebih dalam ke urat nadi ini. Tolong lakukan dengan lebih pantas agar berakhir derita ini. Tolonglah aku mati...




.

2 comments:

LydSunshine said...

mati jasad atau mati hati?

Nizam.Ariff said...

lyds,
hati dah jiwa...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com