Tuesday, June 17, 2014

Mentarang Bakar di Kuala Selangor...

.

Sambungan misi berjalan-jalan....


Usai solat Jumaat di masjid yang arah kiblatnya senget sedikit, kami teruskan perjalanan ke arah utara. Tapi sebelum itu, kami perlu isi perut yang kosong. Kami singgah di gerai Nasi Ambeng Ibu.

Semasa makan, di hujung meja kami (meja panjang) ada dua orang lelaki sedang minum-minum dan bersembang dalam bahasa Jawa. Aku dengar butir bicara tanpa niat pun kerana telinga aku tak bertutup. Apabila aku habis makan, seorang daripadanya menegur aku dengan panggilan 'nak'. Aku panggungkan kepala, menoleh kepadanya.

"Apa kamu faham yang kami sembangkan?" Tanya dia.

"Faham...sikit-sikit." ringkas jawapan aku.

Seterusnya kami bersembang sebentar...aku cakap bahasa Melayu, dia orang cakap bahasa campur-campur tapi aku masih faham.


Setelah kenyang, kami teruskan perjalanan. Kami digamit lambaian pokok padi yang telah menguning. Ada banyak gerai di tepi-tepi jalan menjual jagung manis dan mangga. Bila ke depan lagi, ada banyak gerai menjual Mentarang. Apakah binatang Mentarang itu?





Menurut kakak yang menjual Mentarang, hasil laut itu hidup di dalam lumpur laut. Tak seperti Lokan atau Siput Pepahat atau Sepetang yang hidup di bibir pantai, Mentarang hidup di dalam air seperti Kerang. Mereka perlu bersampan ke tengah laut berbeting pasir lumpur dan mengorek lumpur sedalam kira-kira sekaki kerana Mentarang akan masuk bersembunyi ke dalam pasir berlumpur bila diganggu.


Kulit cengkerang Mentarang adalah rapuh. Perlu berhati-hati ketika memasaknya kerana cengkerangnya boleh menyerpih. Takut nanti tergigit serpihan cengkerangnya. Kata kakak itu lagi, Mentarang boleh di masak macam-macam, sama seperti kerang tapi kena hati-hati dengan cengkerangnya yang rapuh dan tajam itu.


Aku lihat banyak gerai yang menjual Mentarang bakar di tepi jalan. Kami beli 2 kg untuk mencuba. Pada malamnya, kami rebuskan saja dengan bawang dan halia. Memang benar, cengkerangnya tajam tetapi rapuh. Mengopeknya perlu berhati-hati. Dan kami dapati ada satu tiub kecil sebesar lidi yang bersambung kepada perutnya dipenuhi dengan lumpur hitam berpasir. Tiub itu wajar dipotong dan dibuang/dibersihkan. Jadi, aku tak pasti bagaimana mereka makan Mentarang bakar...

Walau pun payah untuk dimasak, rasa isinya manis. Lebih manis daripada siput Lala dan Kupang. Jikalau ada kesempatan, aku ingin beli lagi...




.



10 comments:

Dr K said...

review pasal Nasi Ambeng Ibu takdak? :P aku teringin nak try..

mentarang aku tak makan...sebab rupanya terlalu pelik, dan aku geli..haha

Nani said...

yer ler...saya pun seram tgk mentarang tu...

saya pun tak pernah jumpa lagi...tapi ada hati nak cuba rasa...

Nizam.Ariff said...

DaddyZ.
Gerai tu dah pernah masuk TV3, malas nak review lagi...tapi nanti la aku buat entri pasal nasi ambeng yg pernah aku makan...jd kalau aku komen, ia tak menjurus kpd sesebuah restoran...

Nani.
Walau pun ia nampak mcm alien from Mars, elok jugak kalau nak cuba...telan sikit2....isi siput sedut lagi seram drpd isi mentarang...haha

nae nematoda said...

mentarang tu, banyak dikawasan mana ? area timur, ada eh ? sbb, setakat ni, tak pernah dgr lagi...lokan pernah dengar la...saiz dia sama bsar dgn lokan ke ?

Nizam.Ariff said...

Nang.
Aku pun baru tengok sekali tu...aku tak pasti di pantai timur...di pantai barat byk di kuala selangor hingga ke sg besar..

suka suka said...

Tak rasa berpasir ke?

tasekM said...

aku benda2 siput ni bila tgk masa dia hidup mula la ngeri.
tapi kalau dah siap masak.
tak nampak dia menjulur2 masa hidup tu aku cekik je...


.

Nizam.Ariff said...

SukaSuka.
Kalau tak dibuang tiub perutnya, rasa berpasir la...


Tasek,
Tengok dia menjulur tu seram gak....macam sepah bulan...eeeeiiii....

SuzieLAWAti said...

tiub...?!...

bahagian mulut mentarang tu ke...

itu boleh makan yee abg... picit2 kasik keluar lumpur.. tak pon belah mulut tu... ;)...

cuma buang yang tulang tengah warna jernih tu... :)

rasa kenyal2.. sedap tapi...

masa saya kecek2... selalu je p kutip mentarang kat pantai.. ikot arwah abah... ;)
(sbenarnya seronok main lumpur..)

dulu orag tak jual... nak makan p cari sendiri...

remis siput kerang belangkas... suma ...

sekarang ni sejak2 pembangunan yang memesat terejal... harus lah beli ja lagi senang... sbb tepi gigi air berlumpur pon sudah ade chalet ...

Nizam.Ariff said...

CPL.
Tulang putih tu aku ingatkan cacing...haha...tapi aku makan je...awak memang kakak kawasan situ, kan? Boleh mkn selalu...hehe

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com