Wednesday, July 16, 2014

Asal usul kuih Buah Melaka atau Onde-Onde atau Kelepong...

.

Bersempena dengan cuti Nuzul Quran, aku ke rumah mak mertua untuk berbuka puasa dan salah satu juadah Buah Melaka atau Onde-Onde atau Kuih Kelepong.


Foto tak jelas sebab wap air terkena lensa kamera HP

Artikel berikut ini aku telah tulis di laman sosial 'what'sapp' kelmarin dan diedarkan di kalangan kawan-kawan.


[12:52, 7/15/2014] nizam ariff: Cer bayangkan...zaman Hang Tuah dulu, macam mana dia orang boleh tau kuih tu dah masak? Ni mesti ancient alien technology.

[12:56, 7/15/2014] nizam ariff: Kuih melaka ni dia orang design mimics kepada nature...seperti buah yang betul-betul. Contohnya, buah mempelam atau kelapa kalau dah cukup ranum, akan jatuh sendiri sebab mekanisma kimia yang bertindak pada tangkai. Jadi dia orang dah design kuih Buah Melaka ni dengan mekanisma yang sama, yakni bila dah masak kuih tu naik sendiri... terapung.

[13:30, 7/15/2014] nizam.ariff: It's a self propelled food! Bayangkan cerdik pandai dahulu macam mana nak cipta. Ceritanya begini....

"Tuanku, antara syarat Tuan Puteri Gunung Ledang ialah tuanku mesti berkelana sendiri." kata Mamak Bendahara.

"Berapa lama beta berkelana agaknya?"

"Mungkin dua pagi, ampun tuanku." jawab mamak itu.

"Apa memanda mahu beta kelaparan? Beta tak tahu memasak!"

Maka tergaru-garulah batu jemala masing-masing, kecuali batu jemala Kermawijaya yang berada di celah kangkangnya. Tulahlah satu negeri jikalau tuanku tak makan. Maka segala makcik-makcik pun berkerumun seperti semut menghurung, rapat-rapat seperti sisik ikan, ada pun mereka itu sedang mencari juadah yang mudah dimasak oleh tuanku nanti.

Maka diketuk oranglah mong-mong, dicanangkan oranglah ke serata negeri bagi mencari makanan buat tuanku. Maka pada satu pagi yg tenang, murai pun berkicau, merak pun mengigal, kinjeng pun menepuk muka air, maka labuhlah sebuah kencana dilaut, keluarnya dari kabus putih, layarnya tinggi menjulang, cantik-cantik sungguh peri binaannya, maka dinyanyikan oranglah:

       Kapal berjoya, kapal berjelai,
             Siang berbaju layar, malam berbaju rantai.


Maka kapal yang gah itu pun hampiri pantai. Maka turun seorang pemuda tampan. Dadanya bidang, matanya bundar, pakaiannya laksana dewa-dewa dari negeri di atas angin. Dilihatnya pemuda itu orang berasal jua.

Maka pemuda itu tiada berkata-kata jua, maka pemuda itu pun membawa bersamanya dulang perak yang cantik ukirannya. Maka diisyaratkan akan pemuda itu mahu sebelanga air direbus. Maka terkatung-katunglah Laksamana berlari menyinsing keting pergi mencari sebelanga air direbus.

Setelah sudah mendapat belanga maka disiapkan lagi api, maka ditunjukkan kepada pemuda itu. Maka dari dulang itu diambil oleh pemuda itu 3 biji lalu dilontarkan ke dalam belanga. Memanda tercengang, Memanda memandang Laksamana lalu terangguk-angguk. Laksamana pun sama tercengang, memandang Memanda juga terangguk- angguk, masing-masing tiada kata.

Maka terlihatlah semua akan perkara ajaib di dalam belanga! Maka sekonyong-konyong setelah sebeberapa lama, maka 3 biji itu timbullah ke atas air. Lalu diambil oleh pemuda itu lalu dimakannya panas-panas.

Maka tahulah akan Memanda apa yang mahu diberitahu oleh pemuda itu. Setelah sudah faham, maka pemuda itu pun kembali ke kencana itu sambil memengkis kuat "Melaka! Melaka! Melaka!". Seraya guruh halilintar pun berdentum, azmat sungguh bunyinya. Maka kemudian kencana dewa itu pun pergi, maka hilanglah dalam kepulan kabus putih, lenyaplah dari pandangan fana ini kadar sekelip mata.

Maka cepat-cepat dulang perak itu dipersembahkan kepada tuanku. Maka Memanda dan Laksamana berselang bercerita peri perlakuan pemuda tadi dari mula wal akhir.


"Bodoh!" *pang!!"* satu penampar hinggap ke pipi Memanda.

"Kamu ingat beta pandai nak hidupkan api di hutan?" Tuanku memengkis marah.

"Bodoh!!! Kenapa memanda tak minta sekali mancis Zippo darinya..?"


Maka, begitulah peri hikayat asal usul kuih bernama Buah Melaka....




.

13 comments:

Kakzakie said...

Hikayat buah Melaka yg membuat kakak sengih-sengih membayangkan memanda kena tampar:)

Hebat Nizam mengolah cerita..

Nizam.Ariff said...

KakZakie,
Saja je seronok-seronok...hehe

anamizu said...

fuhhh padu sungguh susunan ayatnye hehe

Daddy Ziyyad said...

gila rajin kau berstory mory kat wassap kan...hahhaa

aku suka kuih ni...kalau wife aku buat, aku request yg mana buah melaka/gula enau nya akan cair pecah di dalam mulut bila di gigit...ahhhhhhh....hahaha

suka suka said...

Hikayat kena tampar ke hikayat buah melaka ni.. lama betul tak baca hikayat..

Nizam.Ariff said...

Anamizu.
Alaa...tak padu mana pun. Bahasa melayu klasik broken je tu...


DaddyZ.
Guna gula enau is the best!!!
Tapi....ko punya jerit 'aahhhh' tu semacam je...bisa buatkan fikiran aku menerawang jauh....haha

SukaSuka.
Konon2 nya buah melaka tu alien yg ciptakan...

cinta said...

erk..

Nizam.Ariff said...

Cinta.
Sedap kuih tu...

tasekM said...

laki aku cukup marah bila tgk ancient alien kat tv.
bingai omputih tu katanya.
sanggup kaitkan semua kehebatan ciptaan org dulu2 dgn alien drpd mengakui kehebatan manusia.

hr tu aku mengonde2.
sekampit beras pulut tu.
aku gentel2 simpan dlm peti ais.
dapat la 3 kali makan.
dan sekali makan tu.... bukan mcm makan.. dh mcm mencekik.
banyak!


.

Nizam.Ariff said...

Tasekm.
Apa pasal la laki ko marah2 tu...benda dah sejarah purba...
Kami pun dapat 2 kali mentekedara h....jgn jd kencingmanis dah la....

aizamia3 said...

olahan kisah yang menarik.. yang akhirnya memanda kena lempang.. sadis sungguh.. huhuhu...

Su @ Aya said...

aku dah syok layan baca ko berpenglipulara, tup2.. pang? zippo?? berangan bukan main lagi ko yer nizam..

Nizam.Ariff said...

Aizamia.
Cerita hanyalah rekaan...hehe

Su,
Haha....spontan je tu..aku x tau nak ending cemana...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com