Wednesday, June 4, 2014

Dihurung jutaan kelkatu malam...!

.






Musim hujan-panas-hujan-panas begini adalah musim cendawan busut muncul. Sup cendawan busut memang sedap!


Tapi kena dimasak cepat-cepat, kalau dibiarkan sehari-dua hatta di dalam peti sejuk pun, akan meletik-letuk ulat-ulat kecil. Aku syak telur ulat sudah pun ada di bawah 'payung' cendawan tu. Tunggu masa untuk menetas. Jadi, sebelum menetas, kita masak dulu..hahaha


Seiring dengan itu, anai-anai pun melepas-pergi kelkatu-kelkatunya. Semacam ada kaitan antara kelkatu dengan cendawan busut. Dengan itu, aku pun syak yang cendawan busut itu tumbuh dari sarang anai-anai di bawah tanah.






.




4 comments:

Daddy Ziyyad said...

aku kadang kala agak risau nak makan cendawan busut...risau terjadi kes makan cendawan yg dah kena racun..org racun rumput/lalang,kena sekali kat situ..

jenuh woooo nak sapu lantai bila kepak2 kelkatu jatuh..hahaha

Nizam.Ariff said...

DaddyZ,
Ya... mengambil cendawan busut kena berhati-hati. Pastikan tidak diracun.

Jangan disapu sayap kelkatu, payah. Vakum atau tolak dengan angin je...

Su @ Aya said...

aku tk suka kelkatu. dia suka tinggalkan sayapnya merata-rata!

Nizam.Ariff said...

Su.
Dia dah jumpa pasangan, dia tanggalkan kepaknya...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com