Sunday, June 1, 2014

Lesson learnt dari orang tua-tua....

.


Pesanan atau petua-petua berikut amat jarang atau mungkin tidak lagi didengar pada masa sekarang. Aku masih sempat untuk mendengar dan mengikutinya:-


  • Kalau nak menebas rumput lalang, tebaslah pagi-pagi srbelum embun kering, kerana rumput lalang masih segar dan lembut. 
  • Kalau menoreh getah, pergilah subuh pagi agar susu turun banyak, tak cepat kering.
  • Bangunlah pagi-pagi agar rezeki tak dipatuk dek ayam dahulu.
  • Hendak meracun biarlah kering embun pada rumput lalang, jika tidak nanti racun itu jadi tawar.
  • Hendak meracun jangan melawan angin.
  • Selesai meracun minumlah sebjji air kelapa muda.
  • Memancing puyu elok sebelum zohor, memancing haruan elok sebelum maghrib.
  • Menabur baja sawah eloklah di air mati.
  • Hendak membakar jerami eloklah di waktu petang agar angin tolong sebarkan api.
  • Hendak menyapu laman eloklah pagi-pagi kerana angin tak meniup daun-daun, lagi pun bila petang sampah itu sempat kering untuk dibakar.


Sekarang ini mungkin dah tak relevan...




.

7 comments:

Rai Ourkizuna said...

nak murah rezeki bangun pagi pagi.. jangan tido lepas subuh T_T

Daddy Ziyyad said...

Ikan apa pulak yg elok dipancing sebelum Subuh, Asar & Isyaq?

:P

Nizam.Ariff said...

Rai.
.....tapi sedap tarik selimuttt....huhu


DaddyZ.
Ikan yg boleh mengelipkan mata....haha

Su @ Aya said...

memandgkan aku duk kg, ngan mak ayah, sesekali tokwan pun duk rumh kami... aku masih dgr pesanan2 tu. ada lg pesanan2 lain, yg sesekali diingatkan..

Nizam.Ariff said...

Su.
Ya...especially utk kaum wanita...jgn duduk dimuka pintu...dll..

Ellie Mariana Abdullah said...

maaf nak tanya, buku dah sampai ka?

kak ada sms, ko tak jawab. no sapa kak sms entah

Nizam.Ariff said...

Waterlily,
Blom dpt lagi...nnt aku dabel check...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com