Thursday, June 26, 2014

Jurai api merah di langit Selatan...

.


Goyah...
indung padu jurai
dentuman gagah
gempita sukma memamah
dan terang langit kini jadi kusam
dan pijar mata menahan panah
cahaya ufuk selatan



Sewaktu melihat air sungai itu mengalir deras, beberapa ekor belalang melompat terbang apabila diterpa kaki-kaki kecil yang berselipar hampir reput, hijau warnanya dan sebelah lagi merah yang berbeda saiz. Embun dan benih-benih rumput keting belalang melekat pada kaki-kaki kecil itu.

Di kaki langit Timur, pada pagi itu, selimut awan baru tertanggal dari tubuh matahari yang masih merah warnanya. Budak kecil itu mendongak ke langit melihat bulan yang putih dan besar.

Manakala di selatan pula, jurai-jurai cahaya dan api kelihatan turun dari langit, seolah-olah terjun dari tempat yang amat tinggi. Kepulan asap mengiringi besi-besi yang jatuh itu.

Tak lama selepas itu, awan besar membentuk lalu diiringi dentuman hebat.

Apokalips kah itu?

Si kecil itu tak bersuara, tak percaya dengan ufuk selatan yang terbakar. Dan jika ia memang benar, dia mahu menjadi belalang-belalang yang bisa melompat tinggi dan terbang mencari padang yang lain. Dan jika boleh, padang hijau, yang sehijau bulu burung-burung syurga yang di dalam perutnya dihuni anak-anak kecil sepertinya. Atau jika boleh, sesubur taman-taman syurga yang mengalir air susu dan madu diantaranya.




.

4 comments:

Kniedaz said...

Yeayy!! JDT menang...
(itu yang aku ble tafsir daripada metafora ko ni)

Nizam.Ariff said...

Kniedaz,
Huh..!!!
(Tu je reaksi aku...bg pihak orang Perak)... hehe

Kakzakie said...

Merah dan biru melata di sana-sini. Sorak gegak gempita memecah gegendang telinga. Sayangnya mak yang tidak ambil tahu pagi itu terus dengan langkah lesu. Sunyi tempat dituju baru sedar dia sendirian tidak ambil tahu.

Kakaklah tu dik org bercuti kakak pergi kerja huhu...

Nak balik dah ni:)

Nizam.Ariff said...

Kakzakie.
Aik...bercuti pun dtg keja...haha
Menyongsang arus tu..

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com