Thursday, July 24, 2014

Barang-barang bakal jadi rebutan di musim hari raya ini...

.

Sehari sebelum puasa, yakni hari Sabtu, aku ke pasar basah. Ramainya orang mengalahkan pasar malam banyaknya (pasar malam juga dibuat di situ).

 Aku memang beli barang barang basah seperti biasa pada hari itu tapi bila aku tengok orang tunggu potong ayam pun beratur, aku patah balik ke kereta.

Aku pelik, esoknya nak hari raya atau hari puasa?



Bila dikenangkan yang itu, aku rasa pada hari sabtu dan ahad ini, keadaan mungkin jadi lebih teruk. Aku juga syak yang berikut ini akan jadi rebutan di pasar itu:-


  • Daun kunyit muda
  • Santan perahan segar
  • Serai
  • Halia
  • Parking lot
  • Tangan-tangan untuk jinjing plastik



.

13 comments:

Nani said...

ya, betul sesangat tu...

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Nizam...

Irfa said...

ADA SATU TAHUN TU, JENUH PUSING CARI TEMPE NAK BUAT KUAH LODEH

Nizam.Ariff said...

Nani.
Jom tanam kunyit utk raya haji pulak....
Selamat hari raya buat Nani juga...


Irfa.
Gigih kau ye...haha.
Aku pun nak beli juga....org Melaka mesti ada lodeh..

mama ka0ri said...

memang betul sgt tu!! haha..

nae nematoda said...

rumah aku kat kampung, mostly smua benda tu tanam sendiri...haha
tp, part parking lot tu, jadi rebutan kalau keluar g bandar, cari barang raya...hahaha

Nizam.Ariff said...

Mama.
Dah biasa g pasar, itulah yg direbutkan...


Nang.
Kat kpg tak jd masalah aku rasa...

Kakzakie said...

Ayam tangkap kat reban.. kejar keliling rumah sampai dpt hihi...
Daun kunyit, serai, santan, halia ambil kat kebun (kan dah balik kat kampung masa tu).

Barulah tak susah nak cari parking.

Selamat Hari Raya & maaf zahir batin dari kakak ye Nizam..

JunAina said...

Sabtu dulu nak sambut puasa Zhad nanti nak sambut raya yang pasti keduanya membawa makna yang besar kepada kita sebagai umat Islam.

Nizam.Ariff said...

Kakzakie.
Ini kes beraya kat bandar, kak...
Selamat hari raya, kak...

Junaina.
Setahun sekali, kak.
Selamat hari raya, kak....

Su @ Aya said...

3 hari lagi nk raya, aku malas nk cari barang nk masak last minit (sebab utama, parking!), tp aku tk fikir lg nk masak apa raya ni nanti!

Nizam.Ariff said...

Su.
Ko buat nasi dagang je...aku suka versi trengganu..

LydSunshine said...

tgn2 jinjing beg plastik tu cemana nak berebut. heheheh.. selamat ari raya en nizam arif.

Nizam.Ariff said...

Lyds.
Bertukar-tukar jari sebab takut biru....tapi jari2 dah penuh...huhu
Slamat hari raya, lyds.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com