Friday, May 2, 2014

Misleading...chocolate?

.


Chocolate is actually good for you.

Maka berbondong-bondonglah kebaikannya dijaja. Promosi dan propaganda pun dijalankan...demi menghapuskan stigma yang telah lama tertanam sejak turun-temurun...bahawa emak kata cokelat tak baik, nanti boleh gemuk, nanti gigi rompong.

Salah satu yang dicanang ialah cokelat mahal dan dulu ekonomi orang kampung kecil, menjadikan cokelat itu bahan yang mewah.

Kebaikan cokelat sebenarnya banyak, malah kajian demi kajian diterbitkan. Silalah google...



TETTTT...!!!!,

Jangan terpengaruh dengan propaganda itu!
Yang banyak kebaikkan itu ialah Cocoa atau koko.
Bukanlah cokelat atau chocolate.






Setiap 100 gram chocolate, 51 gram adalah gula.
Itu ialah 51% !!!

Setiap 100 gram chocolate, lebih 30 gram adalah lemak.
Maka, lebih 80% chocolate terdiri daripada gula dan lemak.

Cocoa memang baik tapi chocolate langsung tidak baik untuk kesihatan.

Adik-adik, sila ikut cakap ibu, cakap nenek sebab chocolate tidak baik untuk kesihatan.





.

16 comments:

Rai Ourkizuna said...

utk coklat yg baik makan yg dark chocolate 70% cocoa.. pahit amat..

BUNDA a.k.a KN said...

betul tu ...yang manis sedap tu dah banyak campurannya tapi kuranglah cocoanya...

t.a.t.a said...

Giler aa gula dengan fat yang tinggi itu. Huhu.


p.s Zam, kau pernah makan buah koko?

Nizam.Ariff said...

Rai.
Org barat mkn dark chocolate selepad mkn mlm sbg pencuci mulut...


Bunda.
Itulah masalahnya, budak2 terpengaruh dgn 'kebaikan' chocolate. Iklan yg sungguh tak bertanggungjawab...


Tata.
Aku pernah gigit biji koko mentah....tak sedap pun...

t.a.t.a said...

Gigit biji nya memang la tak sedap. Kau isap la biji nya yang masih fresh baru keluar lepas dibelah. Sedap tau. Manis.

Nizam.Ariff said...

Tata.
Cakaplah 'nyonyot' lendirnya (mcm lucah je ek? Hehe)
Itu sememangnya aku buat sambil-sambil membelah koko utk diperam bijinya...

t.a.t.a said...

Tu pasal aku tak guna perkataan tu. Isap lagi ok kot? Hahaha.

Daddy Ziyyad said...

tu pasal aku suka makan buah koko fresh..hahaha

satu lagi kebaikan choc yg di propagandakan..ianya as sex stimulant...:)

Nizam.Ariff said...

Tata.
Isap lagi pelik bunyinya bg aku sebab biji koko tu tak ditelan, diluahkan balik...nyonyot la seswai...


Daddyz,
Hah?! Ye ke afrodisiak?
Ok..ok...chocolate bagus utk bapak2, ye anak-anak...
Tetiba je...haha..

sepa said...

yang sedap, pastinya yang banyak gula, dan banyak memberi tenaga.

kejap bro, nak tanya. cocoa aka koko, bulih tak makan raw macam makan kacang (*aku tanya, sbb malas nak gugel).... sekian.


.

nyanyisunyi said...

Pandai mak bapak kita dulu2 kan..

Nizam.Ariff said...

Sepa.
Kelat....tapi kalau roasted campur dtn gula mcm roasted almond tu tak tau la ok ke tak...

Nyanyisunyi.
Dia org tgk sendiri apa akibatnya...bkn sekadar teori atau propa...

Su @ Aya said...

sebb tu ada mak bapak kita dulu2 selalu cakap, 'aku lebih dulu mkn garam'. pengetahuan daripada pengalaman tu, mana ada dijual dimana2 kan.


Nizam.Ariff said...

Su@Aya,
Ya.. betul...
jangan diperkecilkan pandangan orang tua-tua hanya kerana dia org tak ada ijazah... mereka belajar dari pengalaman...
experiential learning...

LydSunshine said...

tapi aku tetap suka jgk chocolate. bukan sebab kebaikan ygg jadi propaganda tu, tapi sbb sedap. hehe.

Nizam.Ariff said...

Lyds.
Makanlah berpada pada sementara awak masih muda belia...hehe

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com