Saturday, June 7, 2014

Snakehead... memancing Ikan Haruan dengan teknik Kelo

.


Ini bukan Ikan Toman. Ini Ikan Haruan. Bukan aku yang pancing. Adik ipar aku yang pancing dengan kawan-kawannya. Katanya, dapat dua ekor dan yang ini yang terbesar.






Kalau dilihat sisiknya, mungkin imaginasi seseorang akan memikirkan badan ular yang berbisik. Mungkin dari itulah ianya digelar Snakehead. Ikan ini agak ganas. Ia seekor ikan pemangsa. Ia adalah karnivor. Umpan yang biasa diguna adalah mengikut teknik memancing.

  • Teknik gewang atau Casting - umpan katak minyak, umpan tiruan,
  • Teknik joran panjang atau 'Kelo' - umpan katak minyak.
  • Teknik joran biasa (biasanya ikan bersaiz kecil) - cacing, seranggga-serangga seperti cengkerik.
  • Teknik taut (pancing tinggal) - anak ikan hidup dicangkuk, katak.

Sesetengah orang akan memanggangnya lalu dicicahkan air asam. Ada juga yang suka masak 'pindang' ramuan orang Jawa. Aku suka makan yang dihiris agak nipis (1/2 inci) dan digoreng kunyit.



Nota tentang 'Kelo':

'Kelo' adalah sejenis joran buluh yang panjang, adakalanya melebihi 20 kaki. Secara tradisi, 'kelo' dibuat dengan memilih sejenis buluh pancing sepanjang 15-20 kaki dengan saiz pangkal buluh kira-kira segenggaman. Buluh ini dibuangkan semua ranting dan dijemur. Semasa menjemur, buluh ini diletakkan di atas tanah yang rata dan dipasak dengan kayu pada tempat-tempat tertentu supaya ianya lurus tetapi 5 kaki dihujungnya dilenturkan agar menjadi separa sfera. Sebelum ia menjadi benar-benar kering, buluh ini dilayurkan di atas api kemudian dibentuk mengikut bentuk pancing yang melentur di hujungnya.

Pemasangan pancing - Setelah kering dan ringan, tali nylon diikatkan pada hujung joran. Tali itu dilabuhkan sehingga kira-kira 3 kaki di atas pangkal joran. Mata kail bersaiz besar yang sesuai dengan umpan katak minyak. Ketika mengikat mata kail, hujung tali nylon itu dilebihkan kira-kira 1/2 inci. Setelah umpan katak minyak dicucukkan pada mata kail, ambil ranting daun kangkung kira-kira 1 inci dan dicucukkan pada mata kail manakala hujung yang satu lagi dicucukkan pada lebihan tali nylon tadi. Ini untuk mengelakkan mata kail dari tersangkut pada rumput ketika memancing.

Teknik 'kelo' - pangkal joran ditopangkan dipangkal peha manakala tangan kanan atau kiri memegang kemas batang joran. Pilih kawasan atau bukaan permukaan air di celah-celah rumput. Kemudian layangkan umpan tadi agar jatuh di tempat memancing yang diingini. Ini memerlukan skil / kemahiran yang tinggi. Kemudian, goyang-goyang batang joran, bertujuan agar umpan katak itu kelihatan bergerak-gerak atau terlompat-lompat di atas permukaan air...mimik seperti katak minyak yang terjatuh di air. Ikan Haruan biasanya akan menyambar umpan tadi. Tunggu beberapa saat sehingga diyakini umpan tadi ditelan ikan barulah sentap joran tadi.

'Kelo' yang panjang bertujuan untuk melangkau sasaran yang jauh. Ikan Haruan biasanya amat sensitif dengan persekitaran. Jika ia terlihat kelibat pemancing, biasanya ia tidak akan memakan umpan.




.

6 comments:

mastura mazlan said...

singgah.. ^_^

Nizam.Ariff said...

Mastura,
Thanks ....nnt dtg lg...

suka suka said...

Kesian ikan tu duk sebelah selipar :)

Nizam.Ariff said...

Suka suka.
Haha...
Nak kena potong kepala sekejap lagi...tak kesian?

Su @ Aya said...

tiba2 aku teringat, dulu2 masa kecik, setiap kali abg aku menyiang ikan haruan, ekor ikan yang dipotong ditampalkan ke batang pokok nyior, dibiarkan kering disitu. lama2, byk la tertampal ekor ikan kt batang pokok nyior tu. hehe...

Nizam.Ariff said...

Su.
Lorrr....dah macam predator dgn muvi Predator...kumpul tengkorak sbg piala...haha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com