Sunday, July 6, 2014

Bahang hari raya 2014...

.

Ramadha = panas.
Namun begitu  aku lihat panas lagi bahang persiapan hari raya...selain daripada bahang kemuncak FIFA 2014.

Aku di sini....




...ditemani lagu-lagu raya berlatarbelakangkan hingar-bingar suara manusia saling tawar-menawar dan jeritan riang si kanak-kanak. Aku duduk di bangku batu, membelakangi laluan koridor, aku letakkan dahi pada 'handrail' keluli tahan karat, tunduk sambil menulis entry ini melalui handphone yang ditopangkan di atas peha.

Tanpa aku sedari, aku berkongsi duduk dengan seorang wanita, aku pandang arah belakang, dia pandang arah depan. Aku hanya perasan apabila aku gerakkan punggung aku untuk melegakan pinggang, punggung kami bersentuhan tapi sentuhan berlapik. Aku tak tengok wajahnya kerana aku tak sanggup melihat orang yang telah mencabul aku...

Aku masih kurang faham...kenapa saban tahun orang beli baju baharu di kala raya? Belilah ketika diluar musim raya. Rasanya kalau setakat baju kurung dan baju melayu itu setiap masa ada. Mungkin tentang pilihan...musim raya ada banyak pilihan.


Tadi aku ada lihat-lihat baju jubah moden di sebuah gerai. Aku tanya harganya...katanya ia berharga RM299. Mulanya aku ingatkan RM229 tapi bukan...seringgit lagi jadi RM300! Aku tanya dia, kain itu seela berapa harganya sampaikan jubah tu dijual dekat RM300? Dia diam. Dia hanya bekerja.


Kemudian ada seorang berniaga kertas dinding. Katanya harga promosi untuk minggu ini cuma RM600++ siap dipasang untuk segulung sepanjang 15m. Promosi adalah biasa. Peniaga lakukan promosi untuk memperkenal produk atau untuk menaikkan jualan. Tapi aku masih juga bertanya, kalau diluar waktu promosi, boleh tak dapat harga sama sebab aku kena fikirkan opsyen lain untuk 2-3 hari lagi. Katanya tak boleh, lepas ini kena ikut harga biasa. Aku tanya, kalau harga promosi pun dia masih untung, apa salahnya bagi aku harga promosi itu? Dia gelengkan kepala.


Aku bukan membantah orang berniaga...cuma aku tak suka peniaga yang berjual sebulan tapi mahu untung setahun....




.

8 comments:

nae nematoda said...

bagi perempuan, kalau beli barang persiapan raya sebelum musim perayaan, tak ada semangat...hahaha
semakin nak dekat hari raya, smakin semangat untuk beli belah..hahaha
tp, walaupun aku perempuan, aku tetap tak faham style org suka beli time musim raya dgn panas n sesak bagai tu...hahaha

Nizam.Ariff said...

nang,
aku... lelaki...lagi tak faham..ha.ha.ha

Kakzakie said...

Nasib baik punggung yg berlaga bukan depan sebab khusyuk mengetuk nak buat N3 itulah jadinya..

sudipVSsenduk said...

RM300 utk sehelai jubah adalah membazir... pada saya la.

Nizam.Ariff said...

Kakzakie.
Eeiiyuuooo...berlaga depan? Terus berguling la....hahaha


SvS.
Aku pun rasa yg sama...kain selimut pun murah lagi drpd itu...lagi boleh berselubung, bkn setakat jubah je...

cinta said...

Aku biasa pakai baju bundle. hee..

Nizam.Ariff said...

Cinta.
Aku jarang beli baju...sbb malas nk lipat...haha

aizamia3 said...

dah berlaga tu beralih tempat duduk tak..

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com