Sunday, June 15, 2014

Shah Alam - Sg. Besar - Shah Alam


.


Hari Jumaat minggu lepas, kami sekeluarga merancang untuk jalan-jalan tanpa rancangan yang jelas. Pada mulanya kami mahu 'backpack' dengan menaiki komuter ke KL Sentral kemudian naik KTM ke utara dan patah balik tanpa bermalam di mana-mana. Tapi kami tukar rancangan kepada jalan-jalan dari Shah Alam ke Sg. Besar, memandu secara rileks sambil makan-makan.

Kami ikut Guthrie dan keluar di susur keluar Kuala Selangor. Sambil melihat kampung orang, kami singgah di Cendol Bakar buat kali kedua. Kali pertama ialah pada tahun lepas.








Pada kali ini, kami turut mencuba Sengkuang Colet. Aku panggil begitu, aku tak tahu orang lain panggil apa. Masa aku balik sekolah dulu, Sengkuang Colet yang berharga 20 sen pada ketika itu yang aku cari.

Cuaca terik dan berbasikal pula, Sengkuang Colet yang segar dan berjus itu umpama air sejuk di gurun Sahara. Seingat aku, masa dulu, sosnya berwarna merah dan pada balangnya bertulisan Cina.

Di gerai yang menjual Sengkuang Colet di Cenfol Bakar itu aku tanya dia, siapa yang buat sos itu? Dia kata sos itu dibuatnya sendiri. Bila dia cakap macam itu, aku merasa lebih yakin.

Satu perkara tentang Sengkuang yang aku dengar Dari seorang pesakit buah pinggang ialah mereka tak digalakkan makan Sengkuang kerana kanji dari Sengkuang itu boleh 'sumbatkan' buah pinggang. Aku tak tahu benar atau tidak.




.


4 comments:

Anonymous said...

alamak, apasal tak singgah beli karipap gergasi kat sebelah cendol tu. sedap jugak...

Nizam.Ariff said...

SM.
Ada nampak tp perut dah kenyang, tak pandang sangat karipap gergasi tu dah..haha

syifa said...

Sedappppp btul nih! nk pegi lah nti. Thanks sharing!

Nizam.Ariff said...

Syifa,
Ok...makan nanti jgn gelojoh ye...hehe

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com