Wednesday, July 23, 2014

Kesegaran haruman semulajadi...

.

Itu bunga melati dan melur, kan? Aku tak cam.


Aku ambil inisiatif untuk meletakkan beberapa kuntum bunga wangi dekat laptop. Apabila aku menaip, hidung aku hampir dengan bunga tu.

Dapatlah aku hidu bau wangi sengiasa. Yang penting, itu wangian semulajadi....bukan dari bahan kimia gunaan atau terbitan.

Setiap pagi pula, sebelum masuk ke kereta, aku petik beberapa helai daun pudina. Aku ramas di depan corong aircond. Semerbak bau pudina di dalam kereta. Segar. Kalau bukan bulan puasa pula, aku akan kemam sehelai daun pudina untuk segarkan bau mulut.

Bulan puasa ini, aku cuma lapkan daun pudina pada leher...segar. Manalah tahu kalau ada yang layangkan mukanya hampir pada leher aku...eeuuoo.

Mungkin juga kalau bunga melur aku kerap berbunga, aku akan letakkan di dalam kocek baju...bagi pengganti mingak wangi.

Kalau dah habis bunga tu, mungkin aku beli bunga dari makcik India yang jual bunga di simpang jalan...bolehlah aku kalungkan pada tengkuk. Satu pejabat berbau harum.



psst: mama belum tahu aku selalu petik bunganya...




.

10 comments:

mama ka0ri said...

wangian semulajadi tu...bagus2..

Kakzakie said...

Siapalah yg nak layangkan muka kat leher awak ni - gelihati kakak baca..

Anak bertuah, petik bunga mama tak inform ye:)

nae nematoda said...

kalau pakai yang kalung kat tengkuk tu, agak2 jadi rupa apa ? hahaha
pakai time raya, rare sangat eh...hahaha

Nizam.Ariff said...

Mama.
Halallan toyyiban....haha

Kakzakie.
Tak! Kalau inform nanti mesti tak bg dekat dah...


Nang.
Rupa macam Rajnikan....haha

cinta said...

tetiba teringat ayah den dulu-dulu sesaja selit bunga kenanga kat telinga, tetiba geng call lepak kedai kopi dia lupa nak buang bunga tu. Keh3.. Ayah den mmg kelakau..

Nizam.Ariff said...

Cinta.
Teruna pingitan....hahaha

CiKPuaNLawA said...

iye ke tu bunga melati ke melur...

bukan bunga kemuning ke tu..?!

Nizam.Ariff said...

CPL.
Bunga kemuning takde bau kan?
Aku rasa itu bunga melur dan melati la...

Su @ Aya said...

mak aku selalu selitkan bunga melur celah sanggul rambut, sama cam tokwan aku. tapi kalu aku, sama la cam ko, letak kat keyboard pc.. semerbak jer bau sambil buat kerja.

Nizam.Ariff said...

Su.
...tapi bekalan bunga melur dah abis ni...huhu

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com